sahabat Senyap

Saturday, June 27, 2009

Belia Patut Cuba

Hari tue ada aku join Jabatan Perikanan di Jitra, Kedah. Banyak info2 baru tentang dunia perikanan yang aku peroleh. Rata2 yang hadir terdiri dari usahawan2 yang sudah punya tapak dan xkurang juga yang mula2 hendak berjinak. Tapi, yang aku perasan aku la yang paling muda kat situ. Rasa rindu pulak dekat group aku dulu, group yang mana terdiri dari anak2 muda dari pelbagai IPT yang kami kongsi minat yang sama. ‘To Be An Entreprenuer’

Pengisian program yang aku sertai itu benar2 berisi. Berisi sampai aku pun teringin nak cuba, kini alhamdullilah projek suka2 aku sudah menampakkan hasil. Teruja betul aku. Pada mulanya aku hanya nak cuba dan praktik apa yang aku belajar, memang dari dulu lagi aku suka buat eksperimen sendiri dengan apa info yang aku dapat. Jika berhasil okey la. Kalau tak, aku cuba yang lain pulak. Yang penting, jangan serik mencuba. Ini contoh ‘eksperimen’ aku.


Fasa 1 : Kolam Tanah

Fasa 2 : Kembangkan kepada Kanvas sementara Fasa 1 dikekalkan

Fasa 3 : Hasil cambahan benih usia lebih kurang sebulan kini

Hurm, boleh la tue kan? Projek anak muda yang baru usia 22 tahun. Aku pilih projek ni pun sebab aku lihat potensinya nak berkembang itu besar. Sebabnya, stok makanan bagi produk ini aku lihat xcukup. Lebih permintaan dari penawaran. Jika ada yang punya modal yang lebih besar. ‘Produk’ ini boleh ditambah nilai dengan serapkan unsur2 komersilnya yang lain. Outputnya boleh dipelbagaikan. Contoh, bebola ikan keli etc? Hurm, dan jenama ‘produk’ ini boleh diperbesarkan dan divariasikan lagi.

Hehe. Aku rasa kan mungkin sebab ini ada kawan2 aku kata aku lebih matang dari usia. Tapi aku tetap aku la. Same dude yang yang suka tengok wayang hujung minggu, same dude yang suka drive n tunggang bike laju2. Same dude yang gila2 kadang kala dan same dude yang suka diam dan shy itu. Tapi tak bermakna aku xboleh jadi ‘orang lain’.

Sama jugak dengan rakan satu kolej dengan aku dulu, Sheikh dengan projek lintah. Aku puji strategi marketing dia. Dia hanya jadi pembekal kepada pembeli dan akan pungut balik hasil dari pembeli tersebut. Brilliant. Tak payah nak senak2 kepala nak jaga lintah2 tue sendiri. Sham dengan kedai computer. Salute dekat dia coz dia asalnya study IT, sekarang dah punya kedai sendiri. Semuanya umur awal 20 an. Baru2 ni pun, my sis Kak May juga sedang berjinak2 untuk punya butik sendiri di Lahad Datu dan sampai ke Filiphina dia menjelajah cari bahan. Proud on your spirit sis.

Jadi pada anak2 muda belia kat luar tue, aku rasa kamu pun patut cuba. Kita jadi pelapis generasi baru. Kita boleh bangkit bantu ekonomi Melayu. Ini antara cabang kerja lain yang aku buat selain makan gaji di syarikat swasta itu. Dan satu lagi dalam bidang Sales tapi yang nie aku tak aktif sangat coz masalah dengan masa. Interesting gak coz mampu jana angka ‘K’ dalam masa yang sekejap jer. Tapi yang itu lain entry la aku story. Peace dulu dari Senyap.

p/s : Im Emy. Belia Benci Dadah. Antara slogan poyo yang aku dengar dulu masa Mawi laungkan. Belia Benci Dadah..!! Hehe.

Bila Sakit Menyelimut

Minggu ini aku kurang sihat. Aku pun tak tahu aku sakit apa, mungkin demam. Aku cepat rasa letih dan tidur malam aku sejak dari minggu ini sering saja awal. Kadang2 bila aku jalan, aku rasa pening. Rasa macam pusing, tapi aku tak pengsan. Seingat aku, aku tak pernah lagi pengsan. Dan rasa pening ni jugak la yang menyebabkan aku nyaris2 kemalangan dengan lori ketika aku hendak datang ke tempat kerja tadi. Tuhan jer yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup pagi tue.

Tiada apa yang boleh diupdate minggu ini. Cuma perkara seperti semalam dan kelmarin. Kerja kerja kerja. Best bila ada kerja, tapi kurang enak dengan pakej yang datang dengan kerja. Stress dan tertekan. Kadang2 aku murung sendiri. Bila aku murung aku suka bergaul dengan orang yang talkative. Paling tidak aku turut tercuit dengan celoteh mereka.

Minggu ini aku kurang sihat. Sekadar mengulangi ayat di atas untuk menggambarkan aku memang tidak sihat. Tapi aku tidak mengzahirkan rasa tidak sihat itu pada kawan2ku. Aku sentiasa berlagak normal tapi sesekali aku curi2 memicit kepalaku yang pening. Mengurut kerongkongku yang sakit. Duduk bila rasa ingin jatuh.

