sahabat Senyap

Saturday, September 12, 2009

Dilema Orang Bodoh

Semua orang bodoh, hanya pada hal-hal yang berbeza. Kita pasti pernah atau akan menjadi orang bodoh sekali dalam hidup kita. Tak usahlah aku bercerita tentang kebodohan orang lain. Aku sendiri juga pernah berkelakuan bodoh. Bagaimana menafsirkan bodoh.

Menunggu bulan jatuh ke riba. Bodoh. Suka pada bukan miliknya juga bodoh. Tanpa jemu cuba untuk menghubungi, risau jika sehari tiada khabar darinya. Tapi dia hanya buat endah tak endah. Itu juga kelakuan bodoh. Inginkan diri berkelakuan sentiasa ceria, tapi dia sendiri makin kusam. Satu lagi tindak bodoh.

Letih. Cukuplah aku menjadi orang itu. Tidak ada gunanya mengharapkan sesuatu yang kabur. Aku bukan orang bodoh untuk diperbodohkan. Itu bukan karektor aku yang benar. Cukuplah.

Apa ertinya cahaya bagi mata, hawa bagi paru2, cinta bagi hati, itulah erti kebebasan bagi jiwa manusia. Ya, aku juga pingin bebas dari rasa kurang pandai ini. Aku butuhkan tenang. Tapi bodohkah bila aku katakan. Hanya dia tempat jiwa aku rasa bebas, dan hanya di situ juga aku akan peroleh erti tenang. Hurm. Dilema.

p/s : I’m Amiey. Kalaulah boleh diputarkan masa.

Rindu Pada Tidur Yang Dulu

Bismillahirromanirahim,

Tidur sesudah bekerja keras, berlabuh sesudah mengharungi lautan yang bergelora, bersenang-senang sesudah perang, dan mati selepas hidup, adalah hal2 yang sangat menyenangkan.

Agak jarang aku singgah kebelakangan ni. Macam sinonim pulak dengan nama pena aku ‘Senyap’. Hehe. Terus diam menyepi. Tapi bukan maknanya aku sudah berhenti menulis, yang benarnya boleh dikatakan tiap2 hari aku menulis. Cumanya, penulisan aku sejak akhir2 nie lebih banyak ke arah formal.

Baru sahaja berjaya sudahkan satu ‘tesis’ berkenaan polisi dan prosedur bagi satu unit jabatan. Merekabentuk jenis2 borang dan draf pelbagai jenis format surat rasmi mengikut pengkelasan kes. Juga sudah separuh set up ‘data base’ untuk tujuan pengrekodan yang merangkumi cabang2 unit, laporan bulanan, mesyuarat bulanan, pecahan2 kes dan data bagi 800++ orang pekerja. Ada juga tindakan kes yang sudah aku ambil tindakan dan akan datang ada Domestic Inquiry yang perlu aku selia. Tapi aku masih tak puas hati lagi dengan struktur baru yang aku bangunkan ni khusus bagi Industrial Law. Masih banyak yang nak kena belajar.

Minggu sudah aku ke IPD Sungai Petani, berdiskusi dengan seorang Pegawai di unit siasatan jenayah. Katanya, kes ini mungkin akan berlanjutan sehingga aku perlu hadir ke Mahkamah dan dalam masa terdekat aku perlu ke Shah Alam. Ada siasatan dalaman yang perlu aku handle berkenaan dengan kes ni. Hari berikutnya, aku berdiskusi pula dengan seorang Pegawai di Jabatan Kejuruteraan Automotif di JPJ Mergong. Kes yang lain pula. Dari diskusi banyak benda baru yang aku belajar. Rasa macam seronok sangat. Dan sekali lagi bagi kes ini, bulan hadapan aku perlu ke Putrajaya. Tapi, ah peduli apa kan? Boleh juga pergi jenguk tempat orang.

Minggu ini, untuk CR aktiviti di bawah jagaan aku. CR ini stand for Cost Reduction actually. Ada appointment dengan vendor bagi tandatangani new agreement. Satu capaian peribadi buatku. Cost Reduction yang berjaya aku jimat untuk company ada la dalam 35 K (jangka masa 6 bulan) selepas agreement tue dah sign. Boleh la, at least I did my part. Juga ada 2 lagi event yang akan menyusul. UNION Meeting, SUPERMAN (Supervisor + Foreman) Meeting juga di dalam minggu ini sebelum cuti raya bermula.

Jarang rasanya aku berbual berkenaan kerja di sini, tapi untuk entry ini cukuplah. Aku sebenarnya malas nak menulis pasal kerja sebabnya tak pasal2 nanti aura tension tue terbawa2 plak. That’s why kebanyakan tulisan aku lebih ke arah santai. Sebab aku mahu tenang, aku nak relaks. Bila menulis secara tak langsung rasa gundah aku hilang. Heh. Ha, geram jugak bila thumb drive aku yang aku guna khas untuk artikel2 aku rosak. Adeyh. Banyak artikel aku tulis dalam tue. Baru guna seminggu ja dah rosak. Sengal amat lah. Hoh.

