sahabat Senyap

Wednesday, January 26, 2011

1001 Solusi

Senyum.

Cari mood ceria sebelum mula menulis. Sebab sentiasa gembira itu penting untuk kekalkan tahap kawalan emosi seperti yang aku mahu. Lari dari segala kusut masai sekeliling yang kadang2 buatkan aku hilang. Tenggelam dek sibuknya tuntutan dunia.

Alhamdulillah. Baru sahaja siapkan proposal untuk budget bagi tahun kewangan 2011/2012. Sekarang hanya mahu meletakkan fokus pada kertas kerja Kolektif Perjanjian yang ke empat. Kolektif Perjanjian ini boleh disamakan seperti satu perjanjian yang merangkumi faedah yang diberikan majikan kepada pekerja bukan eksekutif. Atau yang lebih tepat untuk ahli Kesatuan Sekerja.

Jika ada yang maklum. Pekerja dibahagikan kepada dua kumpulan, manual dan bukan manual. Ada yang dilindungi oleh Akta Kerja dan ada yang tidak. Aku rasa semua perlu arif tentang Akta Kerja bila mula melangkah ke alam pekerjaan. Bila kita tahu, kita belajar. Sekurang2nya kita maklum apa hak kita sebagai pekerja.

Baru2 ini ada menerima panggilan daripada peguam. Kes kemalangan aku sebelum ini menang. Sudah boleh tuntut cek di pejabat guaman Alor Star, pampasan atas kecederaan sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki tahun baru.

Tahun 2011. Mungkin akan jadi tahun untuk lebih mengorak langkah. Perasan gambar di atas? Sekarang dalam merangka sebuah blog baru. Yang mana akan fokuskan kepada bidang perniagaan yang aku cebur. Dan ruang untuk yang lain sama2 ambil faedah. Cuma atas sebab kekangan masa, blog tu tergendala sekejap.

1001 Solusi. Antara pengisian ;

Peluang pekerjaan. Mungkin sebab penulis salah seorang staff Sumber Manusia.

Ruang promosi harga runtuh. Bagi peminat motosikal jenis kapcai, penulis boleh tawarkan harga serendah RM 200 untuk sebuah motosikal.

Bagi kaki internet, chatting, pelajar, ada pakej lengkap semurah RM 200 untuk segala2nya yang anda mahu. On top of that, u can make money.

Lain-lain. Consultant. Agent. IKS yang diusahakan penulis dan rangkaian perniagaan rakan; contohnya macam design grafik, kristal, perladangan, dll.

Do support. Dan moga hari esok akan lebih indah dari hari ini. Syukur.

Friday, January 21, 2011

Luna Alam

Pernahkan kamu, ketika berada di tepi pantai, merenung jauh pada lautan yang tidak bertepi? Ataupun ketika mendaki gunung yang tinggi, ataupun berada di pinggir sawah padi yang menghijau luas, kamu memikirkan mengenai alam ini? Berfikir mengenai kecantikan alam, keunikan, keharmonian dan kedamaiannya?

Perhatikan juga pada warna2 alam yang bercampur2 antara hijau, kuning, biru, merah, kelabu dan hitam yang pendek kata, dengan bermacam2 yang cukup mempersonakan.

Pernahkah juga terlintas di fikiran kamu, bagaimana insan yang asalnya dilahirkan sepanjang 6 inci dan buta huruf tetapi kini sudah boleh menulis, membaca dan mengira? Dengan kebolehan yang itu, kamu berupaya membina bangunan yang tinggi2, gedung2 yang indah dan kota2 yang besar. Tentu rasanya kamu pernah memikirkan perkara2 yang disebutkan ini. Maknanya, kamu adalah makhluk ciptaan Tuhan yang cukup istimewa.

Manusia adalah satu2nya makhluk Tuhan yang berupaya menyimpan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Jika ilmu itu membolehkan kita merenung alam dan mengambil iktibar darinya, tentulah para guru juga sama pentingnya dengan lakaran alam maya yang kita saksikan ini. Sebab itu, Islam meletakkan taraf guru lebih tinggi daripada orang lain.

Namun amat malang jika kita kadang2 bersua dengan guru sendiri, tetapi menjauhkan diri. Malu untuk menyapa guru. Malu memberitahu kita adalah anak muridnya. Malah kadang2 malu itu muncul kerana kita sudah berjawatan tinggi, sedang guru itu sudah pencen, masih menggunakan kereta lama, kurus, sakit yang rasanya tidak layak disapa lagi.

Tetapi kita perlu bertanya kepada diri sendiri, jika bukan atas usaha guru itu, di mana kita pada ketika ini?

p/s : I’m Emiey. Terima kasih cikgu.

Thursday, January 20, 2011

Yang Lain Tidak Tahu

$Mereka sedang leka dengan kerja, menjawab panggilan bila deringan telefon berbunyi. Meneliti setiap dokumen yang diterima dalam tray IN sebelum disusun elok ke tray OUT. Bergegas ke Bilik Persidangan atau Bilik Perbincangan bila ada temujanji dengan client, bila ada mesyuarat yang perlu dihadiri.

Itu yang semua orang nampak.

Mereka ketawa, iya sebab mereka kenalan satu tempat kerja. Bila waktu rehat, mereka masing2 memilih untuk bersama, bercerita itu ini. Jika ada masa terluang, koordinat aktiviti yang boleh sama2 serta. Tujuan, nawaitu yang satu. Merapatkan lagi hubungan sesama rakan kerja. Paling terbaru, akan anjurkan Program Treasure Hunt di sempadan Thailand.

