sahabat Senyap

Friday, August 28, 2009

Selingan Pendek Bisik Hati

Hurm, cantik. Eh kejap, situ pun lawa. Tak2, sana tu lagi cun. Tapi, kalau sebelah sini pun menawan. Wah, gebunya yang itu. Nanti, yang itu pun boleh tahan. Ah, yang mana satu ni. Banyaknya pilihan. Alahai.

Antara reaksi normal aku ketika mengunjungi Bazar Ramadhan. Selalu macam itu. Bazar atau lebih gemar aku panggil Baram. Gabungan nama Bazar dan Ramadhan. Haha. Ada2 ja kamu Emi. Kebiasaannya sebelum membeli makanan untuk juadah berbuka, aku lebih gemar redah semua gerai2 dulu untuk lebihkan pilihan. Pusingan pertama fasa meneliti. Pusingan kedua fasa buat keputusan. Pusingan ketiga, beg plastic dah keliling pinggang. Heh.

Tahun ini mungkin Ramadhan aku sedikit lain. Aku tak pasti samada lain yang lebih baik atau tidak. Tahun ini aku turut serta dalam aktiviti pengurusan untuk adakan Majlis Berbuka Tahunan Syarikat. Budget yang ada lebih kurang RM 30 K. Macam mana nak spend sudah aku ada draf aliran tunai dengan cara mana mahu dibelanjakan. Agak seronok dengan satu lagi pengalaman baru. Buatkan aku sudah mula jatuh suka dengan Divisyen Sumber Manusia. Serius, berada dalam Divisyen ini buatkan aku lebih dikenali. Ironik kan. Orang yang senyap macam aku pun ada juga yang kenal. Pernah ada yang tegur di luar, dan aku hanya mampu tersenyum sambil berkira dalam kepala. “Siapa ni?”

Balik rumah, lihat abah sedang masak di dapur. Untung ma sebab ada abah. Hehe. Kadang2 buatkan aku terfikir, agaknya aku sudah mula tahu dari mana datangnya minat aku in cooking. Hee. Peace dari Senyap.

p/s : Im Emi. Boros itu tidak baik.

19 comments:

yoro okino said...

ingt kn aper..yg cantik yg lawa tu..mknan kat bazar uper nyer
huuhu

Att Ashburn said...

aih lame x gi bazar ramdhan dh..hehe..balik kedah ni bru nak pegi..yelah dh xde org (umi) nk tolg msk sahur n berbuka kn

Orang Senyap said...

yoro okino ::

hehehe.. erm, biasa la
pencinta makanan macam saya nie..

sentiasa menghargai setiap bentuk
rupa makanan.. :-)

ish, dah terliur dah niey.. aduyai..

sabar2 emi.. ko nie puasa.. em2..

Orang Senyap said...

att ashburn ::

dah xde umi? u mean?..
owh, sorry about that..

awak kampung kat kedah yer??

kedah tue area mana ye..

hehe

imanshah said...

Saya jarang pg pasar Ramadhan..nampak je restoren masuk terus..bukak kat restoren..sama je

fafaz said...

3 round cari juadah?
waaa,
xpenat kew?

heee..;DD

Cik Dila said...

bila nak datang kachi bawak murtabak ah..?saya tunggu nie

seroja jingga said...

memang bagus buat keje amal bulan baik ni..sokong sangat..lin pun akan join hotel next week untuk buka puasa dgn anak2 yatim nanti..salam sahur

Che Adlia said...

ade kuih yg gebu eh..ngeh3..
selamat berbuka!!!

Orang Senyap said...

imanshah ::

thnks dropping ur comment..

mesti bujang niey kan?
saya ke bazar belikan untuk family
sama.. kalo ke resoran hari2.

ui, rabak poket sebulan.. hahaha..

oppss, family mak abah.. im not married yet.. hee.

Orang Senyap said...

fafaz ::

erm, nak tercabut jugak la
kepala lutut nie berjalan round2
satu bazar.. haha..

tapi tak pe, bila tengok jer makanan
kat depan mata tue tiba2 macam
dah di recharge balik..

segar macam baru pas mandi.. :-)

Orang Senyap said...

Cik Dila ::

suka murtabak ke syg?

nanti saya sendiri masakkan k...

Orang Senyap said...

seroja jingga ::

erm, seronok kan lin bila buat
aktiviti macam niey? hehe

selasa nie saya ke surau n ke masjid2..
jadi wakil serahkan sumbangan moreh
dan berbuka puasa..

hurm, anak yatim pun ada.. dari Souq Bukhory..

tahun yang indah kali niey..
erm2..

Orang Senyap said...

che adlia ::

eyh? adala kuih yang gebu..

kuih apom tu kan gebu..

ye tak?
hehehe

ish, tetiba dah terliur plak nie..

MiEmI..sTaR$HiNe.. said...

wah tulis pun da terliur ya..

sbr ya en senyap..t berbuka ble la mkn dgn gumbiraY..

slamat berbuka posa..

Orang Senyap said...

miemi ::

eheh.. tengah sabar la nie..

okey, mis mimie..

samat berbuka to you too..

moga penuh la tahun nie yer?

Orang Senyap said...
This comment has been removed by the author.
aideeb said...

kuih di kg bolehla terliur, kuih di KL...hampeh...xtau apa yg kurang...sy xpernah ke bazaar dok di KL ni...mmg xkan sempat..balik pon nanti dah raya..kira xsempat nak round bazaar...

y@n@ M!B said...

bli byk2 tu abes ke?huhu..
neway camat berpose..lg 2 1/2 jam utk berbuka..weeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...