sahabat Senyap

Sunday, February 14, 2010

Split Personality Ke?

Apa itu nama? Bunga yang kita sebut mawar, walaupun kita beri nama lain, tetap semerbak juga harumnya. Tetap berseri juga kelopak2nya.

Setiap manusia secara umumnya mempunyai tiga perwatakan, iaitu yang dipamerkan, yang benar2 dia miliki, dan yang dia kira memilikinya. Watak apa yang aku mainkan sekarang? Terus terang, aku pun tidak tahu. Tapi kenapa aku selalu ditegur dengan karektor aku yang berubah2. Mungkin yang menegur tu belum sepenuhnya kenal aku. Mungkin.

Bila kawan2 lihat nick ‘Orang Senyap’ di blog ni. Mereka ketawa. Katanya mulut kepoh macam ni ‘Senyap’. Ye la sangat2. Hurm, Tapi jika mereka kenal aku sejak kecil, mungkin kenyataan mereka tadi akan berubah. Ya, sekarang aku memang Outspoken, Loud and Explosive. Tapi memang aku seorang yang pendiam, bercakap bila hanya perlu.

Bila kawan2 lihat tulisan di sini. Mereka keliru. Lari langsung dengan watak aku di luar. Katanya orang yang nakal, otak gila2, mulut laser, suka ketawa, yang xpernah serius kalau menulis seperenggan Memorandum pun. Tapi? Ntah2 cilok copy paste kat mana2. Reaksi aku? Hanya senyum nipis. Terpulang. Hobi aku sudah begini, cintakan bahasa sastera. Sebab bagi aku, bahasa melayu ni sememangnya indah. Jadi buat apa perlu lagi aku mencacatkannya. Lebih baik aku memartabatkannya lagi. Ya.. Di sini.

Dan bila kawan2 lihat nama ‘Emi’ di setiap tapak entry. Mereka mencebik. Datang mana pula nama Emi. Kalau nak cover identity pun agak2 la. Sekali lagi mereka ketawa. Reaksi aku? Hurm, itu memang nama aku. Ya, memang aku lebih dikenali dengan nama ‘Zam’. Tapi Emi gelaran dari family. Lebih rapat maknanya bagi aku. Dan aku suka bila orang gelar aku dengan nama tu. Lagipun, memang diambil dari pangkal nama penuh sendiri. Mohammad Zamzamie.

Sekali lagi. Setiap manusia mempunyai tiga perwatakan, iaitu yang dipamerkan, yang benar2 dia miliki, dan yang dia kira memilikinya. Watak apa yang aku mainkan sekarang? Terus terang, aku MEMANG tidak tahu. Aku hanya telus menjadi aku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Aku ada saudara kembar. Heh. Tipu je.

12 comments:

Adila Ady said...

takde split2 nye...plastik belaka.

Adziim said...

3 personaliti itu...semuanya adalah diri kita.

humaira hadzarami said...

haha, susah betul nak split2 personaliti.

Qaish Nur Mikhael said...

dila ::

ish, ada jugak nak nak kena split
nie kang? huhu

mana ada plastik la.. betul2 nie.

haha..

Qaish Nur Mikhael said...

mimpi ::

thanks sebab follow saya kembali and thanks dropped ur comment..

kadang2 manusia nie xsedar yang watak dalam dirinya ada banyak.. karektor dalam jiwa ada pelbagai..

kadang2 bila kita jadi orang lain yang tanpa kita sedar, ya, mungkin yang lain akan perasan..

tapi sebenarnya karektor diri kita yang makin berkembang..

ntah apa aku cakap nie.. but u get the point.. hehe

Qaish Nur Mikhael said...

humaira hadzarami ::

nak jadi atau tiru orang lain memang susah.. kalo iyer pun boleh.. itu ibarat hipokrit pada diri sendiri..

tapi, xsalah kalo ada kebaikan yang kita nampak ada pada diri yang lain dan kita cuba untuk jadi macam dia..

itu bukan hipokrit, tapi itu memajukan diri sendiri ke arah yang lebih baik..

sampai bila hendak berada di takuk lama. kan?

Azizah Omar said...

jadik la diri sendiri. itu yang terbaik. :)

Husna Hadzarami said...

kadang2 ada juga rasa split personality ni, kat ofis lain kat rumah lain. kalau dah kat rumah asik ketawa je xkan kat ofis nak buat perangai sama macam kat rumah. ye x? :)

Qaish Nur Mikhael said...

Dila is Azie ::

yup.. buat apa nak hipokrit ye tak?

hehe..

sebab diri kita sendiri dah cukup istimewa..

aideeb said...

split personaliti ni satu masalah jiwa yg berat...utk contoh yg klasik tgk citer psycho: norman bates tuh...

tapi kalau banana split plak adalah sejenis pencuci mulut yg enak...

Qaish Nur Mikhael said...

Husna Hadzarami ::

a'ah. jadi betul la apa yang saya buat kan..

react mengikut suasana dan tempat la.. hehe

by the way, thanks dropping ur comment..

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

deeb, awak nie kalo xsakat saya memang xsah.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...