sahabat Senyap

Thursday, June 11, 2009

La La La Kerjalah (My Workplace)

Di hadapanku ada timbunan invois dan report dari Vendor untuk tempoh dua tahun yang perlu aku buat rumusan sebelum dijadikan satu report. Di sisi kiri pula ada kertas proposal aset dan paperwork untuk 3 asigment yang perlu aku selesaikan dengan dateline yang agak singkat. Di dalam tray dapat dilihat timbunan dokumen untuk satu lagi job scope baru yang turut diamanahkan kepada aku. Aku pada waktu ini agak blur. Semuanya penting. Tapi aku jadi lost untuk selesaikan yang mana satu. Yang mana perlu aku dahulukan. Untuk seketika aku rasa kosong. Rasa ingin sahaja aku terbang tinggalkan semua kertas2 putih yang berserakan di atas meja aku itu. Biar mereka hilang. Cukup walaupun sekejap.

Tadi aku ada meeting dengan Union (Kesatuan Pekerja), aku merangkap setiausaha kepada Manager HR. Satu lagi pengalaman baru buat aku. Sebelum ini aku di dalam Jabatan Pentadbiran, tapi kini skop kerja aku dipanjangkan ke Jabatan Sumber Manusia dan diberi mandat sepenuhnya mengendalikan seksyen IR. Agak bercelaru pada mulanya, 2 Jabatan 2 Seksyen kini aku perlu galas. Secara tidak langsung menjadikan minggu ini minggu paling sibuk buat aku. Ah, stressnya. Tapi aku seboleh2nya tidak mahu stress itu dekat langsung pada aku. This is process of learning for me. Aku mahu enjoy every minute of it.

Kadang2 itu dalam kita menjalankan tugas harian, benar tekanan itu sentiasa ada. Jika tertekan aku suka senyum sendiri. Paling tidak tekanan itu sedikit reda. Sungguh, kebelakangan ini senyum aku itu bagai hilang. Tapi aku tidak lupa, buat insan yang sentiasa back up dan tidak jemu memberi buah fikiran dalam melancarkan lagi kerja aku itu. Aku ucapkan TERIMA KASIH banyak2. Kamu teman yang sejati. Dan buat Yuza, thanks juga kerna sentiasa ada temankan aku berbual jika otak aku beku dengan kerja. Pada kamu2 itu, sentiasa aku ini ada jika kamu perlu bantuan dari aku nanti.

Projek suka2 aku kini sudah menampakkan hasil. Projek apa? Heh. Dalam masa yang sama aku ada daftar my own company (Enterprise). Produk aku simple jer, sekadar suka2 manfaatkan ruang senggang. Ternak keli dalam kanvas. So far alhamdulillah. Dalam masa yang sama juga aku turut join Hai-O Marketing.

Minta maaf jika entry kali ini agak bosan. Tiada idea sebenarnya. Hehe. Sekadar ingin membawa kamu meninjau workplace yang aku duduki kini. Weird jugak kadang2 tue, I’m only 22 years old actually. Tapi perlu react matured dalam ‘dunia’ nie. Pada siapa yang kenal aku itu, kamu tahu yang aku bukan orang yang itu. ‘Orang gila’ ini. Satu hari tidak menghuru harakan hidup orang lain xsah. Haha. Sekian dulu dari Senyap. Peace.

p/s : I’m Amyzie. Gelisah ku gelisah mengenangkan masa.. lalalalala

Sunday, May 31, 2009

Dania Sara Aleesya

Aku peluk erat wanita itu. Sangat kejap. Dia juga membalas pelukanku. Kucupan lembut dia hadiahkan di pipiku. Aku sebak. Aku perasan ada mata2 yang memerhati tapi aku langsung tidak endahkan. Aku bisik di tubir telinganya.

“Jaga diri baik2 lepas nie. Kami sentiasa sayang Akak.”

Bergenang air mata Akak petang itu. Aku pun tak tahu yang aku ini boleh buat orang terharu dan langsung menangis. Jahat betul aku ni. Tapi aku fikir sekali sekala tidak apa kot. Pada jam 5.47 petang aku dan keluarga tinggalkan Akak di rumah keluarga mentuanya. Hari itu majlis perkahwinan Akak. Satu2nya Akak aku. Akak yang dulunya pernah dukung aku sejak aku masih lagi bayi. Tak sangka kini dia dah kahwin.

