sahabat Senyap

Saturday, May 09, 2009

Buku Nota Is

Petang itu aku pulang ke rumah seperti biasa selepas habis tamat waktu bekerja. Jarum jam menunjukkan masa 6.48 petang. Masuk bilik, baring sekejap hilangkan lelah sebelum mandi. Macam hari2 yang lepas, kedudukan barang dalam bilik aku akan berubah. Aku tahu ada orang pecah masuk. Tapi nak marah pun dah xkuasa. Malas. Dan aku tahu itu semua kerja adik bongsu aku Is. Adik aku yang tak berapa nak ‘jadi’. Tapi hari itu ada satu buku nota atas katil aku. Selak page pertama lihat kata2 ini.

Kenapa kita impikan kejayaan ?
Kejayaan yang kita dapat ?
+Kerana Kejayaan yang kita impikan

Kenapa kita impikan kejayaan ?
Kegagalan yang kita dapat ?
+Kerana alasan yang diberi

Jangan gunakan alasan untuk kaburkan kejayaan

Jika kita buat perkara yang selalu kita buat akan dapat benda yang selalu kita dapat. Jika kita buat perkara yang orang tidak terfikir akan dapat benda yang tak terfikir kita akan dapat.

Aku sedikit tersengih. Buang tebiat ke dia ni ? Impikan kejayaan ? Yang aku tahu tahun nie dia akan menduduki kertas SPM. Tapi dalam sebulan ada la 2 3 hari yang dia pergi kelas. Yang lain ponteng. Dah mula pecahkan tradisi bila berjinak dengan rokok walaupun dia sendiri tahu satu famili kami tak merokok. Ai, ntah la. Tapi dia tetap punya hobi yang sama dengan aku dan Ery. Melukis. Jenis lakaran dia lebih ke arah karikatur dan grafiti. Okeh, selak page seterusnya.

‘Organizer’, ‘Potensi’, ‘Prospek Yang Dah Closing’, ‘Prospek Yang Komited~Follow Up dengan Planning’, ‘Prospek Function’, ‘Jadual Follow Up’ hurm antara tajuk2 besar yang aku baca. Page terakhir buku nota Is aku dapati ada rangka strategi yang aku lihat disusun dengan cukup detail. Apa yang adik aku buat ni ? Owh. Aku diam. Lama.

Tak sangka. Adik aku juga punya minat yang sama dengan aku. ‘Minat Business’. Tapi aku tetap rasa ini bukan masa untuk dia lagi, dia masih terlalu muda. Obses sangat sampai pelajaran pun dah tinggal ntah ke mana. Dulu dia antara best student. Even at age of 16, dia dah mampu bagi briefing tentang business kat orang yang lebih dewasa dari dia. Result. Ery, my second brother skang nie buat Diploma ngan kengkawan dia dah pun join business yang Is kelola tue. Hurm, you need to change !

Air dicincang takkan putus.

p/s : Im Ami. What to do. What to do. Any idea what am I going to do with my younger brother Iswandi ??

Langsaikan Hutang Tag

Ohh.. minta maaf buat insan yang sudi tag aku tapi aku lambat nak jawab tag dari kamoo. Ketahuilah aku cukup gembira bila dapat tahu aku kena tag walaupun aku nie hanya hujung minggu jer yang akan update blog. Bukan sengaja tapi xsempat. Biar lambat tapi aku tetap akan jawab !! Jadi rajin2 la tag lagi nanti na ? hehe

1. nama timangan.
perlu ke lagi aku nak hurai tentang nama nie.. hoho
.
nama timangan eyh. Zam untuk kawan2 yang kenal aku dan Emi untuk kawan2 yang kenal aku jugak. Eheh, nak panggil yang mana pun aku xkisah.

2. anda seorg yg
unpredictable… sometime I can be so serious, and kadang2 boley jadi gila2. happy dan kelakar. ikut keadaan.

3. insan istimewa dan teramat istimewa.
pemili ku of coz. Teman baikku Ayik and Montel. Thanks coz korang sentiasa ada samaku.

4. lagu kesukaan sekarang.
Hallelujah versi akustik nyanyian Alyssa Bernal.

5. benda yg wajib dalam hand bag.
Hand bag? Duuh.. erm tapi aku memang suka ada beg sandang pom. Spare key and ntah barang2 apa lagi. Kdg2 tue beg xde isi pun, saja buat aksesori.

