sahabat Senyap

Monday, March 30, 2009

Memori Comel

Anak kecil itu pulang ke rumah dengan pakaian yang kotor dan kusut masai tetapi terukir jelas senyuman girang yang dizahirkan melalui riak wajahnya. Anak kecil itu baru balik dari bermain dengan rakan2 ciliknya yang lain. Hari2 yang dilaluinya dirasakan cukup indah. Penuh dengan gelak ketawa. Tidak perlu dibebani dengan segala macam tanggungjawab yang selalunya akan dialami oleh si dewasa. Jiwanya bersih, fikirannya kosong. Hanya dipenuhi dengan warna2 ceria dan penuh menghiburkan. Tidak sabar untuk menunggu hari esok. Kembali bermain permainan baru dengan rakannya. Setiap hari adalah satu keterujaan. Tidur malamnya dihiasi dengan sekuntum senyuman.

Kita selalu bercerita tentang betapa gembiranya kita apabila mendapat gred yang bagus dalam pelajaran, hari ini kita dapat kawan baru, ah tadi ada terpandang awek cantik/lelaki hensem, si dia ajak kita berkasih, bulan ini dapat naik gaji. Hari demi hari kita lupa, setiap memori indah waktu kecil itu lama kelamaan makin kabur dan terus luput ditelan masa. Yang tinggal hanyalah keping2 foto lama yang diambil oleh mama dan papa. Foto yang sudah agak kuning warnanya menjadi saksi kepada memori comel dulu.

Tidak semua rakan sepermainan dulu akan kekal. Mereka ini lama-kelamaan akan terus hilang ditelan memori baru. Jika bertemu semula sekalipun, tidak ubah seperti berjumpa orang asing. Sedikit kekok dengan senyuman yang nampak sangat dibuat2. Sudah tidak mesra seperti dulu. Tidak macam hari2 manis itu. Tapi tidak semuanya begitu.

Anak kecil itu sudah menginjak ke usia remaja. Punya komitmen dan tanggungjawab yang perlu dipikul sehari2. Sekuntum senyumannya dulu lama kelamaan sudah menjadi tawar. Tiada lagi senyuman manis macam dulu. Betapa usia mematangkan cara pemikiran dan jiwanya. Pernah air mata anak kecil itu tumpah menitis beberapa kali di tikar sejadah, memohon pada Yang Esa agar dipermudahkan perjalanannya di hari esok. Anak kecil itu sudah besar.

p/s : Im Emiey. I got new baby cousin, Nur Alya Asyikin. So comel.

Saturday, March 28, 2009

I Need A Break

Seluar ketat. Baju berseterika kemas. Berpewatakan agak gila kuasa dan sedikit samseng. Ooh. Tidak lupa juga bermisai. Aku bukan bercakap tentang Dato K. Tidak! Apa yang aku maksudkan adalah pegawai polis yang agak kekwat yang telah aku temui. Walaupun pada luarannya aku nampak tenang dan selamba pada appointment tika itu, tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa bergeloranya jiwa aku menjerit2 bagai cuba mencari ruang untuk bernafas. Ingin sahaja aku berlari dari situ, lari jauuuh sangat. Biar lah situasi itu tidak dapat mengejar aku.

Hujan renyai, silap aku juga kerna memilih untuk menunggang motosikal pada petang itu. Konon2 nak nampak cool dengan motosikal besar. Bersama dokumen penting yang aku simpan di dalam kotak belakang motosikal. Aku tunggang dengan agak laju sehingga tidak sedar dokumen penting itu telah terbang. Heh. Sangat kurang asam. Dan aku telah mengambil masa setengah jam yang seterusnya menjejaki dokumen itu sepanjang jalan yang aku lalui tadi. Macam suka ja hujan ini melihat aku, makin ramai pulak dia turun. Akhir sekali, aku ambil keputusan patah balik ke company untuk menukar kenderaan, kunci kereta Proton Waja tona merah ku capai. Dan buat kesekian kalinya aku memandu menuju di lokasi tempat yang sama. Sekali lagi. Kini aku tiba di IPD Sungai Petani, aku sudah lewat dari masa yang ditetapkan gara2 insiden yang tidak diingini tadi. Kini, aku pula yang perlu menunggu hampir 2 jam kerna Pegawai Polis tadi sudah keluar mengendali kes pecah rumah. Hari sudah makin gelap.

Selasa ~ Malam. Aku menjadi wakil company untuk satu jamuan yang dianjurkan bagi meraikan Sultan di Stadium. Mata sudah layu. Atas sebab aku diminta untuk menghadiri pada saat akhir, Majlis yang sepatutnya mewajibkan berpakaian Batik. Aku hanya berkemeja lengan panjang. Ha, sapa suruh inform lambat! Huh. Tepat pukul lapan malam, kereta Suzuki APV sudah mengaum2 di depan pintu rumah aku. Tunggu la wep. Tak siap lagi ni. Majlis berlangsung dengan agak santai tetapi meriah. Artis jemputan pada malam itu Helmi The Gimmick dan Francisca Peter betul2 menghidupkan suasana. Aku tak kisah pun pasal itu. Yang penting makanan2 dia semua best2! Heee.