Ketika perjalanan pulang, masing2 kami sepi tanpa bicara di dalam perut kereta. Masing2 kami melayan perasaan sendiri. Rasa gembira tetap ada tapi terselit juga rasa sedih sebab tiada lagi suara ceria Akak di rumah. Hari esok mungkin akan berubah plot skripnya bila kurang satu anggota. Tapi kami tetap gembira.

Hari berganti minggu. Minggu bersilih bulan. Awal pagi itu, telefon rumah berdering. Ia dari Akak. Nyata Akak seperti gelisah, kelam kabut Akak bercakap. Mak yang waktu itu menjawab cuba untuk menenangkan Akak. Akak bagitau dia rasa macam dah nak ‘deliver’ pagi itu. Seluruh ahli keluarga masing2 panik, well anak sulung. Macam2 boleh jadi kan?

Alhamdulillah, pada jam 7.38 pagi bunyi teriakan bayi kedengaran di ruang legar hospital. Masing2 kami menarik nafas lega dan syukur kedua2 Akak dan bayi selamat. Syukur Ya Allah..

Kini sudah dua bulan usia puteri sulung Akak. Comel, ada iras2 Akak dan Abang ipar. Suka betul aku tengok. Dah lama tak pegang bayi. Ketika bayi itu menguap dan ketawa aku sesekali tersentuh. Ini anak akak. Ini anak saudara aku yang sulung. Aku dah bergelar ‘uncle’.

“Siapa nama baby nie akak?” tanya aku.

…* rujuk title entry

p/s : I’m Ami. Dari dulu lagi aku suka dengan nama ‘Dania’, tak sangka kini ‘Dania’ sudah muncul dalam hidup aku. :-)

Gelagat Ruang Tamu


Television setia terpasang tapi aku lihat tiada yang menonton, langsung tidak kisah tentang rancangan yang ditayang pada kotak tv itu. Di hujung penjuru ruang tamu itu ada mak, sentiasa ada sahaja benda yang di bualkan. Aku perasaan, kalau mak tiada dalam rumah. Rasa sedikit sunyi. Masing2 kami akan buat hal sendiri.

Malam itu aku rasa sedikit lain. Lain yang aku selesa, aku suka lain yang ini. Waktu itu aku berbaring di sebelah mak sambil tangan memegang majalah. Biasala ulat buku, pantang kalau tak pegang bahan bacaan dalam satu hari. Di dada ruang tamu pula lihat Is berceloteh pada Angah (Ery).

“Angah ni, bukan macam tu kod dia. Tadi dah tunjuk kat Angah kan?’”

“Ish, Angah lupa la. Mintak kejap buku kod tue?”

Bla bla bla. Sejak dari tadi lagi mereka bertekak. Tapi bukan bertekak bergaduh. Cuma Angah hendak belajar petik gitar dari adik aku yang bongsu itu. Agak geli hati lihat Angah kadang2 kena perli oleh Is. Dan terbayang2 tangan Angah dulu terkehel sebab kena ‘belasah’ dengan Is bila Is hendak praktikkan bunga silat yang dia belajar di sekolah. Tapi aku respect Angah coz dia jenis yang selamber. Jenis yang tidak kisah. Sesekali lihat mak menegur bila lihat ‘pergaduhan kecil’ itu. Aku sekadar tersenyum. Malas nak tambah kecohkan lagi.

Oh Bulan
Enggan melayan diri ku lagi
Pabila
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu dia radio seolah-olah
memerli aku
Pabila
Kau bersama yang lain

Terdengar bait2 lirik lagu Yuna dialunkan oleh Is dengan petikan gitarnya sambil diperhatikan oleh Angah. Mungkin ingin menghafal kod barangkali. Walaupun aku rasa suara dia sedikit sumbang tapi hurm boleh main gitar rupanya budak nie. Dan bila sampai turn Angah, memang kod semua lari. Sumbang langsung. Is geleng kepala.

Kadang2 itu aku fikir sekecil perkara pun sudah boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan, jadi tiada alasan untuk saudara sedarah berenggang. Air yang dicincang tak akan putus, walau kawan2 ibarat siang dan malam. Sentiasa bertukar dan tiada yang akan kekal. Tapi saudara itu selagi ada hayat. Tetap disisi dan senantiasa ada. Aku sayang family aku.

p/s : I’m Emi. Aku suka lain yang ini.

