sahabat Senyap

Saturday, June 20, 2009

Malam Yang Panjang

Jarum jam sudah menunjukkan masa 3.00 pagi. Sudah masuk ke hari yang baru. Tapi aku masih tiada tanda2 untuk tidur. Terasa ingin berbual, sekilas aku lihat list contact dalam senarai nama di dalam telefon bimbitku. Aku perasaan, hari silih hari. List ‘teman mesra’ aku itu lama kelamaan sudah makin susut. Hurm, langsung aku campak telefon bimbit di sisi katil.

Sesekali aku berbaring ke sebelah kiri. Bila rasa lenguh, aku ubah posisi. Mengharapkan mata ini cepat tutup berehat. Malam sudah ¾. Tapi aku masih lagi segar. Dulu Montel selalu ada temankan aku. Tapi sekarang Montel sudah sah jadi isteri orang awal bulan Jun yang lepas. Gila nahas nak ganggu isteri orang malam2. Ingat pula pada Bulan, orang paling aku sayang. Tapi esok dia nak kerja, sejak dia mula praktikal. Dia makin kelam. Baru tahu sibuknya kerja ya kamu. Hurm, 2 of my bestie dah xde. Bosannya. Kini aku berbaring ke sebelah kanan pula.

Kata orang, bila baca buku mata cepat rasa letih. Segera aku capai majalah Mastika yang aku beli petang tadi. Lihat jam, 3.43 pagi. Ah, tipu la sapa yang cakap baca buku boleh bawa tidur. Lagi segar adala. Rasa macam nak lari keliling rumah jer waktu ni. Biar rasa letih. Tapi bila aku buka pintu dan toleh di luar tadi. Gelap. Sejuk la. Tak best, tak pasal jatuh sakit.

Aku capai pula pensel 2B yang aku ambil dari bekas pen adik aku. Ambil buku sketch dan mula melakar. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku lukis. Ikut suka hati jari jer nak bergerak. Lihat jam. 4.12 pagi. Alahai. Sudahnya aku on TV dalam bilik dan selongkar DVD2 lama. Nak tengok story apa ya. Macam2 jenis genre ada nie. Ngeh3.

Jam sudah menunjukkan 6.03 pagi. Mata aku sudah mula berat. Mulut sudah lenguh menguap. Nak tidur tapi aku terus ke bilik air. Nak ambil wudu’, langsaikan tanggungjawab dulu solat Subuh. Lihat jam, 6.24 pagi. Eyh, aku tidur dalam bilik air ker tadi. Lamanya. Lihat jam, 7.02 pagi. Lihat katil. Hurm, aku dah hanyut…

Tidur adalah mati yang pendek, mati adalah tidur yang panjang. Kesihatan adalah renungan yang pertama, dan tidur adalah syarat bagi mendapatkannya. Syhhh. Don’t wake the baby. Ehee. Peace dari Senyap.


p/s : I’m Emy. Love Saturday and Sunday, hari tidur yang lebih panjang.

6 comments:

mynamyra said...

insomnia,,
always happened 2 me too..
huhu..

Orang Senyap said...

mynamyra ::

insomnia.. hurm,
why yer benda nie boleh
terjadi sebenarnya?

aideeb said...

baca mastika mmg xleh tido..cuba baca buku ilmiah..sejarah2 negara ke...sure ngantuk nyer..buku sains ke...

ejan cakap:nama aKoo..NuRfarIzaN aNaK sULung pakCik AhMad said...

alalala...pcik senyap...bosan sian ea??hehehe...alala..nanti ck bulan tu dah x bz bila masuk u k??nanti ligat la jari2 cik bulan nti k??hehehe:)

Orang Senyap said...

aideeb ::

tidakkah tindakan membaca buku2
tersebut di malam hari di masa cuti
termasuk dalam perbuatan buang
pekdah??

huhu

Orang Senyap said...

ejan ::

alahai, ejan kamu buat Senyap
blushing tersipu2 la..

hahaha

bulan nie pom, haish..

suka seksa Senyap..

huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...