sahabat Senyap

Saturday, August 15, 2009

Transisi Masa

Transisi zaman. Semakin jarang aku menulis ya. Entahlah. Aku tidak pernah terfikir akan menjadi penulis blog sebagaimana sekarang. Jika diimbas setahun yang lepas, blog begitu asing buat aku. Aku tidak pernah langsung mengambil bidang sastera dulu, yang mana menjelaskan aku bukan seorang yang diasuh menjadi penulis. Cumanya aku sudah mula bersahabat dengan buku sejak kecil lagi, membaca nukilan mereka sering buatkan aku cemburu. Cemburu akan ilham dan interprestasi mereka di papan kekunci.

Tuhan menghadiahkan kepada kita masa yang singkat di bumi ini, namun pada masa yang singkat inilah tergantung keabadian pada hari kekal yang esok. Kebanyakan kita demikian hebat memikirkan masa hadapan hingga tidak dapat menikmati masa sekarang, dan tidak mahu menyedari yang ada pada kita adalah masa sekarang. Masa hadapan tidak pernah datang, sebenarnya ia adalah masa sekarang.

Betapa transisi masa mengubah persepsi kita dalam melihat dunia. Anak2 kecil menikmati masa kini, kerana mereka tidak memiliki masa lalu dan masa yang akan datang. Pada masa remaja, hari rasanya pendek sedangkan tahun panjang sekali, pada masa tua tahun rasanya pendek, sedangkan hari panjang sekali.

Masa muda adalah musim semi daripada harapan, kegiatan, usaha dan percintaan. Masa muda adalah masa keemasan, dan betapa berdosanya apabila menyalahgunakan masa muda itu. Manakala, masa hadapan adalah sesuatu yang setiap orang dapat mencapainya. Masa hadapan hanya mengandungi unsur2 yang kita bina pada masa silam. Masa hadapan adalah hari ini, tidak ada hari esok.

Masa mendidik, masa juga mematangkan pemikiran. Masa yang lalu dulu, biarkan saja ia terus berlalu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Tik Tok Tik Tok.

6 comments:

fafaz said...

dalam maksud tuh..
;)

::cik kikiLaLa:: said...

kepada encik senyap

dengan hanya membaca blog kamu..post kamu..kreativiti kamu...saya dapat catch personality kamu..dan kamu actually a very special person...dan saya hanya berpendapat hanya certain orang sahaja yang boleh mendalami isi hati dan memahami kamu...hhihihi
u cant simply evaluated by the 1st impression...hihi it just pendapat...hihi
teruskan blogging..cik kikilala salu singgah santap..hehe

Orang Senyap said...

fafaz ::

hurm.. mendalam ke fafaz?

hehe.. sekadar meluahkan apa
yang terbuku..

thanks coz dropping ur comment ya?
;-)

Orang Senyap said...

cik kikilala ::

wah.. saya hilang kata bila baca
comment dari awak nie..

saya cuma orang diam, lebih selesa
bersuara melalui tulisan..

nukilan yang ada ini.. terima kasih ya kamu..

memang pun, xramai yang faham saya nie macam mana...

aideeb said...

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian...lagu raihan utk sume

Orang Senyap said...

aideeb ::

layan nasyid plak dah kamu deeb..
mirwana la, ada faizal..

eyh, ex faizal punya team.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...