Rabu ~ Keesokan hari. Sebelah pagi adalah waktu tamat event seliaan aku dan disusuli dengan Meeting disebelah petang, susulan dari event ku. Sungguh agak tidak berpuas hati. Event ini bulat2 pihak pengurusan amanahkan kepada aku untuk handle it alone. Come on la, banyak keja lagi pending nie.. Ish. Tapi, aku sahutkan juga tugasan ini. Dengan hati yang bengkak.

Khamis ~ Auditor nak datang. Check rekod ada berlaku kehilangan asset dalam system. Motosikal hilang. Ah, sekilas aku pandang dokumen event yang bertimbun yang aku susun kemas dalam kotak. Seperti melambai2 manja meminta aku datang kepada mereka. Ah, sabar dulu ya dokumen2. Heh. Kena pegi balai dulu nie buat report. Setibanya di Balai bala lain pula yang datang. Aku dikatakan punca kehilangan dan dituduh bersalah oleh Pegawai Polis yang bertugas. What? Ah, tidur dalam lokap ke aku malam nie. Lanjutan daripada kes itu, aku sekali lagi diminta datang untuk membuat keterangan di Ibu Pejabat.

Jumaat ~ Deruman enjin kereta Proton Wira yang dipandu aku memecahkan keheningan pada pagi itu. Kali ini aku tak nak lewat. Tepat jam 9 pagi aku sudah berada di Tingkat 3 Ibu Pejabat Polis. Que Sera Sera. What ever will be, will be. Alhamdullilah, benar kata orang. Bersikap jujur dan pembawaan diri dengan tenang telah menyelamatkan aku. Kini, pegawai2 polis yang bertugas sudah menganggap aku kawan mereka. Weird? Kenapa yer? Entah. Lihat jam. Ah, ada 2 appoinment lagi nak kena attend. Malam itu aku sampai rumah pada jam 9 malam. Again.

Sabtu ~ Hari ini hari cuti. Dengan menyarungkan seluar baggy jeans Evisu, sneaker putih Adidas, t-shirt fit hitam GT 128 (sempat promote, heh) dan sehelai jaket hitam, aku datang kerja macam biasa. Borang permohonan dari event aku itu setelah dikira hampir 300 yang perlu diproses. Dan pada jam 3 petang. It done! Hurm, hanya siap proses jer. I need my nap time larh. So tired. Stress. Anta mesej kejap kat kengkawan. Sorang pom bolayan.
‘Bini’ aku pun sama. Ceh. Singgah sebentar di Hasani Book Store sebelum balik. Mulanya nak beli Novel “Adam” karya Ramlee Awang Murshid tapi xsangka novel terbaru beliau “Mikhail” turut terjual di situ. Borong dua2. Malas nak fikir nak pilih yang mana satu. I need my break. Isnin kang nak ambil cuti larh. Cuti tahunan pom banyak lagi. Buat seketika aku xnak fikir pasal kerja. Biarlah mereka hilang biarpun untuk sebentar cuma. Peace and out.

Selamat Hari Sabtu.

p/s : Im Ami. But people call me Encik Zam. Heh. Layan jewr.

Sunday, March 22, 2009

Aku, Komik Dan Superman

First time aku tengok poster nie, meremang jer bulu roma aku. Huhu. Tak sangka komik kesukaan aku akan difilemkan!! Haha. Dan bila aku tonton filem nie minggu lepas, yang pasti aku keluar dari panggung dengan senyuman yang tak lekang2 di bibir. Time tue, apa orang nak cakap biar la, gila senyum sorang2 ker. Meroyan ker. Bini curang ker. Aish, aku ada bini ker? Heh. Owh, bini aku si Bulan tue. Lupa pulak. Tapi ada aku kesah? Eheeee.

Lihat jer lar rak buku aku. Semua koleksi komik Dragon Ball neyh aku kumpul sejak dari kecik. Sampai sekarang pun maseh dalam kondisi yang baik tau. Hurm, sebelah kiri tue potret pertama aku lukis. Gambar Zahnita kalo tak silap. Simpan lagi beb, buat kenangan. Karikatur2 lain semua kawan2 aku dah rembat. Tapi yang ini aku xkasik ambik.

Owh, yang ini cd Original yang aku beli. Yang lain tue kalo tak cetak rompak mesti download kat mana2 pastu burn cd sendiri. Hehe. Tengok nie Faizal, aku siyap buat promosi percuma buat kau. Cun tak peminat ko nie?

