sahabat Senyap

Saturday, September 12, 2009

Mimpi Kadang2 Menggusarkan

Mimpi yang tidak ditafsirkan adalah ibarat surat yang tidak dibaca. Kata orang, mimpi itu sekadar mainan tidur. Manisan malam sementara menanti hari siang di tubir mata. Mimpi kadang2nya indah, bila terjaga masih senyum itu terukir kemas. Mimpi juga adakalanya buruk, bila terjaga hati akan berdegup kencang. Dan ada masa, mimpi itu hanya mimpi yang kabur. Bila terjaga, terus luput memori yang itu.

Aku ada satu mimpi. Bukan mimpi basah. Dalam mimpi itu, aku lihat dia tersenyum. Aku ingat lagi, waktu itu dia memakai persalinan serba putih. Ah, dia cantik sangat waktu itu. Sekali lagi, dia senyum pada aku. Reaksi aku pada masa itu hanya kaku. Langsung terus kelu.

Tak tahu kenapa, aku seperti sangat kenal orang itu. Sepertinya, aku seakan sudah lama mengenalinya. Berkongsi perihal suka duka. Tapi, di mana ya waktu itu. Lama aku berfikir. Dan aku perasan, dari cara lirikan mata dan pandangan dia pada aku, aku tahu dia juga kenal akan aku. Sudah lama. Tapi, yang pasti baru pertama kali kami bersua.

Aku cuba hulurkan tangan tapi tak tergapai dek daya. Aku rasa aku kenal dia. Iya, dia adalah orang itu. Pasti. Tak salah lagi. Aku seperti mahu menjerit, memanggil nama dia. Biar dia tahu aku ada di sini. Biar dia tahu aku adalah aku. Tapi, suaraku bagai bisu. Tiada bunyi. Langsung, dia memandang sayu aku… Sekejap, dia menoleh. Seperti mahu beredar dari situ. Tolong. Tolong jangan kamu pergi.

Aku lihat dia melangkah setapak dan setapak ke hadapan. Makin jauh lama kelamaan. Aku cuba untuk mengejarnya sehingga aku sendiri termengah2, aku cuba menjerit memanggil dengan segunung harap, dia dapat menyahut panggilanku… Tapi.. Kenapa. Kenapa kamu diam sahaja.

Aku jatuh sambil melutut. Dengan pandangan sayu, aku pandang dia dari jauh. Sehingga dia terus hilang dari pandangan. Kamu.. Tolong jangan pergi.. Tolong jangan membisu begini. Tolong..

Puufff..!!!

Aku terjaga. Sambil tangan meraba2 jam loceng bagi mematikan deringan. Tup.. Senyap sebentar.. Aku meraup lembut seluruh wajahku.. Astaqfirullahallazim…

Mimpi. Satu perkataan yang menggambarkan visual tidur. Cara yang terbaik untuk menjadikan mimpi itu benar, adalah bangun. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Hanya orang itu sahaja yang faham kiasan mimpi rekaan di atas. Hee.

10 comments:

mynamyra said...

huhu..

mimpi yg pnuh mknenye...

mieZa taiB said...

en senyap..sapakah insan berbaju putih itu??

hehehehe...wink**

aideeb said...

deja vu

seroja jingga said...

tah tah bunian,..heh!

Che Adlia said...
This comment has been removed by the author.
Orang Senyap said...

mynamyra ::

hai myna, lama xsinggah sini ya?

kemana kamu pergi? hehe

Orang Senyap said...

mieza taib ::

mieza.. eheh.. erm, sapa si baju
putih tue ya?

dah lupa la, kabur jer mimpi tue..

huhu..

Orang Senyap said...

aideeb ::

dejavu? hurm, boleh jugak kalo
diinterprestasikan macam tue..

tapi hopefully it would be a
happy ending kan? :-)

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

bunian? ui, kus semangat...

hahahha

tapi xpe la bunian pun, asalkan
lawa, hehehe

Orang Senyap said...

che adlia ::

a'ah.. ur mimpi dulu tue yer..??

hehe..

kan best kalo jadi betul kan?

rasa macam terbang jer rasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...