sahabat Senyap

Thursday, November 18, 2010

Dear Diary

10 November 2010

Usai memunggah dan memuatkan enam kotak pakaian terpakai di dalam perut Van. Aku dan tiga yang lain bertolak ke Merbok, menuju ke Rumah Penyayang Wadi Sakinah. Sebuah pusat yang menempatkan anak2 yatim, warga emas dan keluarga miskin. Lokasi tujuan kami. Perjalanan itu tidak lama, jarak dari Gurun ke Merbok hanya mengambil masa sekitar 20 minit. Cuma lokasi letaknya Pusat itu berada jauh di pelusuk kampung, jalannya juga tidak berturap dan berlopak di sana sini.

Kedatangan aku disambut dengan lopongan seorang anak kecil di pintu pagar Wadi Sakinah. Melihat sahaja Van yang dinaiki kami mula memasuki perkarangan, anak kecil tadi berlari anak ke Pejabat Urusetia memaklumkan ‘ada orang mai’ ‘ada orang mai’ berulang kali. Terusik sekejap. Aku perasan, ada yang berubah bila melihat persekitaran di situ berbanding kunjungan yang lepas.

Setelah menyampaikan kata suci salam dan saling berjabat tangan, bertanya khabar, menyerahkan sumbangan. Aku sempat meluangkan masa beramah dengan anak2 kecil di situ. Mereka friendly, sangat peramah. Mereka anggap setiap pelawat yang datang itu famili. Buatkan aku rasa begitu dekat, rasa diterima dan bersyukur.

Kunjungan aku tidak lama. Selepas meminta diri aku menuju pula ke Alor Star, melawat pekerja yang menjadi mangsa banjir ekoran daripada hujan yang berlarutan sejak awal November. Sama juga, selepas mengambil gambar, mengangar kos kerugian isi rumah, aku sempat sampaikan sedikit sumbangan bagi pihak Pengurusan.

Malam itu, sebelum tidur. Aku meneliti diri. Syukur, aku dikurniakan tubuh yang sihat dan cukup sifat. Aku memandang ma dan abah. Syukur, aku masih ada tempat untuk bergantung. Aku lihat pula keadaan isi rumah. Syukur, aku masih lagi punya tempat untuk berteduh. Alhamdulillah. Lekas2 aku panjatkan rasa syukur pada Yang Memberi. Benar, setiap apa yang kita punya cuma pinjaman untuk sementara. Dia boleh ambil balik bila2 masa yang Dia kehendaki.

Masa noktah. 1.23 pagi.

p/s : I’m Ami. Rumah tak kena banjir.

4 comments:

Nana iidyLL said...

bestnyer dpt tgk ank2 yatim...
dpt tlg org ssh...

i'm iidyll... Teringin nk ambil ank agkt suatu hr nnt..

suka ar trademark kmu....huhuhuhu

Orang Senyap said...

nana iidyll ::

a'ah, satu perasaan yang sangat releif bila dapat jumpa dengan anak2 yatim.

suka trademark saya? hehe

thanks

Orang Senyap said...
This comment has been removed by the author.
Nana iidyLL said...

huhuhu
tau xpe...
tp kdg2 ley cry gak tgk muka2 pilu depa....

owhhh....trademark kmu tu....hihihihi
bila baca confirm tsenyum...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...