Itu yang semua orang lihat.

Dalam diam. Apa yang dipandang hanya sekadar luaran. Bila berhadapan muka manis, di belakang penuh dengan kata seranah. Itu hipokrit.

Bila ada individu yang menyerlah, cemerlang dengan kerja. Akan ada kumpulan yang cari jalan untuk menjatuhkan. Mengaibkan. Mengampu kepada orang tertentu, menggambarkan yang si bagus tadi itu, si bagus itu ini. Ini aniaya namanya.

Ya. Tidak semuanya begitu. Mungkin hanya segelintir.

Tapi.

Entah. Sudah mula rasa bosan.

p/s : I’m Amiey. Gambar hanya hiasan semata2. Lokasi Office Learning Centre.

Bakat Yang Telah Lama Hilang

Impi untuk jadi kartunis. Untuk jadi seorang artis dalam dunia lukisan. Impian masa di bangku sekolah. Bila difikir2 semula kadang2 aku geleng kepala spontan. Berkali2. Senyum.

Sungguh. Betul2 sungguh. Jika dulu dibangku sekolah rendah sampai ke menengah. Buku lakaran dan pensel sudah bagai kawan akrab bagi aku. Kemana sahaja, mereka akan aku bawa. Dan bila mana mainan emosi mula menjentik hati. Rasa bosan, marah, sedih. Semuanya akan disalurkan melalui lakaran dari muncung batang pensel kayu 2B.

Bila lukisan sudah siap. Ya Allah, hati rasa puas sangat. Kepuasan yang sungguh2 puas.

Seingat diri, umur bila menginjak ke usia 16 tahun. Jemari tangan dan batang pensel kayu sudah mula berjinak2 ke lukisan yang lebih serius. Dari kartun ke karikatur, dari karikatur ke lukisan potret. Pantang ada masa senggang di asrama waktu itu, pasti buku lakaran dan batang pensel kayu jadi teman.

Dan. Dan. Dan. Ah, semua itu sudah jadi memori.

Memori manis.

Sebabnya, bila mula melangkah ke IPT. STOP. Tarik hand brek. Hendak fokus pada study. Sebabnya bila melukis, masa yang diluangkan sangat2 lama. Rasa sayang masa pergi sia2 macam tu. Kadang2 bila dah addict, laju juga tangan capai pensel batang kayu. Hingga kena letak reminder besar2 dalam bilik waktu itu, tampal buat signage.

“AKU DATANG SINI NAK STUDY”

Pesan pada diri. Pada jari. Pada batang pensel kayu. Ingat masa. Ingat muka mak abah kat rumah. Tak mahu buang masa. Hanya mahu fokus pada yang priority.

Itu dulu.

Kini, bila lihat bakat atau tabiat yang dulu dizahirkan semula menerusi adik adik. Angah dan Adik bongsu. Lihat mereka dengan batang pensel kayu yang dulu pernah jadi teman aku. Melakar, menconteng, mewarna. Seolah2 melihat diri yang dulu. Kesukaan yang lama dulu. Senyum.

Aku tahu bakat jika tidak diasah setiap hari, lama2 akan jadi berkarat. Jari jadi keras. Sudah tidak macam dulu. Kadang2 terzahir juga rasa terkilan, rasa cemburu, rasa kehilangan.

Bakat lama yang telah hilang. Moga2 dengan sedikit latihan dan homework. Boleh jadi macam dulu lagi. Dan harap dapat jadi seperti dulu. Harap yang sangat2.

p/s : I’m Amiey. tulisan juga boleh digolongkan di dalam keluarga seni jika kena caranya.

Tuesday, January 18, 2011

Second Home

Ini ruang pejabat utama di tempat kerja. Menggunakan konsep cubicle, di sini bilik hanya dikhaskan untuk Manager.

Sisi lain

Okey. Ini cubicle aku. Agak semak. Haha. Biasa la, itulah namanya sentiasa ada keja.

Susunan buku nie ikut konsep main hentam. Janji kemas, calendar pun ada dua. Tak tau apa motif. Bukan tengok sangat pun.

Okey. Masa untuk balik. Slot kad dulu.
p/s : I’m Amie. Takde motif.

Sunday, January 16, 2011

Khurafat

Mulanya hendak lunaskan bil broadband dan cari antivirus Kapersky, tetapi langkah kaki laju bergerak menuju ke kaunter tiket di cinema. Hilang terus tujuan utama bila jejakkan kaki di shopping mall sebentar tadi. Pilih cerita melayu kali ini. Khurafat, mungkin sebab ada Liyana Jasmay.

Apa yang dapat aku ulaskan, Syamsul Yusof berjaya mewujud dan menzahirkan elemen kejutan dan seram dalam nashkah terbarunya yang ini. Walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan dan beberapa babak yang boleh diramal, tetapi keseluruhan cerita agak memuaskan hati bagi percubaan pertamanya mengarah filem seram.

Antara babak yang tidak boleh dilupakan bila Syamsul di bilik mayat dan tiba2 lampu terpadam dan mayat hilang. Dan ya, babak yang mana dia mendukung mayat Anna yang telah dikafankan di dalam hutan bila Van Jenazah yang dinaiki kemalangan.

Jadi bagi yang masih belum menonton, adalah disyorkan. Tak mahu ceritakan sinopsis di sini. Bimbang jadi spoiler.

p/s : I’m Emiey. Tak sedar diri lagi kerja banyak nak kena buat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...