6. kali terakhir nangis.
nangis? Hurm aku pernah nangis ker… jap2, hurm ada kot. Tapi sebak jer xnangis coz dari kecik aku dah asuh diri aku jadi kuat. Sebak tu pun bila aku hurm terpaksa say good bye to somebody…

7. tag ramai2 rakan kamu. sape yg suke tag pun bole amik.
haha. Aku xramai kawan blog. Kawan2 aku pun xde blogging nie. Erm nak tag syape eyh.. huh tag Kak May larh !! jawab kamu ya.
)

Wednesday, May 06, 2009

Oh Tidak ! Aku Telah Dinodai !!

Aku masih suci sebenarnya. Sebelum sesiapa fikir yang bukan2, baik aku jelaskan awal2. Gimik je title tuh. Eheh. Tapi sejak blog aku telah berjaya dibolosi oleh rakan sekerja aku baru2 nie. Ah, rasa macam aku turut dibogelkan sama oleh mereka. Banyak yang aku tulis berkenaan mereka nie sebenarnya. Dari yang wangi sehinggalah sebusuk2nya. Tapi aku rasa lebih harum dari yang tengik.

Tadi aku jalan depan si polan tu, aku tau yang dia dah berjaya cari blog aku yang dah lama aku sembunyikan dari mereka2 nie. Dengan muka sardin dan sehabis innocentnya aku berlagak virgin. Memang virgin pun lagi. Ceh, apa punya ayat aku pakai. Aku buat dek jer. Tapi ish. Silap la coz aku ada reveal nama penuh aku kat sini. Kalau tak, boleh la kekal senyap. Nasib baik muka xberapa nak expose sangat. Fuh.

Perlukah Senyap kekal senyap buat selama2nya atau perlu ke aku tukar cara penulisan aku hanya kerana blog aku dah dinodai oleh mereka2 itu. Dilema2. Perlukah Senyap berhenti menulis…. Mungkin ini adalah noktah yang terakhir dari Senyap. Hurm, boleh jadi. Mungkin…

Tapi, mereka itu siapa? Tak berbaloi rasanya aku buat macam tue. Ini aku. Macam this guy yang dalam picture, dia xmalu. Tapi aku rasa dia bangga dapat menyarungkan sut niey tanpa perlu kisah cakap2 di belakang coz xsemua yang sanggup nak pakai. Be diri sendiri. Jemari ini masih belum letih menyanyi !! Peace.
p/s : Im Emy. Bak kata Paris Hilton ‘I’m Still Virgin’. Heh, iyo la tuh.

Hari Buat Ibu

Ma... Bisik halus anak muda itu. Rasa rindu bersulam bersalah, malu serta sayang seperti berkecamuk. Masing2 cuba untuk keluar tapi disekat oleh tembok ego yang utuh. Masing2 ingin bebas. Tapi rasa manis sayang itu seolah2 ditawarkan oleh suasana dan acuan segan tebal. Anak muda itu tunduk, sesekali2 merenung gambar ibu. Sayu.

Sedari kecil anak muda itu sering berjauhan dari rumah. Selalu jauh dengan ma dan abah. Sejak bila ya? Ah, dari umur seawal 4 tahun. Tapi acapkali anak muda itu mengingati ma dan abah. Terdengar suara ibu di corong telefon sudah cukup buat anak muda itu kekal tersenyum sepanjang hari. Tapi sekarang? Kaku. Kekok. Mungkin keluarga kita semuanya lelaki kecuali ma seorang agaknya ya.

Bulan ini hari Ibu. Bulan ini juga jatuhnya hari kelahiran ma. Tapi bagi anak muda itu, setiap hari adalah hari meraikan Ibu. Kami sentiasa sayang ma macam ma sayangkan kami bertiga. Adik2 dan anak muda itu walaupun masing2 berbeza watak, tapi kami tetap mengalir darah yang sama. Darah ma dan abah.

Ma… Terima kasih. Tulus kata dari kami kerna sakit melahirkan kami, susah menjaga makan pakai kami, tak jemu bertanya perkembangan kami, sering memberi sokongan atas apa yang kami lakukan dan tidak putus doa2 ma buat kami dan sentiasa sayang itu untuk kami. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Lahir. Peace.

Ma… Patah kata yang sentiasa dekat maknanya bagi sesiapa manusia.

Salam kasih.

Anak2 Mu,
Ami, Erry dan Is.

p/s : Im Ami. Tahniah buat kawan2 aku yang sudah bergelar ibu.