Saturday, May 23, 2009

Masih Lagi Bernafas

Nada dering telefon bimbit berdering menandakan satu sms diterima. Lihat skrin. Ah, dari ‘Celcom’. Keluhan halus sedikit kedengaran terluah dari nafas anak muda itu.

‘Bukan dari dia.’ Monolog anak muda itu sendirian.

Riak wajahnya seakan kusam, mungkin sedikit kecewa. Macam mengharapkan sesuatu itu mampir, tapi lama kelamaan harapan itu seakan pudar diukir masa.

‘Mungkin dia sibuk agaknya. Tak mengapalah, mungkin esok dia akan hubungi aku’ Pujuk anak muda itu sekadar melegakan hatinya sendiri. Walaupun dia sendiri tahu ‘dia’ yang dimaksudkannya itu sudah ‘tiada’. ‘Dia’ sekarang sudah tidak seperti ‘dia’ yang dahulu. ‘Dia’ kini sudah berada di dalam dunianya sendiri. Mungkin kini ‘dia’ sedang bergelak ketawa dengan ahli keluarganya yang lain tanpa ada sedikit kisah pada anak muda itu.

Meskipun anak muda itu sedar yang dirinya seakan dilupakan malah tidak lagi diendahkan oleh ‘dia’. Hairan. Sekelumit rasa benci langsung tidak dizahirkan olehnya. Malah, anak muda itu sentiasa berharap yang satu hari nanti. Iya, barangkali mungkin. Di skrin telefon bimbitnya tidak lagi tertera ‘Celcom’ atau nama2 yang lain. Mungkin akan muncul juga nama ‘dia’, dan jika sampai waktu itu, anak muda itu pasti akan menerima ‘dia’ kembali tanpa apa2 soal. Dengan tangan yang terbuka. Ditemani segaris senyuman senang.

Bagai di tanah gurun yang kontang. Tiada tumbuhan yang dapat hidup di lautan tanah yang merekah. Begitu juga dengan rasa ‘benci’ pemuda itu pada ‘dia’. Tiada sedikitpun rasa itu tumbuh subur dan jika mekar sekalipun rasa itu tidak lama, ia pasti akan kembali layu juga. Dan seperti pokok kaktus yang terdapat di tanah gurun yang kering itu, akar pokoknya yang panjang sentiasa berupaya membekalkan air dari perut bumi kepada induknya. Sama juga ibaratnya rasa senang dan sayang anak muda itu pada ‘dia’. Sentiasa ada. Tapi rasa rindu ‘tidak diendah’ dan ‘dilupakan’ itu memang menyakitkan bagai… hurm. Iya, bagai dicucuk duri kaktus.

Walaupun kehadiran ‘dia’ sudah tertulis hanya sekejap. Tapi anak muda itu tetap bersyukur, waktu yang sekejap itu ‘dia’ sudah ibarat menjadi sebahagian dari hidupnya. Walaupun pada mula sedih itu tetap ada, tapi yang sebetulnya anak muda itu gembira kerna dalam masa yang ‘sekejap’ itu, ‘dia’ sentiasa membawa pelangi gembira dan hujan bahagia. Sungguh, kehadiran ‘dia’ begitu menyenangkan.

Perlahan2 anak muda itu cuba belajar untuk mengikis rasa ‘kehilangan’ itu dari terus dirasai. Ada ketika anak muda itu menukar ejaan nama ‘dia’ dalam telefon bimbitnya. Memadam semua text dan segala macam cubaan lagi. Tapi, segala itu tetap juga gagal. Hanya buntu.

Hari2 tanpa ‘dia’. Tidak apa, masih lagi boleh bernafas.

p/s : Im Emi. Kak May. Story sedih lagi kan? Hehe. Cerpen saja2 reka. Nanti bisa di rockkan la bah.

Life Journey

Telah menjadi amalan di dalam pelbagai budaya. Anak muda akan merantau meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu. Menikmati permandangan dari sudut yang berbeza. Meneroka kemungkinan, menambah pengalaman, belajar tentang kehidupan. Akhirnya pulang ke kampung halaman dengan kejayaan dan menabur bakti di kampung halaman.

