sahabat Senyap

Saturday, December 12, 2009

Bahasa Yang Tak Perlu Diterjemah

Rasa sedikit santai malam ni. Mungkin esok dan lusa sudah mula cuti minggu. Rasa senang untuk menonton rancangan TV, tapi tiada rancangan yang menarik. Hurm. Sudahnya aku capai majalah yang aku beli petang tadi untuk dibaca sambil mendengar lagu di corong radio. Dan ya! Muzik tak pernah gagal untuk menambat hati aku.

Bila difikirkan, muzik itu dapat disamakan dengan bahasa dunia yang tidak perlu diterjemah, dalam muzik jiwa berbicara dengan jiwa. Muzik juga dapat diertikan sebagai satu bahasa milik umat manusia, mampu menebus batas2 politik dan ekonomi, sehingga dapat menjadi alat menyatukan semua bangsa. Hebat kan.

Setiap orang pasti ada seleranya sendiri dalam mengisi halwa telinga dengan muzik pilihan. Bagi aku, aku minat semua! Haha. Tamak sudah. Dengan muzik seseorang berasa lebih memiliki kesempurnaan di dunia daripada segala kepalsuan, kepahitan, keperitan, pedih percintaan; semuanya bersatu dan bergelombang dengan lembut. Indah. Tenang ya.

Sudah kelam pekat warna langit di luar. Alunan lagu masih lagi diputar oleh stesen radio. Mungkin sudah disetkan terlebih dahulu sebelum DJnya menamatkan tugas. Sebelum tidur, sering aku pegang kata2 ini; jangan tidur malam sebelum mengajukan tiga pertanyaan yang bersangkutan dengan tingkah lakumu sepanjang hari, iaitu dalam apa dosaku, apa yang kulaksanakan, dan apa yang belum kusempurnakan.

Sekadar mengingatkan diri dan muhasabah hati. Heh. Selamat Malam.

p/s : I’m Amiey. Love Saturday and Sunday. Masa tidur yang lebih panjang.

1 comment:

aideeb said...

my fav music type is electro rock...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...