Banyak yang boleh hilang daripadaku, termasuk kesabaran tetapi perkara yang tidak pernah hilang adalah harapan. Harapan adalah laksana pelampung bagi jiwa, yang akan mencegah supaya tidak tenggelam dalam keputusasaan, dan ketakutan adalah laksana pemberat yang akan mencegah supaya jiwa kita tidak diapungkan oleh kesombong2an.
Sesiapa yang memiliki kesihatan, mempunyai harapan, sesiapa yang mempunyai harapan, mempunyai segala2nya. Harapan juga ibarat rahmat daripada Tuhan bagi manusia, sekiranya bukan kerana harapan, tiadalah wanita sedia melahirkan anak, dan tiadalah petani yang sedia menaburkan benih. Harapan adalah roda utama yang membuat manusia tetap bergerak, ia akan terus menerus tumbuh dalam dada manusia. Umumnya, harapan adalah pembimbing yang salah, walaupun demikian ia adalah teman yang sangat baik. Pada mereka yang sedar, harapan itu hanyalah percikan impian.
Para pengkaji bintang menemui bintang2 baru pada waktu malam. Sering kali pada waktu malam dalam kegelapan yang menutupi manusia, terbitlah cahaya pengharapan baru. Benar kan? Hehe. Berharaplah untuk yang sebaik2nya dan bersiaplah untuk yang seburuk2nya.
Harapan dan ketakutan tidak dapat dipisahkan. Dan apabila harapan sudah tidak ada maka ketakutan pun sudah tidak ada. Terbangnya fikiran manusia, biasanya bukanlah daripada kesenangan kepada kesenangan tetapi daripada harapan kepada harapan. Tidak ada keadaan yang tanpa harapan, hanya manusia yang berputus asalah yang tidak mempunyai harapan.
Namun, hanya berharap tanpa sebarang usaha juga adalah seperti membuat satu pekerjaan yang sia2. Manusia selalunya berharap terlalu banyak, tetapi berbuat terlalu sedikit. Harapan yang ditunda, menurunkan semangat sedikt demi sedikit. Orang yang hidup hanya dengan harapan, akhirnya mati dalam putus harapan. Orang yang kehilangan harapan, tidak akan dapat mengatakannya. Mereka sebenarnya telah kehilangan segala2nya. Dan benar, seluruh kekecewaan manusia, bersumberkan kepada harapan.
Aku juga punya harapan. Harapan aku, AKU MAHU TERBANG!! Haha. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amih. Ya, itulah dia esei pendek tentang “Harapan” dari Senyap. hehe. Agak2 kalo waktu SPM dulu, berapa pemeriksa akan kasik markah yer?? (Soalan ini juga ditujukan khusus buat Cikgu Hamimi, Cikgu Suhana dan Cikgu Att Ashburn. Teman aku. *Wave wave)
Bila tibanya Oktober, kebiasaannya jadual rutinku akan jadi sedikit lain. Lain yang aku suka dan lain yang teman sekelilingku turut kongsi gembira. Waktu ini peti inbox baik emel mahupun henfon aku akan berpusu2 isi datang singgah. Semuanya kata2 ucapan manis dari teman handai.
Oktober bulan jatuhnya hari lahir buat adik dan aku. Adik pada 11 dan aku hari berikutnya. Dan teman baikku juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aku pada 12 Oktober. Haha. Waktu ini selalunya tepung, telur akan melayang pada aku dulu. Ah, rindunya waktu itu.
Waktu ini juga, kawan2 akan rasa pelik kenapa kita tiba2 kol. Tak pernahnya nak contact tup2 hari nie muncul. Hehe. Itu la, pakai 2 line lagi. Celcom pakai Maxis pun rembat, jenuh nak abiskan pangggilan percuma. Huhu.
Bila belek album lama, tiba2 jumpa foto kat atas. Foto aku waktu baby. Hurm, aku tak pasti waktu ini usianya berapa. Mungkin 3 ke 4 bulan. Masih meniarap. Waktu ini aku masih di Cameron Highland sebelum datang pindah di utara sini. Tak sangka saizku yang sebesar telapak tangan dulu kini dah gedabak begini. Hehe. Cepat betul masa berlalu ya. Sehingga kadang2 aku jadi kelu apa yang sudah aku capai dalam tempoh itu. Em.
Salam senyum dari Senyap.
p/s : I’m Amiey. Thanks for the gift that you gave me.
Tidak ada yang lebih mulia daripada ilmu. Raja2 menghukum manusia, tetapi orang yang berilmu menghukum raja2. Ilmu itu hanya dapat dicapai dengan laku, dimulai dengan tekad yang bulat dan diusahakan terus menerus dengan membatasi hawa nafsu.
My beloved sis pernah berkata, banyakkan bersabar bila engkau ditimpa dugaan. Terima segala ketentuanNya kerana Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui. Dan bila mana Allah menghilangkan sesuatu yang menurut pandanganmu ia adalah baik, maka janganlah engkau bersedih, kerana Allah telah tetapkan sesuatu yang lebih baik untukmu. Hurm, miss you badly sis.
