sahabat Senyap

Monday, December 07, 2009

Salam Walimatulurus

Apabila ada perkahwinan tanpa cinta, pasti wujud cinta tanpa perkahwinan. Bila bahagia cinta dapat diwujudkan dalam ikatan nikah, akan terciptalah syurga di dunia. Kesulitan yang mungkin timbul dalam sesuatu perkahwinan pun adalah kita jatuh cinta dengan peribadi si dia, tetapi perlu hidup dengan karekternya. Ah, siapalah aku hendak bercerita tentang hal ni, sedangkan diri sendiri pun masih terkapai2 mencari. :-P

Aku lihat. Perkahwinan itu seperti perampasan kebebasan timbal balik dengan izin kedua2 belah pihak. Ia juga hurm.. Macam undian loteri! Sang lelaki mempertaruhkan kemerdekaannya, dan si wanita mempertaruhkan tuahnya. Bagi aku yang disifatkan masih hijau ni, aku perasan akan satu fakta. Dua orang diperlukan untuk menjayakan sesuatu perkahwinan. Tetapi, hanya seorang diperlukan bagi menggagalkannya. Aku tahu. Sebab teman aku juga punya nasib macam tu, anak pertama baru dilahirkan terus digantung tak bertali dan kini sudah bercerai. Hurm. Dunia kan. Kesian.

Bagi aku kebahagiaan itu perlu diperjuangkan, bukan dengan mengeluh, meminta belas kasihan orang lain ataupun dengan pasrah pada nasib. Setiap orang adalah pencipta kepada kebahagiaannya sendiri. Kebahagiaan tidak mungkin terjadi tanpa didukung oleh ketabahan.

Selingan. Langit cerah dengan sedikit awan nipis jadi penghias. Teruja. Empat buah kereta bergerak konvoi menghala ke Seberang Perai. Menuju ke rumah saudara dekat yang bergelar Raja Sehari hari ini. Dua tiga kali tersalah jalan, akhirnya selamat sampai sebelum pengantin datang.

Comel. Bukan pengantin. Hehe. Saudara sepupu di sana. Aksi nakal macam minta nombor dan waktu Pengantin sampai, bukan foto pengantin yang diambil tapi foto saudari2 yang comel di situ yang penuh memory kamera. Normal bila dah masing2 kami berkumpul. Haha. Kesimpulannya, majlis berlangsung dengan lancar walaupun ada sikit cacat cela di situ sini. Normallah tu kan. Sebabnya, sempurna itu hanya milik Allah. Heh.. To my cousin, moga kekal bahagia untuk hari2 yang mendatang. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amie. Nak kawen jugak. Huhu. Baby..

6 comments:

[z@ck] said...

nk kawin gak..
=P

zaza said...

kawen, couple, bercintan-cintun semua tu xde makna bg aku...erks!!

|arieza| said...

wah... perkataan last 'baby' tu.. adakah bermksd 'bayi' atau 'babe' heheh :P

Orang Senyap said...

zack ::

eyh? jom masuk kursus kawen sesama nak? kengkawan saya pakat2 nak masuk sekali next week.. haha

buat gila sikit.. orang kata best.

Orang Senyap said...

zaza ::

aip, macam ada kisah perit jer di sebalik nie..

story la?

Orang Senyap said...

arieza ::

wah, peka betul yer awak dengan setiap perkataan saya tulis yer??

haha.. betul la tue awak cakap..

tapi, niat nak gurau jer ngan one of my friend..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...