sahabat Senyap

Saturday, August 15, 2009

Monolog Jiwa

Kamus hati terisi padat dengan pelbagai hidangan perasaan yang mana ada yang kelat, manis, masam dan pahit. Rumusan perasaan membentuk fikiran. Aku petik sepotong kata2 Socrates, “Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakan Tuhan baginya”. Bagaimana jiwa perasaan? Hurm, aku lebih senang menterjemahkannya dalam bentuk monolog.

Berjumpa, berkenalan, bercinta dan berpisah, itulah cerita sedih di hati manusia. Kegelapan mencemerlangkan bintang2, kesedihan mencermerlangkan manusia. Pada aku, saat paling sedih dalam hidup seseorang hanya bertandang sekali sahaja. Dan aku percaya, semua kita pernah punya detik kelam yang itu.

Sekejap kita ada pula rasa ‘benci’. Kebencian itu sama halnya dengan cinta, berkobar kerana hal2 kecil. Sudah menjadi adat manusia, mereka membenci orang yang pernah mereka sakiti. Kebencian adalah bunuh diri yang dihulur2. Kebencian adalah gilanya hati. Kebencian mencemari fikiran. Sungguh, membenci itu amat meletihkan. Dan benar, dua orang tidak akan saling membenci apabila kedua2nya mencintai Allah. Sebabnya, cahaya cinta membunuh semua kuman iri hati dan kebencian.

Bila langit mendung, lepas turunnya hujan pasti sinar suria datang menjengah. Daripada semua sifat yang baik, keriangan hati adalah sifat yang paling menguntungkan. Apabila kita riang dan puas, seluruh alam ikut tertawa bersama kita. Ada benarnya juga, keriangan dan kegembiraan hati itu adalah ubat daripada Tuhan. Sangat mudah beriang gembira apabila hidup berlangsung dengan lancar dan menyenangkan, laksana lagu yang merayu menawan hati.

Seperti kata2 ini, lebih baik sebuah pondok buluh yang penuh keriangan daripada sebuah istana yang penuh kemurungan. Andai kata ada neraka di dunia, maka neraka itu terdapat dalam hati orang yang murung. Murung, bukanlah perasaan jasmani yang kurang nyaman, melainkan penyakit fikiran.

Kata berlawanan bagi pencinta harmoni disebut ‘pesimis’. Pesimis adalah pembuangan kekuatan dan hukuman bagi orang yang tidak tahu bagaimana cara hendak hidup. Orang yang pesimis adalah orang yang berfikir setiap orang seburuk dia, oleh itu dia membenci semua orang. Tiada yang lebih sedih, lenyap riang, murung dan benci apabila anak2 muda sekarang menjadi pesimis. Senyum pada hidup. Pasti ia akan senyum kembali pada kita. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Suka aku dengan lagu Bencinta. Huhu. Go Faizal Go!

Bulan Yang Bukan Oktober

Melihat kalendar yang terlekap di dada dinding buatkan aku tersenyum senang. Menjengah di bulan Ogos yang datang hinggap kali ini buatkan aku rasa teruja. Biarpun kini kita sudah hampir setengah purnama menjamah hari2 yang kian bersilih, tapi tak bermakna baru meraikan bulan yang datang menjadikan tulisan aku ini agak basi. No, okay. Hehe. Ingat tidak dengan satu iklan yang pernah ditayangkan dulu? Iklannya sedikit berbunyi begini. “Kenapa saya suka rumah saya? Kat rumah ada datuk, nenek, mak, ayah, adik, kakak, abang…” Heh. Sekadar membunyikan dialog yang sama.

Hurm, kenapa saya suka bulan Ogos? (“,) Ogos kali ini seperti yang sedia maklum akan tibanya purnama Ramadhan. Seperti kata junjungan Nabi Muhammad s.a.w, puasa adalah separuh daripada kesabaran. Menahan diri dari segala anasir2 dosa. Bagi aku Ramadhan akan banyak menolong aku terus diet. Sesungguhnya, kurus itu impianku. Doakan aku ya. Hurm. Usaha lagi.