Aku bukan orang yang suka dengan hospital. Jika dulu aku ada kenalan rapat yang bertugas sebagai nurse di Hospital yang berdekatan denganku, aku boleh juga berkunjung di tempat yang rata2 terdapat manusia beruniform putih itu. Tapi sejak dia dipindahkan ke Perak. Nak eja ‘Hospital’ pun aku dah ingat2 lupa. Sampai sekarang aku sendiri pun tak tahu apa jenis darah aku ni gara2 fobia dengan benda halus, panjang dan runjing di hujung. Bak kata Bulan, fobiaaljarum. Peace dari Senyap.

Minggu ini aku tidak sihat..

p/s : I’m Amy Jackson. Tribute to arwah Mikhael.

Friday, June 26, 2009

Terperuk Dan Sembunyi

~::…………..::~

Terperuk dalam sifat malu ku

Sembunyi dari ingin ditemu

Hatiku hanya detik bertamu

Dalam jiwa terpilu

Inginku seru

Tapi hatiku ragu

Inginkan berlagu

Hari ku mulai sendu

Inginku merayu

Tapi aku malu

Akhirnya

Aku kembali terperuk dan sembunyi

~::………..…::~


Serangkap kata artistik ini aku dapat dari kantung inbox emel di ofis. Baru2 ini ada seorang rakan blogger selalu keep in touch dengan aku melalui emel ini mzamzamy@modenas.com.my Ini direct emel aku di office dan selalu aku aktifkan. Thanks Adeeb, kamu rakan blog pertama yang contact aku kembali. Jika kamu membaca entry ini. Lambai sikit. *wave wave. Eheh

Puisi di atas berkait rapat dengan insan pemalu. Mereka bagi aku sangat rendah dari tahap keyakinan diri. Lebih gemar menyendiri dan iya, terperuk dan bersembunyi. Sering disalah tafsir, golongan ini selalu dicop ‘sombong’ bagi yang baru kenal dengan mereka. Percayalah, istilah sombong itu langsung tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Jauh di sudut hati mereka2 ini, mereka ingin bergaul. Tapi atas sebab malu dan kurang yakin pada diri. Mereka lebih gemar berdiam diri.

Itu juga aku ketika dulu. Orang senyap kaya dengan sifat pemalu.Tapi bagi aku jika kena gayanya, mereka berupaya memberi kejutan pada kamu. Sama juga aku, dari diam dan malu, kini sudah mampu berucap di hadapan ramai orang tanpa rasa gugup dan yakin. Thanks atas program ‘ice breaking’ yang aku ambil ketika Modul Character Building and participate dalam Management Training satu tika dulu. Benar, program itu banyak mengubah aku.

Seperti kata junjungan Rasullullah saw. ‘Malu itu sebahagian daripada iman’. Jadi bukan menjadi satu liabliti jika menjadi yang itu. Kita dilahirkan dengan macam2 jalur warna. Mungkin ini warna aku. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emy. Puisi dedikasi buat orang yang pemalu. Hee.

Bila Kita Sayang

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang orang tu kata
Tapi bila dia kata kita?
Saya kata takpe semua manusia tak sempurna.... .

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun x per
Tapi bila dia tunggu kita??? Dia marah2
Saya kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..

Bila kita sayang orang tu
Kita x tido pun x pe janji layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan

Ada dia layan kita???
Saya kata x pe dia busy kot..

Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Saya kate x pe, dia tension tuu...

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan org lain..
Bila jadi camtu,
Saya kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia...

Bila kita sayang org tu
Kita bercerita dengan dia, cerita ngan tunggul lagi baik
Tp bila dia bercerita ngan kita..
Kita dengar, sepatah2 kita ingat
Saya kata x pe sayang katakan..

Bila kita sayang orang tu
Kita n dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
I kata, ala jagalah hati dia, sian dia...

Bila kita syg orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bosan..
Adil ke? Saya kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang org tu
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit, Dia siap boleh kuar ngan kawan2 dia
Saya kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam..

Bila kita sayang org tu
Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap cipan gaban
Saya kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Nampak lalat kat makanan dia, kita halaukan
Tapi dia lak kalau nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je
Saya kata, takpelah, takkan dia asyik nak buat semua benda untuk kita..

Bila kita sayang orang tu
Kita x sanggup tengok dia derita
Tapi dia x pernah hargai diri kita,
Saya kata, tau x betapa kita sayangkan dia...

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??
Saya kata, x pe, janji dia bahagia

p/s : I’m Emy. Got this text from Adeeb. Rasa cam ada kena mengena jer ngan sapa2 kan? Hehe.

Saturday, June 20, 2009

Malam Yang Panjang

Jarum jam sudah menunjukkan masa 3.00 pagi. Sudah masuk ke hari yang baru. Tapi aku masih tiada tanda2 untuk tidur. Terasa ingin berbual, sekilas aku lihat list contact dalam senarai nama di dalam telefon bimbitku. Aku perasaan, hari silih hari. List ‘teman mesra’ aku itu lama kelamaan sudah makin susut. Hurm, langsung aku campak telefon bimbit di sisi katil.