Tapi bukan itu jer koleksi buku dalam bilik aku, contoh macam nie. Novel grafik dan semua novel Ramlee Awang Mursyid. Ada yang Mak Tih aku pinjam. Asalkan pulang balik cukup. Kalo tak jangan MIMPI lar nak sentuh buku2 aku lagi. Hua3

Oleh disebabkan Faizal Tahir juga berkongsi minat yang sama dengan aku. ‘Suka Superman’. Nie wallpaper desktop lap top aku. Agak kabur sikit imej dia. Kamera enset cap ayam jer. Jadi untuk album2 Faizal yang seterusnya, aku akan make sure akan kerahkan duit aku and dapatkan yang Original. Cantek.

p/s : Im Emil Kent. Love to fly but always tersungkur bercium habuk tanah bila cuba untuk terbang. Ceh. Emy dah merepek.

Friday, March 20, 2009

Hallelujah

Senyap. Tiada lagi suara2 yang berbisik. Deringan telefon juga sudah tidak kedengaran. Sepi. Aku kerling spontan jam di PC ku, 8.30 pm. Hurm, patut la. Rata2 rakan sekerjaku sudah pulang, kembali ke rutin harian menguruskan anak2 pula bagi yang sudah bekeluarga. Kertas2 putih berserakan di atas meja, tray dokumen “IN” kelihatan lebih banyak isinya dari tray “OUT”. Satu keluhan kecil terlontar sedikit dari nafasku, seketika kemudian aku memaniskan roma wajah. Cuba memujuk agar tidak tenggelam terus dalam aliran stress.

Kata Zura, aku skema. Kata Asry, aku serius. Kata Fauzi, aku tegas. Haha. Itu wajah aku di tempat kerja. Agak tegang dan matang. Tapi ketahuilah rakan2ku, you’ll be shock if you see me outside. Wajah itu hanya sekadar lakonan, cuma ingin menutup rasa gugup aku tika berdepan dengan orang. The truth is I’m just like other 22 years old teenager. Pernah aku terserempak dengan mereka2 ini di luar, tapi kali ini kata mereka, aku macam budak tingkatan 3. Gemar bermain2 dan berpewatakan sikit gila2. Kata aku pula, life kena ada komitmen. Waktu belajar, kerja. Lakukan dengan penuh rasa amanah. Baru berada di landasan dengan kadar yang agak lancar. Dan pada masa senggang, enjoy it to the fullest!

Minggu pertama di posisi jawatan yang baru dan dalam masa yang sama event seliaan aku sudah dilancar betul2 memenatkan jasad. Tidak putus2 deringan telefon di mejaku berbunyi, tapi bagus juga. Itu tandanya event aku berlangsung dengan baik dan diterima positif oleh staff2 yang lain. Sedikit rasa berbunga hati aku. Terasa segala penat lelah dalam menyediakan kertas kerja selama 2 bulan berbuahkan hasil. So Bos! Agak2 bulan ni lebih lar sikit elaun tu yer? Hehe

Dalam meniti hari2 muka, jika terasa sampai satu masa itu semangat kita jatuh dan tidak memiliki kekuatan untuk bangkit semula, do you think that you have hope? Jika kita cuba untuk bangkit dan mencuba sehingga seratus kali dan turut gagal seratus kali dalam percubaan itu dan kita putus asa, adakah anda rasa semangat itu akan bangkit dengan sendirinya? Tidak! Jika gagal, kita cuba lagi dan lagi dan lagi. Kita perlu tahu bahawa ia bukanlah pengakhiran. It matter how you want to finish and you finish strong, you will find that strength to get back up. Bagi aku, kekuatan aku terletak pada orang2 disekeliling. Kawan2ku. Dan kekuatan aku akan dengan sendirinya tercabut apabila aku terpaksa berpisah dengan mereka. Untuk
Bulan, those text that you send to me, benar2 buatkan half of my strength tersentap.
Friend chill out after work, nice journey friend. Eh Montel, ingat tak tempat mana nie? Hehe

Senyap. Melodi sepi yang begitu aku dambakan. Silent Melody. Peace.
p/s : Im Amih. Thanks for the gift that you gave me Zura. Manis. I Like. Love it so much.
p/s/s : Im Amih. I am LOYAL to friendship. Tapi jika itu kemahuan kamu Bulan, aku tidak akan merayu. Coz you know why? Coz I’ll always make sure my friend are happy. Eventhough I’m NOT!!!