Kenapa saya suka bulan Ogos? Laungan keramat yang paling merdu dulu pernah dilaungkan di bulan ini. Merdeka. Merdeka. Merdeka. Kemerdekaan Negara yang didirikan di atas runtuhan ribuan jiwa serta harta benda rakyat dan bangsa, tidak dapat dilenyapkan oleh sesiapa pun. Tanpa manusia tidak ada kemerdekaan, tanpa keadilan tidak ada martabat manusia dan tanpa kemerdekaan tidak ada manusia merdeka. Aku, kamu dan dia. Kita anak merdeka.

Kenapa saya suka bulan Ogos? Ramai kenalan rapatku hari lahirnya jatuh pada bulan ini. Jadi kepada kamu, kamu dan kamu. Selamat hari lahir ya. Juga teman sekuliahku dulu akan meraikan majlis Konvokesyen di bulan ini. Menjadikan aku dan kami, lukisan senyum itu sentiasa manis terukir.

Dan kenapa saya suka bulan Ogos? Bekerja adalah satu ibadat. Kerja bagiku adalah alat penenteram, perangsang, tempat pelarian, tempat latihan dan hiburan. Apa Ogos buatkan kerja aku bulan ini agak lain. Hurm, bulan ini akan mula gred tangga gaji yang baru bagi aku. Kenaikan dari awal tahun plus bulan ini ada BONUS. Yeay! Bonus berapa bulan itu biarlah aku dan akaun bank aku saja yang tahu. Hehe.

Ogos datang selepas Julai dan sebelum September. Selepas September datangnya Oktober. Bulan kelahiranku dan detik nafas pertamaku pada 12 Oktober. Aku warga Libra. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. To do list; Awal September Training di City Bayview Hotel, Penang.

Transisi Masa

Transisi zaman. Semakin jarang aku menulis ya. Entahlah. Aku tidak pernah terfikir akan menjadi penulis blog sebagaimana sekarang. Jika diimbas setahun yang lepas, blog begitu asing buat aku. Aku tidak pernah langsung mengambil bidang sastera dulu, yang mana menjelaskan aku bukan seorang yang diasuh menjadi penulis. Cumanya aku sudah mula bersahabat dengan buku sejak kecil lagi, membaca nukilan mereka sering buatkan aku cemburu. Cemburu akan ilham dan interprestasi mereka di papan kekunci.

Tuhan menghadiahkan kepada kita masa yang singkat di bumi ini, namun pada masa yang singkat inilah tergantung keabadian pada hari kekal yang esok. Kebanyakan kita demikian hebat memikirkan masa hadapan hingga tidak dapat menikmati masa sekarang, dan tidak mahu menyedari yang ada pada kita adalah masa sekarang. Masa hadapan tidak pernah datang, sebenarnya ia adalah masa sekarang.

Betapa transisi masa mengubah persepsi kita dalam melihat dunia. Anak2 kecil menikmati masa kini, kerana mereka tidak memiliki masa lalu dan masa yang akan datang. Pada masa remaja, hari rasanya pendek sedangkan tahun panjang sekali, pada masa tua tahun rasanya pendek, sedangkan hari panjang sekali.

Masa muda adalah musim semi daripada harapan, kegiatan, usaha dan percintaan. Masa muda adalah masa keemasan, dan betapa berdosanya apabila menyalahgunakan masa muda itu. Manakala, masa hadapan adalah sesuatu yang setiap orang dapat mencapainya. Masa hadapan hanya mengandungi unsur2 yang kita bina pada masa silam. Masa hadapan adalah hari ini, tidak ada hari esok.

Masa mendidik, masa juga mematangkan pemikiran. Masa yang lalu dulu, biarkan saja ia terus berlalu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Tik Tok Tik Tok.

Saturday, August 08, 2009

Bunga Yang Tidak Harum

Dalam bahasa bunga, mawar kuning ertinya persahabatan, mawar merah beerti cinta dan anggerik membawa makna kepada perniagaan. Benar, bunga adalah sesuatu yang paling indah yang pernah diciptakan Tuhan tanpa diberi jiwa. Tapi, bunga yang indah belum tentu semuanya harum. Kan? Hehe.

Kadangkala supaya berpijak di bumi, kita perlu berenang ke langit. Dan apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak2 tangga tetapi panjatlah anak2 tangga itu satu persatu.

Hanya berpesan pada diri sebab aku rasa manusia kena sentiasa ada orang yang kena terus menerus memperingati bila ada masa tu rasa yakin sudah kian nipis dalam diri. Mulakan hari dengan senyuman, kerna senyuman adalah bahasa yang dapat dimengerti oleh semua bangsa di dunia. Peace dari Senyap.