Syurga membuat orang bahagia, kerana ia dapat beristirehat dengan sempurna. Namun kebahagiaan di muka bumi hanya dapat dicapai dengan satu langkah. Bekerja. Peace dari Senyap.

Sodaqollahulazim…

p/s : Im Amih. You can call me workaholic if you want. I don’t care. Hehe.

Penafsir Senyap

Tidak perlu rasanya aku bersifat pesimis jika aku katakan yang aku sukakan ketenangan melalui seni alam. Sudah menjadi kebiasaan, tempat2 kegemaranku singgah selalunya di kawasan pantai, di dalam flora yang hijau mekar. Benar, kadang2 itu ketidaksempurnaan alam adalah sumber seni agung yang bisa merawat gundah hati. Karya artistika agung yang tidak boleh ditiru atau diklonkan.

Sering juga aku hinggap ke laman2 blog yang seninya diterjemahkan menerusi tulisan. Bagi aku, mereka ini jiwanya sangat halus. Seni adalah produksi daripada apa yang disingkapkan oleh perasaan dalam alam melalui kerudung jiwa. Banyak orang yang merasakan seni. Sebahagiaan mengerti akan seni, tetapi sedikit yang merasakan dan memahaminya sekaligus.

Sebelum datang sesuatu karya. Kebiasaannya ilham itu datang menerusi khayal fikiran. Daya khayal kreatif hanya dapat kita pandang sebagai anugerah ajaib daripada Tuhan, yang tidak difahami oleh manusia. Khayalan adalah bahan yang mana segala sesuatu itu terwujud. Bagi menggerakkan daya khayal sehebat-hebatnya, anda perlu mencari kemungkinan sebanyak-banyaknya.

Aku tidak cuba untuk menjadi satu dari mereka. Cukuplah kalau sekadar aku menjadi penatap, pembaca dan penafsir senyap yang hanya kekal diam di sini. Mungkin, siapa tahu. Ada pula yang menjadi penatap, pembaca dan penafsir senyap untuk aku selepas ini. Hehe. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emiey. Angan2 Mat Jenin is a big NO NO.

Sunday, August 30, 2009

Suara Alam Bercerita

Desiran angin yang menyanyi pada hari itu mendamaikan aku. Sungguh, bila sudahnya hujan menari, udaranya lebih nyaman lebih bersih. Melihat pelangi tersenyum di dada langit turut sama senyum aku terukir. Indah sangat, sungguh harmoni.

Hujan lebat yang datang singgah semalam buatkan lopak2 air terhasil di sana sini pada pagi hari. Sejak sepurnama yang lepas, kawasan utara sini sepertinya air renjisan awan mendung berat selalu datang simbah. Menjadikan suasana agak lembap dan rasa dingin yang menjentik panca indera. Hurm, musim hujan kini. Buatkan aku rindu pada terangnya matahari.

Kelihatan anak arnab putih berkejaran di laman rumah. Tampak gembira tanpa perlu kisah dibebani dengan apa2 masalah. Berlari berkejaran ke sana sini, bermain dengan yang lain. Ada juga waktu itu, tampak sedikit comel bila anak arnab putih bermain dengan anak kucing kelabu. Hehe. Dua jenis haiwan peliharaan aku di rumah.

Setiap sesuatu yang terjadi ada alasannya. Mungkin kadang2 apa yang diimpikan xsemuanya akan jadi kenyataan. Seperti… seperti hurm.. Berat hendak ceritakan… terus senyap. Langsung sepi.

Bila datang hari siang, hati akan gembira dengan cerahnya suria. Tapi jangan pula menangis bila pada senja nanti suria mentari itu hilang dan gelap mula datang. Kerna takut nanti air mata yang mengalir menutupi pandangan dari melihat keindahan bintang2 di dada malam. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amih. Pejam celik pejam celik. Dah 9 hari puasa. Sekejap jer rasa.

Friday, August 28, 2009

Selingan Pendek Bisik Hati

Hurm, cantik. Eh kejap, situ pun lawa. Tak2, sana tu lagi cun. Tapi, kalau sebelah sini pun menawan. Wah, gebunya yang itu. Nanti, yang itu pun boleh tahan. Ah, yang mana satu ni. Banyaknya pilihan. Alahai.