Rakanku semalam ada menyebut, jika hendak mengambil sesuatu keputusan yang besar dalam hidup pastikan diri cukup berilmu, jangan jadikan nafsu sebagai penentu. Akibat nanti sangat pedih, sangat sakit hendak ditanggung. Buat niat hendak aibkan, hanya iktibar. Teman ini berkahwin dalam umur yang masih muda, tapi bila sudah melahirkan anak yang pertama. Rumahtangganya tunggang langgang, hak penjagaan anak direbut oleh keluarga mertua. Dia kini bagai digantung tidak bertali. Ya Allah. Hurm, sabar ya teman. Amy doakan yang terbaik untuk kamu.
Segala keranjang dapat penuh kerana isi, hanya keranjang ilmu yang kian diisi kian diminta tambah isi. Dan bukan sahaja akal, tetapi jiwa pun perlu diperhatikan oleh ilmu pengetahuan. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amy. Owh, itu gambar adik aku Arif waktu kitorang buat ‘gila’ kat Alor Star Mall. hahaha
Maut, tanpa memilih bulu, ia mengetuk pintu gubuk2 si miskin dan istana raja2. Di dunia ini tidak ada sesuatupun yang pasti, kecuali mati. Cara terbaik berfikir tentang mati ialah dengan menganggapnya sebahagian daripada pakej kehidupan. Kematian itu adalah gapura hidup.
Hurm, lama aku termenung. Dengan surah Yasin yang masih ku pegang, air sembahyang masih bersih pada diri. Aku lihat sekujur tubuh kaku di depanku dengan pandangan kosong. Kelihatan mak dan makcik sibuk di dapur. Abah pula di luar rumah mengalukan tetamu yang datang. Mak Usu disisi sedari tadi aku lihat mengesat air mata yang sejak tadi xhenti2 mengalir. Sabar ya Mak Usu. Pujuk aku sambil menggenggam tangannya erat. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Mungkin hari ini sudah tiba masa untuknya. Mungkin… Ah.
Apabila jenazah usai dikapankan, aku dan yang lain mengangkat keranda, melangkah perlahan2 hingga ke pusara di belakang Masjid. Hari itu, aku tak banyak bercakap. Lebih selesa menjadi pemerhati. Sejujurnya, aku masih terpempam dengan berita kematian ni. Tidak seperti tahun lepas ketika Atuk meninggal. Sungguh, bila waktu itu aku menggangkat atuk yang keras ke tempat pembaringan, bila aku memandikan atuk, bila aku menyempurnakan pusara atuk. Begitu murah air mata aku sebak. Hari ini, giliran Tok Chik pula. Hum.
Lama aku menatap papan skrin PC bila menaip entry ini. Sekejap aku termenung kosong. Waktu ini aku cukup senang jika ada teman yang boleh diajak berbual. Sekurang2nya, redha sedikit rasa gelisah. Padam sedikit rasa gundah. Tapi ah biarlah. Aku malas nak bebankan mereka.
Sakaratulmaut yang paling hebat terjadi dalam hati mereka yang masih hidup, dan bukan pada orang yang akan meninggal. Tapi jika dilihat pada sudut yang lain, tidak usah takut akan mati, kerana mati itu tidak lain hanya berganti tempat tinggal. Sebenarnya tidak ada kematian, Ia hanya pertukaran alam. Peace dari Senyap.
Bismillahirromanirrohim,
Al-Fatihah…
p/s : I’m Amiey. Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.
Anggaran dalam lingkungan 50-an, susuk tubuhnya memang tampak sudah tua. Layak dikelaskan di dalam golongan pra warga emas. Tapi masih kuat untuk buat kerja2 yang melibatkan kudrat. Tapi yang aku perasan, riak yang dizahirkannya tampak sedikit takut, kaku, tidak selesa, jelas terpamer bila setiap kali dia bercakap, dia tunduk2. Mungkin segan dengan aku agaknya. Jangan risau ya pakcik. Saya tak pernah lagi makan orang.
Awal bicara, aku memecahkan tembok ‘segan’ pakcik itu dengan berbual kosong. Oopps!! Lupa. Waktu ini aku mengendalikan sessi kaunseling dengan salah seorang staff kontrak. Aku bertindak selaku kaunselor atau motivator untuk staf ini. Macam kelakar kan? Anak hingusan yang baru nak kenal dunia macam aku nie hendak beri nasihat kepada orang yang lebih kurang sebaya dengan abahku sendiri. Cuak beb. Tapi atas nama tugas, redah je.
Dalam sessi itu, aku bahasakan diri aku ‘saya’, ‘pihak pengurusan’ dan sesekali nama panggilanku di ofis ‘zam’. Dimulakan dengan penerangan tentang salahlaku tatatertib yang dilakukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Kerja. Aku tak nak kes ini berlanjutan ke Seksyen 13 (2) yang mana tindakan akhir adalah penamatan kerja.