Selamat hari Sabtu.

p/s : I’m Emiey. Dare to expose...

Saturday, August 01, 2009

Aku Adalah Aku

Orang yang berperibadi unggul, seolah2 dia berkata aku adalah aku, dia tidak dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak selari dengan pegangan hidupnya. Sesungguhnya, aku masih sayup jauh dalam mencapai tahap yang itu. Masih lagi jagung dalam meniti perjalanan yang dipanggil hidup.

Aku masih lagi boleh disamakan sebagai hamparan simen basah yang mana setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan. Dalam proses belajar dan menimba pengalaman bagi membentuk aku yang lebih baik di masa muka. Aku rasa semua kita juga begitu. Betapa ilmu itu sangat penting, ilmu yang akan menjadi garis panduan agar kita nanti berupaya berpijak dengan sendiri dalam menongkah cita2 yang diimpi.

Tapi bukan cita-cita namanya apabila hanya mengeluh dengan kata2, “Niat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tidak sampai”. Hehe. Entah. Kita boleh memilih samada ingin membina kekuatan yang kita miliki ataupun menumpukan perhatian kepada kelemahan diri sendiri. Ilmu mencari jawapan daripada pertanyaan, ‘Apa dan bagaimana’. Ilmu tidak menjawab ‘Dari mana ke mana’.

Agak skema sikit entry aku kali ni. Saja suka2 nak twist cara penulisan. Walaupun aku tahu ia sedikit pusing. Haha. Pengalaman adalah ilmu yang susah kita nak beli. Jadi jika pernah lalui pengalaman yang perit, bukan maknanya kita perlu tulis nota kecil dan langsung terjun bangunan. Macam cerita yang Adeeb beritahu aku. Erm Deeb, lambai sikit kat dia. Hehe.

Hidup ini pendek je. Mungkin esok lusa dah tiba masa kita. Jadi pastikan setiap saat hari ini jadi memori manis esok hari. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emih. Diam kekal senyap.

Just Let It Go

Perasaan ini kadang2 agak aneh. Ia pantas sayang. Ia juga laju berdendam. Bila ada yang lebih sempurna, dengan mudah perasaan teruja ini melimpah dan perasaan ini juga boleh dikira kejam bila masa memperolehi yang lebih sempurna itu langsung terus tinggalkan lama yang setia dulu. Begitu unik ciptaan Tuhan kan.

Istilah perasaan ini juga bila terlalu dilayan akan buatkan diri nanah jiwa. Dalam itu akan rasa sakit. Sakit sangat. Dan aku seperti sudah mula belajar sesuatu dari yang lepas. Tidak mudah letakkan sesuatu itu melekat kejap. Jika ia, pasti akan meninggalkan kesan bila ia ditanggalkan. Pasti akan tinggalkan bekas. Bekas yang pasti akan lama menzahirkan parut.

Perasaan ini bagai satu nikmat yang tak terucap. Seperti ketika aku mengintai ke dada langit tadi. Ada titisan2 air yang menitik. Sekejap aku leka menadah tangan untuk mengutip titisan pejal air yang jatuh. Terasa tujahan kasar mutiara langit bila menyentuh deria sentuhan aku. Bila aku ingin genggam pejal air itu, yang aku lihat ia berubah menjadi percikan air yang berselerak. Titik2 air yang sedikit tadi lama kelamaan kian lebat membentuk rasa selesa yang aku suka. Rasa dingin yang aku idam.

Uniknya dilengkapi perasaan. Tapi xsemua rasa yang aku suka. Bila datang rakan sekerja tadi dengan menangis tanda sebak sebabnya hari ini hari terakhir dia berkhidmat sebelum berpindah ke kerjaya yang baru. Jujur aku juga sedikit sayu kerna rakan itu teman rapat aku sendiri. Bila sudah kenal terlalu dekat, bila hendak berpisah iya memang rasa sakit. Tapi entah, aku sekarang seperti sudah lali. Dah terlalu kerap situasi macam ni aku hadap. Mungkin hati aku sudah lesu. Perasaan aku dah layu rasanya. Mungkin.. Hurm.. Peace.

p/s : I’m Amy. Kita tak boleh ubah bila rasa seseorang itu dah berubah. Just let it go.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...