sahabat Senyap

Saturday, June 20, 2009

Mimpi Alam Yang Itu

Orang yang bermimpi tinggal di dunianya masing2. Mimpi yang tidak ditafsirkan, adalah ibarat surat yang tidak dibaca. Aku ada satu mimpi. Mimpi yang agak lain yang ingin dikongsi.

Dulunya aku ada satu minat yang pelik. Minat kepada alam mistik dan paranormal. Mungkin kerna terlalu banyak membaca bahan bacaan yang sebegitu sejak dari kecil hingga terbawa2. Pernah ada impian nak melihat sendiri alam itu, membongkar segala misteri yang kekal sekarang jawapannya masih terkunci.

Bunyi macam kelakar, tapi kadang2 itu aku teringin sangat nak lihat ‘Skunk Ape’, ‘Kappa’, ‘Bigfoot’, ‘UFO’, makhluk halus etc seperti yang dimomokkan di dalam artikel yang aku baca. Nama2 macam ‘Segi Tiga Bermuda’, ‘Cyclop’, sejarah2 mistik lama dulunya selalu melekat dalam kepala. Pernah juga aku buat kajian sendiri, geledah segala pelusuk library, kedai buku dan laman sawang internet. Tapi yang aku dapat ada yang rekaan sains fiksyen dan ada juga yang tiada jawapan.

Skunk Ape

Cyclops

Orang Kupu-Kupu ?

Masa one of asigment dulu pun, ada aku usul pada lecturer nak present topic ‘Paranormal’. Lecturer setuju. Resultnya dapat ‘A’ coz aku sorang jer waktu tu pilih topic yang xpernah student lain pilih. Tapi bila dah lama2 tu, aku fikir balik. Am I crazy ? Sekarang segala research aku yang dulu aku dah campak jauh. Laman web yang aku reka khas untuk ‘paranormal’ itu pun aku dah tutup. Sangat kebudak2kan. Huh.

Tapi tiada apa yang mustahil, dunia ini ada banyak lagi rahsia yang masih tidak terusik dan dibongkar oleh si bijak pandai. Tiada lagi para saintis dan cendiakawan yang boleh kemukakan jawapan. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu. Masih lagi daif dan naïf dalam meneroka ilmu dari ciptaanNya. Kita masih kerdil. Manusia, semuda mimpinya dan setua keraguannya. Cara yang terbaik untuk jadikan mimpi itu benar adalah bangun. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emi. Pernah kena rasuk, lebih dari sekali. Jadinya ‘mereka’ itu ada. Jadi aku betul. Yeai !! Hehe

2 comments:

mynamyra said...

owh,,kamoo penah kne rasuk??
hmm,,me x penah lagi so far..

tp org penah ckp,kalo someone tuh penah kena rsuk,,mybe org tuh snang nk kne rsuk lagi.. ngee~

Orang Senyap said...

mynamyra ::

a'ah, me pernah kena rasuk..
waktu kecil dulu nakal sangat.
suka pegi tempat2 y hurm u knoe..

aish, kebarangkalian nak
kena tue ada lagi ker?

ayamak..

hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...