sahabat Senyap

Saturday, August 01, 2009

Just Let It Go

Perasaan ini kadang2 agak aneh. Ia pantas sayang. Ia juga laju berdendam. Bila ada yang lebih sempurna, dengan mudah perasaan teruja ini melimpah dan perasaan ini juga boleh dikira kejam bila masa memperolehi yang lebih sempurna itu langsung terus tinggalkan lama yang setia dulu. Begitu unik ciptaan Tuhan kan.

Istilah perasaan ini juga bila terlalu dilayan akan buatkan diri nanah jiwa. Dalam itu akan rasa sakit. Sakit sangat. Dan aku seperti sudah mula belajar sesuatu dari yang lepas. Tidak mudah letakkan sesuatu itu melekat kejap. Jika ia, pasti akan meninggalkan kesan bila ia ditanggalkan. Pasti akan tinggalkan bekas. Bekas yang pasti akan lama menzahirkan parut.

Perasaan ini bagai satu nikmat yang tak terucap. Seperti ketika aku mengintai ke dada langit tadi. Ada titisan2 air yang menitik. Sekejap aku leka menadah tangan untuk mengutip titisan pejal air yang jatuh. Terasa tujahan kasar mutiara langit bila menyentuh deria sentuhan aku. Bila aku ingin genggam pejal air itu, yang aku lihat ia berubah menjadi percikan air yang berselerak. Titik2 air yang sedikit tadi lama kelamaan kian lebat membentuk rasa selesa yang aku suka. Rasa dingin yang aku idam.

Uniknya dilengkapi perasaan. Tapi xsemua rasa yang aku suka. Bila datang rakan sekerja tadi dengan menangis tanda sebak sebabnya hari ini hari terakhir dia berkhidmat sebelum berpindah ke kerjaya yang baru. Jujur aku juga sedikit sayu kerna rakan itu teman rapat aku sendiri. Bila sudah kenal terlalu dekat, bila hendak berpisah iya memang rasa sakit. Tapi entah, aku sekarang seperti sudah lali. Dah terlalu kerap situasi macam ni aku hadap. Mungkin hati aku sudah lesu. Perasaan aku dah layu rasanya. Mungkin.. Hurm.. Peace.

p/s : I’m Amy. Kita tak boleh ubah bila rasa seseorang itu dah berubah. Just let it go.

8 comments:

SasHa Lee said...

Ia bila kawan kite yg rapat dah berpindah mengikut kerjaya masing2..kite yang tinggl mesti sadis jer...
**Just let her go..Peace;)

Orang Senyap said...

sasha lee ::

erm sasha, i still thought about her larh.. datang keja lihat meja dia kosong rasa macam xlengkap jer.. dah hilang sorang kawan rapat nak merepek2..

tapi yang datang tetap akan pergi kan? walaupun xberapa rela..

Att Ashburn said...

setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan

Orang Senyap said...

Att Ashburn ::

yup, jadi kalau nak benci..
bencilah pertemuan bcoz tanpa pertemuan xdela perpisahan..

ye dak?

aideeb said...

perasaan adalah ciptaan tuhan..hanya manusia yg ada perasaan..tapi klo perasan..tu diri sendiri yg buat..huhuhu...

by the way jgnla benci pada pertemuan..sbb adat pertemuan ada perpisahan..bila berpisah bertemu org lain plak...meja yg kosong tu nanti ada penghuni baru plak...

takkan nak tgl sorang2 kot...huhuhu peace no war

Orang Senyap said...

aideeb ::

aish, ada jer yang dia nak patahkan hujah kita? huhu..

bagus2, erm perumpamaan dia atas hanya kiasan saja.. bukan bermakna jika lepas ni jumpa orang baru kita akan terus tarik muka masam?

NO.. huhu.. thats not the way u live ur life n not the way you threat a Person..

macam sekarang, saya suka sebab jumpa you, kenal you, berjenaka dengan you, bertukar pandangan dengan you..

semua itu tanda kepada hubungan kekawanan yang lebih erat.. jadi jika sampai satu masa you dah kawen.. eheh.. cnth je la deeb.. dah xde msa la nak buat macam nie..

biar sakit sebab rasa 'kehilangan'..

tapi kesannya akan sendirinya akan terubat dengan masa yang berlalu...

ahah.. manjang pulak celoteh merepek saya kan? huhu

aideeb said...

hihihi...good point emi..but nak betulkan sket ejaan threat tu..actually emi tak maksudkan threat (ancaman) ye...i think emi nak tulis treat kan?...

Orang Senyap said...

aideeb ::

a'ah.. alahai, berkobar2 sangat
taip sampai spelling pun x check
balik..

**malu sekejap.. hahahaha..

erm, yup.. sepatutnya ejaan yang itu.. thanks perbetulkan saya yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...