sahabat Senyap

Wednesday, May 06, 2009

Hari Buat Ibu

Ma... Bisik halus anak muda itu. Rasa rindu bersulam bersalah, malu serta sayang seperti berkecamuk. Masing2 cuba untuk keluar tapi disekat oleh tembok ego yang utuh. Masing2 ingin bebas. Tapi rasa manis sayang itu seolah2 ditawarkan oleh suasana dan acuan segan tebal. Anak muda itu tunduk, sesekali2 merenung gambar ibu. Sayu.

Sedari kecil anak muda itu sering berjauhan dari rumah. Selalu jauh dengan ma dan abah. Sejak bila ya? Ah, dari umur seawal 4 tahun. Tapi acapkali anak muda itu mengingati ma dan abah. Terdengar suara ibu di corong telefon sudah cukup buat anak muda itu kekal tersenyum sepanjang hari. Tapi sekarang? Kaku. Kekok. Mungkin keluarga kita semuanya lelaki kecuali ma seorang agaknya ya.

Bulan ini hari Ibu. Bulan ini juga jatuhnya hari kelahiran ma. Tapi bagi anak muda itu, setiap hari adalah hari meraikan Ibu. Kami sentiasa sayang ma macam ma sayangkan kami bertiga. Adik2 dan anak muda itu walaupun masing2 berbeza watak, tapi kami tetap mengalir darah yang sama. Darah ma dan abah.

Ma… Terima kasih. Tulus kata dari kami kerna sakit melahirkan kami, susah menjaga makan pakai kami, tak jemu bertanya perkembangan kami, sering memberi sokongan atas apa yang kami lakukan dan tidak putus doa2 ma buat kami dan sentiasa sayang itu untuk kami. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Lahir. Peace.

Ma… Patah kata yang sentiasa dekat maknanya bagi sesiapa manusia.

Salam kasih.

Anak2 Mu,
Ami, Erry dan Is.

p/s : Im Ami. Tahniah buat kawan2 aku yang sudah bergelar ibu.

6 comments:

5rux said...

ramai member² dah jadi mak..urmm rasa cm da tua plak huhu

che said...

selamat ari ibu cik silent melody..hehe

@deyLL@ said...

treharu beb...sob2.maaaaaaaaaaaa.....i love you.ma sy n ma awak jugak la..ehehe

The Silent Melody said...

5rux ~ thanks coz tinggalkan comment. kita akan rasa tua bila kita kata kita dah tua. ye dak? tapi adakala cemburu tue tetap ada bila tengok kawan2 sebaya sudah maju setapak ke depan.

che ~ cik??? hello, im guyz larh you.. huhu

@deyLL@ ~ love your mum too.. hai mother in law.. hehe

che said...

where are you pak yee?? im going to tell u sumthing..
whatswrong with ma sis??
i wonder

The Silent Melody said...

pak yee..?? who's that..??
and what happen to ur sis..??
anything wrong liYa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...