sahabat Senyap

Sunday, May 23, 2010

Tipikal Hari Minggu

Di luar, langit cerah macam biasa. Sukar mencari tompok2 awan yang akan membentuk hujan. Dan terik matahari terus menggigit di mana2.

Akhbar mingguan yang dibeli semasa keluar sebentar ke pasar pagi tadi dicapainya. Televisyen dibiar ditayangkan tanpa dia kisah untuk menonton. Tinggal dia sendirian di ruang tamu. Hendak tidur, bimbang terlajak ke waktu Asar. Walau seminit tertidur dalam waktu itu akan menyebabkan tubuhnya terasa kurang enak apabila bangkit. Fikiran juga buntu. Macam dungu selalunya.

Pernah juga dia mendengar orang2 tua berpesan, jika tidur dalam waktu Asar selama 40 hari berturut2 akan menyebabkan penyakit gila. Benar ataupun tidak, entahlah. Tuhan yang Maha Tahu.

Belek2 dada akhbar, terpapar cerita berkenaan artis rancangan realiti. Sekarang sudah berapa rancangan realiti yang ditayangkan. Jika hendak dicampur yang tempatan dan yang dari luar, tidak cukup sebelah jari tangan kalau hendak dikira.

Pertandingan ini dibuat menerusi SMS. Penonton di rumah yang menentukan siapa pemenangnya. Pandai menyanyi bukan tiket terbaik untuk menjadi pemenang, tetapi kepintaran memainkan sentimen dan menyuntik rasa simpati di hati penonton di rumah untuk mengundi.

Yang pandirnya orang kita. Sampai berbelas2 juta dihabiskan untuk mengundi peserta yang baru nak belajar menyanyi menerusi SMS. Bayangkan betapa untungnya pihak penganjur dan syarikat telekomunikasi. Dan akhirnya, artis mentah yang baru nak belajar pegang mikrofon dapat kereta mahal sebuah, dapat melancong ke Eropah dan macam2 hadiah lagi. Yang habiskan duit dengan SMS siang malam pagi petang langsung tak dapat apa2. Dapat dosa pula kerana membazir.

Inilah budaya hedonisme. Budaya mengagungkan hiburan dan keseronokan.

Bayangkan budak sekolah yang hafal sifir pun berterabur, mengaji Iqra’ pun terangkak2, tapi bila tanya tentang lirik lagu popular, semua dia tahu. Kalau lirik nasyid tu tahanlah juga, ini yang dihafalnya lagu hip hop yang guna bahasa rojak, yang kita tak tahu di mana hujung di mana pangkal.

Inilah budaya orang2 kafir yang ditiru oleh orang2 Islam tanpa mereka sedari akan bahayanya. Cuma pandangan dari dia yang masih cetek ilmu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey. BTW, Faizal Tahir tetap the best. Haha. Dapatkan Adrenalin di pasaran sekarang.

9 comments:

reen_sofee said...

yes yes!
suke faizal tahir gak!
tuh laa pasal
agungkan sgt artis!
duit habis padahal tak dek ape yg menguntungkan pon
biaselaa.
konon nak majukan anak bgsa.
tapi maju ntok jadik penyanyi.
bangga ke jadik penyanyi.
sanggup bergaduh gaduh sebab nak jadik penyanyi, sebab nak popular.
kalo pasal belajar tak penah laa gaduh!

Orang Senyap said...

reen_sofee ::

ahaha!!

wah, betul kan?

xsangka ada orang setuju, tenkiu..!!

ingatkan
saya post entry macam nie alamatnyer akan kena basuh sampai lunyai..

yela, final AF semalam kan?
hehe..

eyh? minat FT jugak yer?

Adila Ady said...

alah...cakap je la jeles dengan shahir...kan..?

Orang Senyap said...

Adila Ady ::

sapa shahir pun saya xkenal,

xdenyer nak jeles2 nie..

buang tenaga buang emosi ja..

haha

aideeb said...

tonton imam muda lak..ada sorang nama adib..hehe

aideeb said...

tonton imam muda lak..ada sorang nama adib..hehe

Lan Bingka said...

ada orang yg bangga dah belanja beribu-ribu sms artis program realiti.. *kesian..

Orang Senyap said...

aideeb ::

imam muda? tb brapa?

Orang Senyap said...

Lan Bingka ::

yup. betul tu lan.. heh

nak wat macam mana, itu yang terjadi pada dunia sekrang..

kita yang ada nie, kena sentiasa beringat jer la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...