sahabat Senyap

Sunday, August 30, 2009

Suara Alam Bercerita

Desiran angin yang menyanyi pada hari itu mendamaikan aku. Sungguh, bila sudahnya hujan menari, udaranya lebih nyaman lebih bersih. Melihat pelangi tersenyum di dada langit turut sama senyum aku terukir. Indah sangat, sungguh harmoni.

Hujan lebat yang datang singgah semalam buatkan lopak2 air terhasil di sana sini pada pagi hari. Sejak sepurnama yang lepas, kawasan utara sini sepertinya air renjisan awan mendung berat selalu datang simbah. Menjadikan suasana agak lembap dan rasa dingin yang menjentik panca indera. Hurm, musim hujan kini. Buatkan aku rindu pada terangnya matahari.

Kelihatan anak arnab putih berkejaran di laman rumah. Tampak gembira tanpa perlu kisah dibebani dengan apa2 masalah. Berlari berkejaran ke sana sini, bermain dengan yang lain. Ada juga waktu itu, tampak sedikit comel bila anak arnab putih bermain dengan anak kucing kelabu. Hehe. Dua jenis haiwan peliharaan aku di rumah.

Setiap sesuatu yang terjadi ada alasannya. Mungkin kadang2 apa yang diimpikan xsemuanya akan jadi kenyataan. Seperti… seperti hurm.. Berat hendak ceritakan… terus senyap. Langsung sepi.

Bila datang hari siang, hati akan gembira dengan cerahnya suria. Tapi jangan pula menangis bila pada senja nanti suria mentari itu hilang dan gelap mula datang. Kerna takut nanti air mata yang mengalir menutupi pandangan dari melihat keindahan bintang2 di dada malam. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amih. Pejam celik pejam celik. Dah 9 hari puasa. Sekejap jer rasa.

14 comments:

Che Adlia said...

masa yg pantas berlalu,
hingga x terasa pun,
berada di bulan Ramadhan..

moga dapat ku lenturkan..
nafsu yg selalu membelenggu diri,
tiada henti2..

selamat beramalan! =)

Cik Dila said...

maksudnya..jangan sedih2 takut terlepas benda yang sepatutnya menggembirakan kita kan..?tak gitu..ehe

Orang Senyap said...

che adlia ::

tanpa nafsu manusia itu lesu..

macam makanan yang tiada perasa..
heh..

hanya metafora sendiri..
amal itu penting...

jaga hati semua yang lain..

Orang Senyap said...

Cik Dila ::

a'ah, macam itu la maksud rangkap
yang terakhir tue..

faham ye awak maksud dia? hehe..

jadi awak faham jugak kan what i
fell right now? hurm...

chipsmore said...

selamat ari raya..ahahaha :D

aideeb said...

sekejap la rasa..klo hari2 berbuka ngan family tersayang dpt mkn lak kuih2 sedap dr bazaar...aku di perantauan...xsabar nak balik kg...

SasHa Lee said...

tenang jer aku baca entry kali nie..setiap kata2 kamu mengambarkan suasana yang kamu lihat..kadang2 aku seperti merasai keadaan itu..hehe..

lili11 said...

Esok pasti datang. Hopefully, esok lebih cerah dan menjanjikan kebahagiaan.

just_me said...

ya ampun... puitis sungguh...

Orang Senyap said...

chipsmore ::

selamat hari raya??

wah, jauh lagi la awak..

Orang Senyap said...

aideeb ::

ala, di perantauan la best deeb,
time nak balik kampung tue feel dia
lain tau dari yang ari2 ngadap kampung nie..
hehe

Orang Senyap said...

sasha lee ::

tenang ke awak? hehe..
thanks ya coz memahami entry saya
yang ciput nie.. hahaha

ati saya xtenang sebenarnya nie..
hurm...

Orang Senyap said...

lili11 ::

yup.. hopefully.. ameen for that..
hehe

thanks dropping ur comment ya lili?
do often.. :-)

Orang Senyap said...

just_me ::

puitis ker? :-D

i dont think so larh kamu.. huhu

main nulis jer, tak tau tup2
keluar macam nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...