sahabat Senyap

Friday, December 04, 2009

Apa Khabar Jiwa Awak

Sapa kita pada orang selalu dimulakan dengan ungkapan suci Salam, bertanyakan khabar, apa khabar awak hari ini? Itu normal. Tetapi jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak hari ini? Minta maaf, bukan jarang. Mungkin xpernah langsung. Sebabnya bagi sesiapa yang bertanya begitu, akan nampak sedikit janggal. Mungkin pelik dari segi loghat dan lenggok bunyinya. Tampak kelakar. Hehe.

Sedar atau tidak. Mahu atau enggan, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit2 badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh mengubati sakit kita itu. Ya, mungkin sakit gigi, demam, sakit urat atau sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar, lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk melega dan menyembuhkan supaya tidak terus melarat.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun ingin mencari penawar akan sakit kita yang itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas langsung membakar diri sendiri. Selalu. Aku tahu, sebab aku juga sering macam tu. Hurm.

Kesihatan jiwa akan senang terjejas dengan alasan2 mudah seperti terlalu banyak kerja yang langsung membawa kepada stress, sifat dengki sesama yang lain, gemar merisik masalah orang, berfikir yang negatif, larut dalam angan2 kosong, mudah sensitif, sangat malas dan banyak bercakap hinggakan tidak sedar mengguris hati yang mendengar. Semua2 itu menjurus kepada sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati.

Hati bagaikan ‘Suara Tuhan’ yang diletakkan di dalam kalbu setiap insan. Hanya hati yang tidak ternoda dengan alasan2 di atas yang dapat mengenal makna ketenteraman yang sempurna.

Soalan : Apa khabar jiwa awak hari ini?
Emi : Jiwa aku selsema dan sedikit pening. Haha. Senget. Peace dari Senyap!
p/s : I'm Emi. ‘Sayang tu memang la sayang, tapi lebih baik jangan. Kan orang punya.’ Hehe. Comel dialog nukilan skrip Rafidah 3R yang ini.

16 comments:

[z@ck] said...

sayanglah selagi boleh..perasaan sayang tu kan suatu yang indah..kita berhak untuk menyayangi org lain..

Orang Senyap said...

zack ::

ya.. saya selalu sayang kawan2 saya..
hurm..

seroja jingga said...

zikir adalah salah satu pengubat jiwa kita.

aku zaty said...

yg selalu mnyakiti jiwa adalah diri sndri.. meskipun kdg2 ia brlaku tnpe disedari..

aideeb said...

aduh sakit perut............hihihi keluhan org lapar tgh2 malam..

SasHa Lee said...

haah erk..kalo sakit jer jumper doc.tapi kalo tgh sakit jiwa aku nak jumper sape erk.. Jumper ko leh...hehehehe..Gurau2...

adawiah.zaini said...

suka ayat rafidah 3R tu, mmg kena berfikir sebelum menyayangi yg lain. hurm...

::myrah2005:: said...

assalamu'alaikum..

jarang2 org tnya apa khabar JIWA awak? lagi jarang org tanya apa khabar IMAN awak? :)

salam ziarah.
dah jatuh cinta dgn blog nie.
i'll b follower~
keep it up.

wassalam. :D

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

yup, setuju tue.. tiada apa yang lebih menyenangkan jika hati nie sentiasa dekat denganNya..

kan? hehe

Orang Senyap said...

aku zaty ::

kadang2 tindakan sendiri yang jadi punca kekalutan esok hari..

Orang Senyap said...

Aideeb ::

hehe.. macam2 la kau nie deeb?
ada lain tak dengan yang awak emel
aritu? :-)

olah balik jer isi..

Orang Senyap said...

adawiah.zaini ::

yeke? betul kan? sebalik ayat yang simple tue macam ada dua meaning.. hehe..

itu sebab saya pun suka tulisan yang ada makna tersirat.. walaupun pening gak nak olah.. haha..

tapi rafidah is a good writer. no doubt about that.,

Orang Senyap said...

myrah ::

waalaikumussalam,

jatuh cinta? hehe.. terima kasih coz suka dengan tulisan saya..

sentiasa datang singgah ya kamu? erm

Orang Senyap said...

sasha lee ::

eyh? lama xsinggah sini.. awak ke mana selam nie ah?? hehe

erm, boleh.. apa salahnyer kalo nak jumpa saya pun.

adawiah.zaini said...

suka ayat yg ada double meaning? suka sajak? sy pening belajar literature. lecturer asyik ulang, "read between the lines to avoid misunderstanding..."
tp, kalau aplikasi luar kelas, mmg perlu pun. tah apa sy merepek ni. hehe

Orang Senyap said...

adawiah.zaini ::

awak ambil sastera yer?? wah, mesti best kan? saya xpernah ambil pun sastera dulu.. ini main sedap hati jer tulis.. hehe

erm, i love sajak too..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...