Sunday, March 15, 2009

Bila Izrail Datang Memanggil

Hari itu. Detik itu. Waktu pagi yang hening itu. Aku buka mata, sedar dari tidur yang panjang. Aku capai telefon bimbitku dan kelihatan satu mesej diterima. Tekan punat ‘Read’ dan tertera ayat ini. “Mak saya baru meninggal dunia pagi ni”. Ringkas dan padat isi kandungan teks. Aku terkedu, memikirkan siapa penghantarnya. Dan untuk saat seterusnya aku kelu bila dapat tahu Oh My God, its from my ex. Aku segera bangun untuk membersihkan diri bagi mengerjakan solat subuh. Usai solat, satu bacaan yaasin ku baca dan ku sedekahkan kepada ibunya.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Bingkisan ungkapan yang sering diucapkan apabila berita kematian datang mengundang. Titis air mata yang mencurah dan perasaan hiba yang menghuni sebagai peneman naluri diri. Ia datang sering membawa kejutan, tanpa diminta atau disangka. Langsung berita ini tidak disukai oleh sesiapa.

Bila dengar adanya berita kematian, fikiranku lantas dibawa kepada memori dulu terhadap dua individu yang agak dekat denganku. Maksu, Atuk. Aku rindu kamu. Segera aku dibawa ke diari lamaku yang sudah agak usang dan bersawang di mana2 penjurunya.

~..::……………………………………………….…..::..~

Mac 1993

Maksu, dulu kamu sering menjadi teman untuk aku bermain ketika aku masih lagi kecil. Terngiang lagi di telingaku, kamu sering menjerit2 bila aku mengusikmu. Dan aku acapkali ketawa girang pabila kamu menunjukkan mimik muka merajukmu. Aku sayang kamu maksu. Tapi maksu, Dia lebih menyayangimu. Ketika kamu masih lagi belum berpeluang untuk mengenal dunia, di usia kamu 9 tahun. Kamu sudah dijemput pergi. Aku yang masih kecil waktu itu, tidak tahu pada hari orang2 kampung berkumpul membawamu pergi, aku tidak tahu itu adalah hari terakhir aku dapat melihat kamu. Sungguh, aku tak tahu.

Oktober 2003

Atuk, pilu hati cucumu ini atuk. Ketikaku mengangkat jasadmu yang sudah keras ke atas tempat pembaringan, begitu murah air mata cucumu ini mengalir. Banyak kenangan aku bersamamu. Dan ketika aku memandikan kamu, ketika aku mengangkat keranda mu, ketika aku menyempurnakan pusaramu. Sungguh atuk, aku cukup benci setiap saat itu. Tapi aku tetap gembira kerna dapat menyempurnakan tanggungjawab aku kepadamu. aku sempat taburkan bunga ke atas pusaramu sebelum ku melangkah pergi. Melangkah pergi dengan menerima pemergianmu untuk selama2nya.

~..::…………………………………………………..::..~

Alunan ayat2 suci dilagukan di halwa telingaku detik ini. Agak damai dan tenang jiwaku dibelai. Beban perasaan yang ditanggung dirasakan sudah diringankan. Di luar tingkap masih gelap tetapi sudah kelihatan secebis terbit sinar mentari yang seakan2 sudah tahu telah tiba masa untuknya bagi melampiaskan cahaya di denai bumi. Tanda bermulanya satu hari yang baru. Sudah kedengaran kokokan ayam jantan yang galak berkokok. Dingin. Aku sukakan suasana begitu.

Selamat menempuh hari baru. Peace.
p/s : Im Amiey. Al-Fatihah kepada yang sudah pergi.

Tuesday, March 10, 2009

Line Up New Indie Band

Let’s me introduce to you my band that goes with the name of ‘Evolutionary-X’. Yang pasti band ini akan mencipta satu lagi fenomena di dalam industri muzik tempatan. Akan berada di pasaran tidak lama lagi, pastikan anda dapatkan EP kami di gig2 yang berdekatan. Music direction yang kitorang bawak adalah rock + hip hop. This are my band’s line up. Semua acuan JAMBU. Hehe.
Green shirt is Ikmal. Cool dude. Very friendly and he is my cousin actually. He’s play drum and MC. Sebelahnya Najib Khir. Body builder. Dia lah pengasas band ini. Play part as vocalist and guitar.

Hurm, this dude is ehem2. Heh. Play guitar and second vocal. Dan yang pasti dia langsung tidak ada sebarang pertalian darah dengan Dafi.
Tapi malangnya, itu semua hanyalah sekadar mimpi di siang hari. Tidak serius dan terikat dengan komitmen yang lain adalah punca kumpulan ini berpecah. Amat kasihan kerana industri muzik tempatan telah kehilangan sebutir mutiara yang sangat sukar di cari ganti.

Hahaha. Macam iyer2 jer kan? Huhu. Peace.

p/s : Im Amih. Teka mana satu aku? Yup! Yang paling comel itu aku. eheh, sangat poyo. Eh, lupa plak. Kan dah letak nama kat situ… Duh…!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...