sahabat Senyap

Saturday, September 12, 2009

Dilema Orang Bodoh

Semua orang bodoh, hanya pada hal-hal yang berbeza. Kita pasti pernah atau akan menjadi orang bodoh sekali dalam hidup kita. Tak usahlah aku bercerita tentang kebodohan orang lain. Aku sendiri juga pernah berkelakuan bodoh. Bagaimana menafsirkan bodoh.

Menunggu bulan jatuh ke riba. Bodoh. Suka pada bukan miliknya juga bodoh. Tanpa jemu cuba untuk menghubungi, risau jika sehari tiada khabar darinya. Tapi dia hanya buat endah tak endah. Itu juga kelakuan bodoh. Inginkan diri berkelakuan sentiasa ceria, tapi dia sendiri makin kusam. Satu lagi tindak bodoh.

Letih. Cukuplah aku menjadi orang itu. Tidak ada gunanya mengharapkan sesuatu yang kabur. Aku bukan orang bodoh untuk diperbodohkan. Itu bukan karektor aku yang benar. Cukuplah.

Apa ertinya cahaya bagi mata, hawa bagi paru2, cinta bagi hati, itulah erti kebebasan bagi jiwa manusia. Ya, aku juga pingin bebas dari rasa kurang pandai ini. Aku butuhkan tenang. Tapi bodohkah bila aku katakan. Hanya dia tempat jiwa aku rasa bebas, dan hanya di situ juga aku akan peroleh erti tenang. Hurm. Dilema.

p/s : I’m Amiey. Kalaulah boleh diputarkan masa.

4 comments:

aideeb said...

best ke jadi org genius...

Orang Senyap said...

aideeb ::

genius? hurm, boleh buat duit
kalo jadi genius.. hehe

tengok bill gate dah ah.. heh..

aideeb said...

bill gate bukan kategori genius...dia cuma pandai mengaplikasikan minatnye menjadi bisness...

contoh genius ialah albert einstein...

Orang Senyap said...

aideeb ::

eheh, ada jer kamu nak
patahkan jawapan saya yer?? huhu

tapi xpe2, lagi suka macam nie.

genius dalam malaysia siapa yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...