sahabat Senyap

Friday, September 24, 2010

My Part Time Job

Sedang aku meneliti dan memperhalusi kertas cadangan dan hasil ‘brainstorming’ bersama rakan, aku mencari2 satu istilah yang boleh aku rangkumkan mengenai apa yang kami sedang lakukan dan aku temui. Jawapannya adalah pendapatan residual atau pendapatan pasif. Atau dalam bahasa mudahnya, kerja sekali tetapi pendapatannya sampai bila2. Itu konsep yang cuba aku dan rakan aplikasikan dalam perniagaan yang cuba kami mula. Dan sudah pun mula aktif.

Modus operandinya mudah, hanya perlu ada komputer riba dan jaringan internet. Cukup sebagai ‘pejabat’ dan masa kerja juga fleksibel, terpulang pada kami nak mula kerja jam berapa. Itu baiknya jika jalankan Business Online. Sesuai dengan status aku dan rakan yang masing2 punya komitmen lain sebagai pekerja tetap di Syarikat masing2. Maknanya, semua orang boleh buat. Sedikit yang boleh aku kongsi, sehari bayaran yang boleh kitorang jana minima RM 488++. Jika sebulan? Ok, ambil kalkulator, darab 30 hari. Nak tahu formula apa. Jangan segan kalau nak tanya.

Berbalik kepada pendapatan residual tadi, salah satu lagi cabang yang sedang dalam perangkaan kami adalah ‘pelaburan hartanah’. Contoh mudah, beli rumah atau kereta dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulanan kepada bank. Dengan menyewakan rumah, kedai, pejabat atau kereta tadi, hanya kerja sekali tetapi pendapatan akan masuk selagi ada penyewa. Sama juga konsepnya, jika pandai menulis, cuba untuk hasilkan sebuah buku. Penulis akan menerima royalti atas jualan setiap buku sampai bila2 selagi ada permintaan. Itu Residual Income. Jelas kan?

Percayalah, perniagaan adalah satu kaedah menjana pendapatan yang baik. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Di sini aku petik salah satu pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. “Orang lain buat duit, kita buat alasan”. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amih. Kena noktahkan cepat2, kalau tak lagi panjang aku karang kalo bercerita topik ni. Hehe.

4 comments:

[z@ck] said...

nak join boleh?
=)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

nak join??

owh, dialu2kan.. :-D
meh nak ajar cara buat duit, nanti sok balik jer NZ dah cukup saving nak blanja kenduri kawen. haha

aideeb said...

mmg 9/10 rezeki adalah perniagaan tp kena ingat perniagaan bukan sekadar nak rezeki berlipat ganda ttp keberkatan dr Allah. nak berkat pon bukan senang..kene pastikan perniagaan halal, jual beli yg mengikut shariah, profit margin yg ditetapkan tidak mencekik darah pembeli, tiada ada unsur riba, timbang yang betul, tak berat sebelah, standard brg yg betul...klo hari ni buat karipap jual 20sen..katakan xhabis kita simpan dlm peti..sok goreng pastu jual semula...freshness dah berbeza..harga kene beza tak? huhu...

Qaish Nur Mikhael said...

aideeb ::

yup, betul2.. nak berniaga tanpa lari dari landasan Islam kena ambil kira semua benda tue..

but, saya berniaga lain deeb.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...