Antara reaksi normal aku ketika mengunjungi Bazar Ramadhan. Selalu macam itu. Bazar atau lebih gemar aku panggil Baram. Gabungan nama Bazar dan Ramadhan. Haha. Ada2 ja kamu Emi. Kebiasaannya sebelum membeli makanan untuk juadah berbuka, aku lebih gemar redah semua gerai2 dulu untuk lebihkan pilihan. Pusingan pertama fasa meneliti. Pusingan kedua fasa buat keputusan. Pusingan ketiga, beg plastic dah keliling pinggang. Heh.

Tahun ini mungkin Ramadhan aku sedikit lain. Aku tak pasti samada lain yang lebih baik atau tidak. Tahun ini aku turut serta dalam aktiviti pengurusan untuk adakan Majlis Berbuka Tahunan Syarikat. Budget yang ada lebih kurang RM 30 K. Macam mana nak spend sudah aku ada draf aliran tunai dengan cara mana mahu dibelanjakan. Agak seronok dengan satu lagi pengalaman baru. Buatkan aku sudah mula jatuh suka dengan Divisyen Sumber Manusia. Serius, berada dalam Divisyen ini buatkan aku lebih dikenali. Ironik kan. Orang yang senyap macam aku pun ada juga yang kenal. Pernah ada yang tegur di luar, dan aku hanya mampu tersenyum sambil berkira dalam kepala. “Siapa ni?”

Balik rumah, lihat abah sedang masak di dapur. Untung ma sebab ada abah. Hehe. Kadang2 buatkan aku terfikir, agaknya aku sudah mula tahu dari mana datangnya minat aku in cooking. Hee. Peace dari Senyap.

p/s : Im Emi. Boros itu tidak baik.

Friday, August 21, 2009

My BFF

Malam itu suasananya agak diam. Tiada lagi bunyi rintik2 hujan yang menghempas ke lantai atap. Suara mak abah juga tak lagi kedengaran, masing2 sudah nyenyak tidur. Lihat jam. Ah, sudah lepas tengah malam rupanya. Tak sedar masa berlalu, terlalu kusyuk menelaah polisi dan memahami prosuder IR dan ER yang aku rasa aku dah mula jatuh suka dengan ilmu baru ni. Suka sangat.

Lihat henpon di sisi katil. Segera aku capai dan menekan isi ‘contact’. Satu persatu nama rakanku tertera di kaca skrin. Terasa macam ingin berbual tapi siapa yang masih celik pada waktu lewat malam ni. Ah, terus dial. Truut.. Truut.. Deringan telefon dari sebelah sana aku dengar agak lama sebelum diangkat. Selang beberapa ketika suara di sebelah sana berbunyi. Suara yang aku rindu. Suara Bulan. Hampir 15 minit durasi berbual, aku tamatkan perbualan. Tersenyum sekejap.

Dua hari yang lepas ada aku berbual panjang dengan Rai, teman study dan teman satu bilik dengan aku dulu. Banyak yang kami bualkan, dan rata2nya berkisar tentang perkembangan kami. Rai kini bekerja di Johor. Nun jauh di selatan sana. Aku pula tetap tersadai di utara sini. Rai dari bangsa India tapi petah bercakap Melayu. Sungguh, warna kulit tidak menjadi masalah buat aku. Dia teman paling rapat aku dulu. Terimbas kembali bila tibanya Ramadhan dia sama ikut berpuasa seperti aku. Bangun sahur sama2, berbuka pun dia ada. Banyak memori manis dulu.

Kebetulan kini Rai bercuti 2 bulan dan kebetulan juga minggu hadapan aku hadiri satu Training selama 2 hari di Penang. Aku hubungi pula ‘sayang’ aku yang dulu. Sayang hanya dalam hati. Hehe. Kebetulan juga waktu itu dia juga berada di Penang. Ah, sound like reunion. Teruja. Dua teman baikku yang akan bertemu semula nanti.

Yatiey

Rai

Si Hawa dalam picture ini teman baik aku yang paling pelik. Kenapa aku kata pelik? Yang itu biar kami berdua aja yang tahu. Hee. Banyak kisah di sebalik ‘skrin’ aku dan dia. Kan Yati kan? Haha. Tapi apa2 je la, tali erat dulu jangan biar ia jadi longgar. Biar terus kejap. Teman atau kawan datangnya bersilih ganti. Tapi teman baik yang rapat dengan diri. Seeloknya biar ia langsung terus. Jumpa kalian nanti di Penang. Buka puasa sama2. Macam hari dulu. Ketawa sama2 juga macam dulu.

Jam sudah lanjut berdetik. Kejap lagi sampai waktu sahur. Sahur pertama untuk hari pertama berpuasa. Lampu bilik aku padamkan suisnya. Sekejap, cahaya malam langsung menyelimut. Terus kelam.

Salam Ramadhan dari Senyap.

p/s : I’m Ami. Santai sikit entry nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...