sahabat Senyap

Thursday, November 18, 2010

Duhai Pemilik Senyum

Wahai diri yang ku damba.

Andai dirimu dilanda kesusahan, bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya, maka dengan janji itu dirimu akan senang. Perisaikanlah dirimu dengan harapan, agar tidak putus asa hingga kecemasanmu lenyap seiring dengan berlalunya waktu.

Tutupilah kesedihan dari teman2mu, kerana di antara teman2mu itu ada yang dengki dan senang dengan penderitaan orang lain. Buangkanlah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu itu jauh2, kerana perkara ini akan membuatkan hati kamu, jiwa kamu, senyuman kamu mati sebelum waktunya.

Jadi, duhai pemilik senyum ini,

Dongakkan kepala, perhatikan bagaimana awan hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat akan menjadi terang benderang. Angin kencang menjadi tenang dan bagaimana badai menjadi reda. Teriknya sinar matahari akan diteduhkan dengan bayangan, rasa kehausan yang mencekik akan disegarkan oleh air yang dingin dan rasa lapar yang mencengkam akan dikenyangkan oleh sepotong roti yang hangat. Keletihan kerana berjaga malam akan berhujung pada tidur yang nyenyak, pedihnya kesakitan akan hilang dengan lazatnya sihat.

Kerana itu, kamu hanya perlu sedikit kesabaran dan jangan berhenti berdoa. Yakinlah bahawa kesulitan hidup yang kamu rasai akan lenyap, kehidupan kamu akan menjadi bahagia dan masa depan menjadi gemilang. InsyaAllah.

Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga2 senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dan indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Hump. Syh2, jangan muncung2 lagi. Hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...