sahabat Senyap

Thursday, January 20, 2011

Bakat Yang Telah Lama Hilang

Impi untuk jadi kartunis. Untuk jadi seorang artis dalam dunia lukisan. Impian masa di bangku sekolah. Bila difikir2 semula kadang2 aku geleng kepala spontan. Berkali2. Senyum.

Sungguh. Betul2 sungguh. Jika dulu dibangku sekolah rendah sampai ke menengah. Buku lakaran dan pensel sudah bagai kawan akrab bagi aku. Kemana sahaja, mereka akan aku bawa. Dan bila mana mainan emosi mula menjentik hati. Rasa bosan, marah, sedih. Semuanya akan disalurkan melalui lakaran dari muncung batang pensel kayu 2B.

Bila lukisan sudah siap. Ya Allah, hati rasa puas sangat. Kepuasan yang sungguh2 puas.

Seingat diri, umur bila menginjak ke usia 16 tahun. Jemari tangan dan batang pensel kayu sudah mula berjinak2 ke lukisan yang lebih serius. Dari kartun ke karikatur, dari karikatur ke lukisan potret. Pantang ada masa senggang di asrama waktu itu, pasti buku lakaran dan batang pensel kayu jadi teman.

Dan. Dan. Dan. Ah, semua itu sudah jadi memori.

Memori manis.

Sebabnya, bila mula melangkah ke IPT. STOP. Tarik hand brek. Hendak fokus pada study. Sebabnya bila melukis, masa yang diluangkan sangat2 lama. Rasa sayang masa pergi sia2 macam tu. Kadang2 bila dah addict, laju juga tangan capai pensel batang kayu. Hingga kena letak reminder besar2 dalam bilik waktu itu, tampal buat signage.

“AKU DATANG SINI NAK STUDY”

Pesan pada diri. Pada jari. Pada batang pensel kayu. Ingat masa. Ingat muka mak abah kat rumah. Tak mahu buang masa. Hanya mahu fokus pada yang priority.

Itu dulu.

Kini, bila lihat bakat atau tabiat yang dulu dizahirkan semula menerusi adik adik. Angah dan Adik bongsu. Lihat mereka dengan batang pensel kayu yang dulu pernah jadi teman aku. Melakar, menconteng, mewarna. Seolah2 melihat diri yang dulu. Kesukaan yang lama dulu. Senyum.

Aku tahu bakat jika tidak diasah setiap hari, lama2 akan jadi berkarat. Jari jadi keras. Sudah tidak macam dulu. Kadang2 terzahir juga rasa terkilan, rasa cemburu, rasa kehilangan.

Bakat lama yang telah hilang. Moga2 dengan sedikit latihan dan homework. Boleh jadi macam dulu lagi. Dan harap dapat jadi seperti dulu. Harap yang sangat2.

p/s : I’m Amiey. tulisan juga boleh digolongkan di dalam keluarga seni jika kena caranya.

1 comment:

IMANSHAH said...

cantiklah lukisan tu?awak yg lukis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...