sahabat Senyap

Saturday, March 28, 2009

I Need A Break

Seluar ketat. Baju berseterika kemas. Berpewatakan agak gila kuasa dan sedikit samseng. Ooh. Tidak lupa juga bermisai. Aku bukan bercakap tentang Dato K. Tidak! Apa yang aku maksudkan adalah pegawai polis yang agak kekwat yang telah aku temui. Walaupun pada luarannya aku nampak tenang dan selamba pada appointment tika itu, tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa bergeloranya jiwa aku menjerit2 bagai cuba mencari ruang untuk bernafas. Ingin sahaja aku berlari dari situ, lari jauuuh sangat. Biar lah situasi itu tidak dapat mengejar aku.

Hujan renyai, silap aku juga kerna memilih untuk menunggang motosikal pada petang itu. Konon2 nak nampak cool dengan motosikal besar. Bersama dokumen penting yang aku simpan di dalam kotak belakang motosikal. Aku tunggang dengan agak laju sehingga tidak sedar dokumen penting itu telah terbang. Heh. Sangat kurang asam. Dan aku telah mengambil masa setengah jam yang seterusnya menjejaki dokumen itu sepanjang jalan yang aku lalui tadi. Macam suka ja hujan ini melihat aku, makin ramai pulak dia turun. Akhir sekali, aku ambil keputusan patah balik ke company untuk menukar kenderaan, kunci kereta Proton Waja tona merah ku capai. Dan buat kesekian kalinya aku memandu menuju di lokasi tempat yang sama. Sekali lagi. Kini aku tiba di IPD Sungai Petani, aku sudah lewat dari masa yang ditetapkan gara2 insiden yang tidak diingini tadi. Kini, aku pula yang perlu menunggu hampir 2 jam kerna Pegawai Polis tadi sudah keluar mengendali kes pecah rumah. Hari sudah makin gelap.

Selasa ~ Malam. Aku menjadi wakil company untuk satu jamuan yang dianjurkan bagi meraikan Sultan di Stadium. Mata sudah layu. Atas sebab aku diminta untuk menghadiri pada saat akhir, Majlis yang sepatutnya mewajibkan berpakaian Batik. Aku hanya berkemeja lengan panjang. Ha, sapa suruh inform lambat! Huh. Tepat pukul lapan malam, kereta Suzuki APV sudah mengaum2 di depan pintu rumah aku. Tunggu la wep. Tak siap lagi ni. Majlis berlangsung dengan agak santai tetapi meriah. Artis jemputan pada malam itu Helmi The Gimmick dan Francisca Peter betul2 menghidupkan suasana. Aku tak kisah pun pasal itu. Yang penting makanan2 dia semua best2! Heee.

Rabu ~ Keesokan hari. Sebelah pagi adalah waktu tamat event seliaan aku dan disusuli dengan Meeting disebelah petang, susulan dari event ku. Sungguh agak tidak berpuas hati. Event ini bulat2 pihak pengurusan amanahkan kepada aku untuk handle it alone. Come on la, banyak keja lagi pending nie.. Ish. Tapi, aku sahutkan juga tugasan ini. Dengan hati yang bengkak.

Khamis ~ Auditor nak datang. Check rekod ada berlaku kehilangan asset dalam system. Motosikal hilang. Ah, sekilas aku pandang dokumen event yang bertimbun yang aku susun kemas dalam kotak. Seperti melambai2 manja meminta aku datang kepada mereka. Ah, sabar dulu ya dokumen2. Heh. Kena pegi balai dulu nie buat report. Setibanya di Balai bala lain pula yang datang. Aku dikatakan punca kehilangan dan dituduh bersalah oleh Pegawai Polis yang bertugas. What? Ah, tidur dalam lokap ke aku malam nie. Lanjutan daripada kes itu, aku sekali lagi diminta datang untuk membuat keterangan di Ibu Pejabat.

Jumaat ~ Deruman enjin kereta Proton Wira yang dipandu aku memecahkan keheningan pada pagi itu. Kali ini aku tak nak lewat. Tepat jam 9 pagi aku sudah berada di Tingkat 3 Ibu Pejabat Polis. Que Sera Sera. What ever will be, will be. Alhamdullilah, benar kata orang. Bersikap jujur dan pembawaan diri dengan tenang telah menyelamatkan aku. Kini, pegawai2 polis yang bertugas sudah menganggap aku kawan mereka. Weird? Kenapa yer? Entah. Lihat jam. Ah, ada 2 appoinment lagi nak kena attend. Malam itu aku sampai rumah pada jam 9 malam. Again.

Sabtu ~ Hari ini hari cuti. Dengan menyarungkan seluar baggy jeans Evisu, sneaker putih Adidas, t-shirt fit hitam GT 128 (sempat promote, heh) dan sehelai jaket hitam, aku datang kerja macam biasa. Borang permohonan dari event aku itu setelah dikira hampir 300 yang perlu diproses. Dan pada jam 3 petang. It done! Hurm, hanya siap proses jer. I need my nap time larh. So tired. Stress. Anta mesej kejap kat kengkawan. Sorang pom bolayan.
‘Bini’ aku pun sama. Ceh. Singgah sebentar di Hasani Book Store sebelum balik. Mulanya nak beli Novel “Adam” karya Ramlee Awang Murshid tapi xsangka novel terbaru beliau “Mikhail” turut terjual di situ. Borong dua2. Malas nak fikir nak pilih yang mana satu. I need my break. Isnin kang nak ambil cuti larh. Cuti tahunan pom banyak lagi. Buat seketika aku xnak fikir pasal kerja. Biarlah mereka hilang biarpun untuk sebentar cuma. Peace and out.

Selamat Hari Sabtu.

p/s : Im Ami. But people call me Encik Zam. Heh. Layan jewr.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...