Selang 5 minit, aku lihat pakcik itu sudah boleh bersembang tanpa segan dengan aku. Pakcik sebelum bekerja kat sini, dah banyak tempat pakcik kerja. Tapi bila ekonomi kita jatuh dulu, pakcik kena pecat. Pakcik ni bukan orang yang senang. Kerja kat sini pun sudah dekat sepuluh tahun, tapi masih pekerja kontrak. Gaji pun masa kerja dulu RM400 sebulan. Banyak tue nak tampung keluarga pakcik memang xcukup, anak2 pakcik pun mengaji tak pandai. Ada sorang anak pakcik pun kerja kat sini jadi operator kilang.
Waktu ini aku dah rasa lain. Adeh.
Baru2 nie pakcik bukan sengaja tak mai kerja. Pakcik sakit dalam tulang, pernah sekali pakcik tak boleh bangun. Waktu tue memang pakcik takut sangat, tak pernah2 jadi macam nie, tiba2 nak gerakkan kaki pun xboleh. Bila mai kerja minggu ni, kawan2 lain tak tau pakcik nie sakit. Depa kata pakcik nie malas, tipu kata sakit. Macam2 depa kutuk pakcik. Memang, kalau nak diikutkan pakcik malu nak mai kerja, tapi pakcik fikir balik, kalau xmai kerja duit xdak nak tampung makan minum anak bini pakcik kat rumah.
Tutur pakcik itu dengan suara yang terketar2. Serius sebak beb. Butir2 isi kaunseling selanjutnya tue rasanya biarlah aku sahaja yang simpan. Agak sulit dan melibatkan maruah orang.
Apabila kita mengetahui, kemiskinan yang menyebabkan diri kita begitu matang dan menumbuhkan pengetahuan yang berkaitan keadilan dan pengertian pada hidup, maka hendaknya berasa puas akan nasib kita. Tetapi orang masa sekarang pelik kan? Apabila orang terharu melihat kemiskinan, maka mereka terlebih dahulu memegang sapu tangan daripada dompet. Hehe. Antaranya la. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Emi. Orang perlu tetap menjadi murid selama hidupnya.
Gembira dapat berjumpa, teringat kembali kali pertama kita bersua. Ingat bila kita bersepatu serupa. Tak lama dahulu, jangan kata kau dah lupa. Kau bersama kawan2 mu dan nyata kau paling menyerlah di antara mereka. Rambut hitam warna coklat anak mata. Membuat aku kurang fasih bila bicara. Apa kata kita ambil sedikit masa, untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya. Dan jika kau rasa apa yang ku rasa. Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya.
Secubit rangkap lagu Chantek nyanyian Altimet aku petik dari kantung MP3 di laptopku. Lagu yang berkisar tentang seorang lelaki yang memuja seorang wanita atas cantiknya dia. Kecantikan pada aku adalah hadiah alam yang sangat besar. Yang baik adalah cantik. Apa yang boleh diperkatakan dengan wanita cantik?
Seorang wanita cantik perlu berfikir soal kecantikannya, seperti seorang kapitalis memikirkan penanaman modalnya, ataupun ahli politik yang memikirkan jumlah suara bagi dirinya. Mempercantikkan diri adalah naluri semesta. Kecantikan adalah kekuasaan, senyum adalah pedangnya. Kriteria kecantikan yang sejati adalah apabila makin diteliti makin bertambah cantiknya.
Seorang wanita kalau biasa cantik, perlu mempertahankan kecantikannya, tetapi apabila ketuaan sudah datang, jangan bisa takut akan hal itu kerana kecantikan terletak pada hati yang luhur. Wajah cantik tanpa peribadi yang baik dapat diibaratkan mata daripada gelas yang bersinar2 tetapi tidak melihat apa2 pun. Kecantikan itu adalah tirani yang berumur pendek.
Kadang2 sukar menjadi wanita cantik. Lelaki tidak selalu mencintai dia, tetapi sering cuma menginginkan kecantikannya. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, beerti lelaki itu benar2 cinta padanya. Sinonim jika diperkatakan hanya di dalam novel romantis, si cantik dijamin pasti berbahagia.
Cantik, secantik suria menyinar. Seindah bunga yang di taman, mekar. Cantik. Dirimu buatku tertarik, menghilangkan segala prasangka di jiwa. Ohh, cantik. Sungguh aku cinta kamu.
Akhir kata, fikirkan semua keindahan yang masih tersisa di sekitar anda dan berbahagialah. Cantik atau tidak, masing2 kita punya kecantikan lain yang disisipkan oleh Nya. Aku tidak cantik. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Emiey. Kawan baik aku adalah seorang yang cantik. Cantik sampai aku sukanya dalam diam. Alahai.