Sesekali aku berbaring ke sebelah kiri. Bila rasa lenguh, aku ubah posisi. Mengharapkan mata ini cepat tutup berehat. Malam sudah ¾. Tapi aku masih lagi segar. Dulu Montel selalu ada temankan aku. Tapi sekarang Montel sudah sah jadi isteri orang awal bulan Jun yang lepas. Gila nahas nak ganggu isteri orang malam2. Ingat pula pada Bulan, orang paling aku sayang. Tapi esok dia nak kerja, sejak dia mula praktikal. Dia makin kelam. Baru tahu sibuknya kerja ya kamu. Hurm, 2 of my bestie dah xde. Bosannya. Kini aku berbaring ke sebelah kanan pula.

Kata orang, bila baca buku mata cepat rasa letih. Segera aku capai majalah Mastika yang aku beli petang tadi. Lihat jam, 3.43 pagi. Ah, tipu la sapa yang cakap baca buku boleh bawa tidur. Lagi segar adala. Rasa macam nak lari keliling rumah jer waktu ni. Biar rasa letih. Tapi bila aku buka pintu dan toleh di luar tadi. Gelap. Sejuk la. Tak best, tak pasal jatuh sakit.

Aku capai pula pensel 2B yang aku ambil dari bekas pen adik aku. Ambil buku sketch dan mula melakar. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku lukis. Ikut suka hati jari jer nak bergerak. Lihat jam. 4.12 pagi. Alahai. Sudahnya aku on TV dalam bilik dan selongkar DVD2 lama. Nak tengok story apa ya. Macam2 jenis genre ada nie. Ngeh3.

Jam sudah menunjukkan 6.03 pagi. Mata aku sudah mula berat. Mulut sudah lenguh menguap. Nak tidur tapi aku terus ke bilik air. Nak ambil wudu’, langsaikan tanggungjawab dulu solat Subuh. Lihat jam, 6.24 pagi. Eyh, aku tidur dalam bilik air ker tadi. Lamanya. Lihat jam, 7.02 pagi. Lihat katil. Hurm, aku dah hanyut…

Tidur adalah mati yang pendek, mati adalah tidur yang panjang. Kesihatan adalah renungan yang pertama, dan tidur adalah syarat bagi mendapatkannya. Syhhh. Don’t wake the baby. Ehee. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emy. Love Saturday and Sunday, hari tidur yang lebih panjang.

Mimpi Alam Yang Itu

Orang yang bermimpi tinggal di dunianya masing2. Mimpi yang tidak ditafsirkan, adalah ibarat surat yang tidak dibaca. Aku ada satu mimpi. Mimpi yang agak lain yang ingin dikongsi.

Dulunya aku ada satu minat yang pelik. Minat kepada alam mistik dan paranormal. Mungkin kerna terlalu banyak membaca bahan bacaan yang sebegitu sejak dari kecil hingga terbawa2. Pernah ada impian nak melihat sendiri alam itu, membongkar segala misteri yang kekal sekarang jawapannya masih terkunci.

Bunyi macam kelakar, tapi kadang2 itu aku teringin sangat nak lihat ‘Skunk Ape’, ‘Kappa’, ‘Bigfoot’, ‘UFO’, makhluk halus etc seperti yang dimomokkan di dalam artikel yang aku baca. Nama2 macam ‘Segi Tiga Bermuda’, ‘Cyclop’, sejarah2 mistik lama dulunya selalu melekat dalam kepala. Pernah juga aku buat kajian sendiri, geledah segala pelusuk library, kedai buku dan laman sawang internet. Tapi yang aku dapat ada yang rekaan sains fiksyen dan ada juga yang tiada jawapan.

Skunk Ape

Cyclops

Orang Kupu-Kupu ?

Masa one of asigment dulu pun, ada aku usul pada lecturer nak present topic ‘Paranormal’. Lecturer setuju. Resultnya dapat ‘A’ coz aku sorang jer waktu tu pilih topic yang xpernah student lain pilih. Tapi bila dah lama2 tu, aku fikir balik. Am I crazy ? Sekarang segala research aku yang dulu aku dah campak jauh. Laman web yang aku reka khas untuk ‘paranormal’ itu pun aku dah tutup. Sangat kebudak2kan. Huh.

Tapi tiada apa yang mustahil, dunia ini ada banyak lagi rahsia yang masih tidak terusik dan dibongkar oleh si bijak pandai. Tiada lagi para saintis dan cendiakawan yang boleh kemukakan jawapan. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu. Masih lagi daif dan naïf dalam meneroka ilmu dari ciptaanNya. Kita masih kerdil. Manusia, semuda mimpinya dan setua keraguannya. Cara yang terbaik untuk jadikan mimpi itu benar adalah bangun. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emi. Pernah kena rasuk, lebih dari sekali. Jadinya ‘mereka’ itu ada. Jadi aku betul. Yeai !! Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...