Tradisi itu masih tidak berubah, setiap kali kita merantau untuk mengejar cita2. kita bawa bersama seribu impian yang indah2. kita bawa harapan dan doa dari keluarga untuk berjaya. Kita belajar untuk menentukan nasib kita sendiri.

Zaman dah berubah… Hutan rimba sudah diganti dengan hutan batu bata. Harimau, gajah dan kera sudah digantikan dengan motor, lori dan kereta. Keris dan pedang diganti dengan duit dan wang… Namun begitu.. harapan setiap manusia majoritinya tetap sama. Untuk mencari hidup selesa. Untuk berjaya mencapai apa yang dicita.

Kadang2 pengalaman itu terlalu mahal harganya. Tiada tanda harga yang boleh mentafsirkan nilainya. Ada pelbagai jenis manusia dalam dunia ini… Tuhan jadikan dalam pelbagai bentuk dan sifat sebagai ujian untuk kesemuanya belajar memahami persamaan dan perbezaan. Ada yang baik… Ada yang jahat… Adayang bijak… Ada yang bodoh… Ada yang cantik.. Ada yang hodoh.. Ada yang selalu bertuah… Ada jugak yang selalu malang. Masing2 ada kekurangan dan kelebihan…Terpulang kepada diri sendiri untuk menggunakannya.

Ada sesetengah orang akan mengaku tewas apabila tak tahan dengan dugaan. Ada juga yang akan bangkit dengan lebih kuat.. Ada yang bangkit dengan bijak.. Ada yang terlalu ikut nafsu dan perasaan…

Asasnya sebutir pasir. Memang mudah menjadi debu. Ditiup angin. Namun begitu, jika dibentuk menjadi bata yang kuat, disusun rapi menjadi dinding dan tiang. Bakal membentuk tamadun gemilang.

Everything start with hope and dream.

p/s : Im Air-Me. Antara sebab kenapa aku masih lagi langgan majalah Apo. Sireh artwork and story are freaking owesome. Good Job Man !

Pro Dan Kontra

Seingat aku, aku mula berjinak dengan penulisan blog sejak Januari 2009. Jika dihitung dengan jari usia aku masih lagi agak jagung. Masih hijau. Banyak yang aku tulis sebenarnya. Semuanya berkisar tentang aku. Kawan2 aku dan segala luahan hati aku. Senang cerita, semuanya tentang aku. Blog bagi aku ibarat e-diari. Ia boleh disertakan gambar, animasi bergerak, lagu dan design mengikut selera sendiri disertakan juga kata2 yang lahir tulus dari hati. Secara tidak langsung blog dapat menjadi medium bagi orang untuk lebih mengenali si penulis dengan lebih dekat.

Individu yang mula menarik minat aku untuk aktif menulis adalah my bestie. Dan aku gembira ada juga orang lain yang ingin punya blog sendiri bila baca blog aku. Walaupun my ‘bestie’ aku itu dah macam hilang tiba2. Sudahlah, ada juga terfikir nak tamatkan jer blog ni tapi ada juga reader yang mintak aku terus menulis. Entah, aku tak tahu kenapa. Yang pasti, jemari ini masih belum letih menari.

Jika ada Pro, ada juga Kontra nya. Seboleh2nya aku nak kekal invisible. Tapi nak buat macam mana, silap aku juga. Ada juga dikalangan rakan sekerjaku dah mula menerjah page ni. Dari sekecil2 angka dan aku harap tidak akan jadi la sebesar2 angka. Bagi individu yang secara tidak sengaja ter enter page ini. Erm, lambai sikit. *wave wave. Heh, agak kaku dan kurang ikhlas aku melambai. Diam2 na? Aku tau kamu dari Marketing Department. Dan aku harap kamu hanya promosi motor cukup la, not my blog. Hehe

Nampaknya aku kena lebih berhati2 lepas ni kalo nak menulis kata2 kutukan yang melibatkan mereka. Haha. Adeyh. Malu beb bila aku dapat tahu yang korang dah tau apa yang aku tak nak korang tau. Tau2 jer la apa yang aku maksudkan. Jangan biar yang lain tau sama sudah la ye. Peace dari Senyap. Or, should I say. Peace dari Zam… Hurm…


p/s : Im Emil. Di sebalik topeng itu adalah aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...