sahabat Senyap

Saturday, June 27, 2009

Bila Sakit Menyelimut

Minggu ini aku kurang sihat. Aku pun tak tahu aku sakit apa, mungkin demam. Aku cepat rasa letih dan tidur malam aku sejak dari minggu ini sering saja awal. Kadang2 bila aku jalan, aku rasa pening. Rasa macam pusing, tapi aku tak pengsan. Seingat aku, aku tak pernah lagi pengsan. Dan rasa pening ni jugak la yang menyebabkan aku nyaris2 kemalangan dengan lori ketika aku hendak datang ke tempat kerja tadi. Tuhan jer yang tahu betapa lajunya jantung aku berdegup pagi tue.

Tiada apa yang boleh diupdate minggu ini. Cuma perkara seperti semalam dan kelmarin. Kerja kerja kerja. Best bila ada kerja, tapi kurang enak dengan pakej yang datang dengan kerja. Stress dan tertekan. Kadang2 aku murung sendiri. Bila aku murung aku suka bergaul dengan orang yang talkative. Paling tidak aku turut tercuit dengan celoteh mereka.

Minggu ini aku kurang sihat. Sekadar mengulangi ayat di atas untuk menggambarkan aku memang tidak sihat. Tapi aku tidak mengzahirkan rasa tidak sihat itu pada kawan2ku. Aku sentiasa berlagak normal tapi sesekali aku curi2 memicit kepalaku yang pening. Mengurut kerongkongku yang sakit. Duduk bila rasa ingin jatuh.

Aku bukan orang yang suka dengan hospital. Jika dulu aku ada kenalan rapat yang bertugas sebagai nurse di Hospital yang berdekatan denganku, aku boleh juga berkunjung di tempat yang rata2 terdapat manusia beruniform putih itu. Tapi sejak dia dipindahkan ke Perak. Nak eja ‘Hospital’ pun aku dah ingat2 lupa. Sampai sekarang aku sendiri pun tak tahu apa jenis darah aku ni gara2 fobia dengan benda halus, panjang dan runjing di hujung. Bak kata Bulan, fobiaaljarum. Peace dari Senyap.

Minggu ini aku tidak sihat..

p/s : I’m Amy Jackson. Tribute to arwah Mikhael.

12 comments:

mynamyra said...

amy jackson?
huhu..
hmm,,
mybe cz keje bnyk sgt x?
cbb tuh laa u get sick..
plus kalo x cukup tdo n x cukup mkn..

next time,
t8 gud care of urself..
da xde org len da ley jge kmoo xcept urself..
cm Loreal,
krn dirimu bgtu bharga..
huhuu

Orang Senyap said...

mynamyra ::

thanks myra.. erm, keja banyak
n perubahan cuaca kot yang buat
emy jadi sakit..

eh, okey per ngan amy jackson?
hahaha.. xsangka dia dah mati eyh..
hurmm..

diri ini sentiasa berharga,
thanks coz remind me that.. nampaknya
tiba masa untuk amik medicine..

y@n@ M!B said...

lorr..'..tiba mase untuk amik medicine??'
time mula2 saket x amek medicine ke??ish3...jgn la da tggu parah br nk amek medicine..not allowed2...
peace!!\/(^_^)

Att Ashburn said...

fobia jarum jugak..
takut sgt2..

e k i n . said...

hehe , tak sihat tapi buat2 sihat , tak elok jugak tuh , stiap nyawa berharge ;)

ejan cakap:nama aKoo..NuRfarIzaN aNaK sULung pakCik AhMad said...

hahaha...aq pulak x fobia jarum pacik senyap..tapi ntah aq x pnah2 lagi check darah aq jenis apa...huhuhu...kdg2 bosan kan klu aq xda yang dibuat u mengisi keboringan....???mcm mana 2??pkiaq sdiri..hehehe...smoga pcik senyap sentiasa epi:)

amin...

che said...

h1n1!!!
better u check!

Orang Senyap said...

y@n@ M!B ::

erm yana.. ahaha..
terkena plak sedas..
dush2.. macam ada batu timpa
atas pala.. adeyh..

saya jenis xsuka take
medicine la..

tapi skang kena jugak..
hurm..

Orang Senyap said...

Att Ashburn ::

kamu, kita serasi..!!
ahaha, ada gak geng takut jarum kat
sini..

boleh geng dua la kita pasni
ya?

hehe

Orang Senyap said...

e k i n ::

ekin, nasihat anda akan
saya ikut pasni..

nyawa bukan leyh beli kat pasar
woo..

Orang Senyap said...

ejan ::

ejan, kamu tidak takut ya?
boleh aq pinjam semangat kamu tue
bila aq ke hospital?

hehe..

erm, dulu hepi.. skang kurang la
ejan... :-(

Orang Senyap said...

che ::

aip che? dah balik uitm shah alam
ker??

H1N1? sungguh celupar kamu ya..
jangan kena betul2 sudah..

huh, mintak simpang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...