
Kasih ibarat kekayaan hidup, yang menjadi makin banyak apabila ia dibahagi2kan kepada orang lain. Sayang itu sifatnya ramah tamah. Ia sangat tenang dan menyenangkan. Sedangkan kasih sayang pula boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa, ia lebih berharga daripada segala harta yang ada di dunia. Mengasihi adalah kebahagiaan kita dalam percikan kebahagiaan orang lain. Dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa kasih dan sayang itu, tidaklah pula ia dikasihi orang.
Kasih. Suci. Sayang. Dan Setia. Ia bersifat universal. Rasa kasih pada keluarga, Sayang pada rakan. Setia pada kekasih. Cinta pada Tuhannya. Bagi pasangan yang berkeluarga, sifat ini memainkan peranan penting dalam teguh atau goyahnya sesuatu bahtera itu. Isteri boleh jadi kekasih bagi lelaki muda, teman bagi lelaki setengah baya, dan perawat bagi lelaki tua. Seseorang isteri mempunyai dua bayi yang sama manjanya, iaitu bayi yang kecil dan bayi yang berjanggut. Heh. Seorang suami pula perlu menjadi bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut, dia menurunkan layar, menunggu, berharap, sedangkan angin ribut bukan penghalang baginya supaya tetap terus mencintai laut.
Biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun cinta terakhir itulah adalah cinta pertama bagi memasuki alam perkahwinan. Bagi penulis, lelaki tidak pernah lupa cintanya yang pertama, manakala wanita pula tidak lupa cintanya yang terakhir. Sama juga seperti tiap2 lelaki selalu menginginkan cinta pertama seorang wanita, sedangkan seorang wanita mengharapkan cinta terakhir seorang lelaki.
Apapun buat penulis. Cinta yang paling baik adalah cinta pada ibu dan cinta Tuhan adalah cinta yang paling agung. Ibu itu adalah segala2nya. Dialah penghibur kita dalam kesedihan, tumpuan harapan kita dalam penderitaan, dan daya kekuatan kita dalam kelemahan. Dialah sumber cinta kasih, belas kasihan, kecenderungan hati, dan keampunan. Sesiapa kehilangan ibunya, hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang malam. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amiey. Artikel senget yang aku tulis dalam 10 minit. Em, Macam mana la boleh terlupa nak mandi nie. Dah jam 3.00 pm. Mandi time..!! Haha.