Sunday, May 03, 2009

Duta Produk Kesihatan

“Permohonan untuk melakukan promosi jualan di premis tuan…”

Sedikit isi surat permohonan aku tatap di dalam kantung inbox emel. Check calendar. Hurm, takde apa2 permohonan untuk tarikh yang diminta. Okey. Pantas aku gapai chop “Approved” dan terus reply permohonan dari syarikat 7th Int Sevent Sdn Bhd itu. Pantas jemari aku mendail number Pegawai Pemasaran syarikat ini dan khabarkan permohonan mereka diluluskan.

Done. Siap satu kes. Aku malas nak tumpu pasal kerja remeh temeh macam nie lama2. Banyak lagi kerja2 yang menunggu minta dilangsaikan.

Salah satu job scope kecil aku di bahagian Pentadbiran adalah berurusan dengan mana2 syarikat luar yang ingin mempromosikan produk mereka di syarikatku. Actually, aku kena ambil alih job nie buat sementara sejak PIC (Person In Charge) dia kena pindah pegi Shah Alam. Dah xde orang nak ganti. Terpaksa ah. Erm, bagi sapa2 yang nak berurusan dengan aku boleh straight email me at
mzamzamy@modenas.com.my . Don’t worry bout publisiti. Aku boleh handle. Tapi nak email hal lain2 pom no hal.

Tepat jam 9.30 pagi pada tarikh yang berkenaan. Encik Imran a.k.a Pegawai Pemasaran syarikat itu sudah menunggu aku di lobi. Ah, tengah sibuk nie. Curi masa kejap, jumpa Zura mintak dia handle bout announcement n contact Fauzi mintak setup tempat untuk promosi. Lepas short briefing yang aku beri pada Encik Imran, aku terus sambung kerjaku seperti biasa dan biarkan Encik Imran lakukan promosinya. Cara mana nak promote itu terpulang.

Tapi selang 1 jam selepas rehat pertama. Aku hairan kenapa staff2 perempuan tersengih2 bila kunjungi booth Encik Imran. Yang lelaki pula seperti malu2, ada yang beli produk tapi mereka macam sembunyi2kan. Apa yang nak disorok? Tiba2 datang Asri ke mejaku.

“Lepas ni hang boleh jadi Duta Produk Kesihatan la Zam?” Katanya sambil tersenyum. Senyum ada makna tuh.

“Duta? Owh, bout that promosi ker? Macam mana produk dia, okey tak? Aku pun xsempat tengok la apa yang dia jual. Kalot sangat.”

“Hah, hang tak tau ke dia jual apa? Baik hang p tengok.” Balas Asri.

‘Lain macam jer nie’ getus hati aku.

Ya Allah. Apa yang aku dah buat nie. Macam nak pengsan jer aku waktu tue bila lihat produk yang Encik Imran promosikan. Segera aku buka balik surat permohonan tempoh hari. Setiap patah baris aku baca. Tak ada yang pelik pun. Tapi kenapa…

Aku cuba lagak seperti biasa.

“Macam mana hasil jualan Encik Imran? Ada sambutan ke?”

“Boleh tahan, Cuma ada mereka yang malu2 nak beli. Encik Zam boleh la cuba satu. Nah, ini saya bagi sample untuk Encik Zam cuba.” Jawab Encik Imran.

Dengan agak kaku aku terima sample dan satu risalah aku capai.

‘Produk Kesihatan LELAKI. Krim ***** ini boleh digunakan sebelum anda ingin melakukan seks. Jaminan dipastikan. SURE UP. SURE UP’

Begitu bunyi risalahnya. Buat seketika aku jeling sample percuma kat tangan aku…. Lama. Sedikit gerun tapi minit seterusnya aku tersengih tanda lucu. Apa JADAH aku nak buat dengan krim sample ni. Aku bukannya kahwin lagi. Huh !!

p/s : Im Emy. Hurm, no comment…

Terus Aku

Merenung aku terus
Berkhayal kian depan
Layar membawa jauh
Hilang tanpa pamitan silam

Terus aku terus
Melangkah tabah menuju sebarang kemungkinan
Menempuh segala macam ujian
Dalam ku menapak
Pernah aku tersungkur seketika
Tapi tak lama
Hidup kena bangkit
Bangkit lagi terus

Secebis azimat ku genggam
Secangkir azam ku tanam
Untuk diri terus kuat
Terus lagi bernafas
Agar tidak lagi terus tenggelam

Teman jadi dahan
Keluarga ibarat akar menjalar
Daun gugur bagai kawan
Yang terus hilang dimamah masa

Tetap terus aku
Berenang di bahtera yang dipanggil hidup
Hidup ini perlu terus

p/s : Im Ami. Puisi aku buat dalam 5 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...