sahabat Senyap

Saturday, December 12, 2009

Aku Bukan Manusia Sempurna

Tidak sulit bagi air hendak basah dan tidak sulit untuk api hendak panas, tetapi betapa sulitnya apabila manusia menjadi manusia. Aku tahu, sebab aku juga dilahirkan manusia, dan tidak ada manusia lain yang asing buat aku.

Kehidupan manusia bukanlah berputar pada satu paksi tetapi bergantung kepada dua titik, yang pertama fakta dan yang kedua idea. Semua tindakan manusia mengandungi satu atau lebih daripada tujuh sebab yang berikut; peluang, persekitaran, paksaan, tabiat, alasan, marah dan ghairah. Banyak keajaiban ciptaan Allah, tetapi tiada lain yang lebih ajaib daripada kejadian manusia. Masing2 rasanya sudah sedia maklum akan itu. Erm.

Hakikat bahawa manusia tahu membezakan yang betul daripada yang salah membuktikan mereka memiliki tahap intelektual yang lebih tinggi daripada haiwan lain; tetapi hakikatnya mereka boleh melakukan yang salah membuktikan mereka mempunyai tahap moral yang lebih rendah!.. Binatang tidak memiliki segala kelebihan yang kita miliki, tetapi mereka juga memiliki apa yang kita tidak ada. Mereka tidak tahu apa2 tentang harapan kita, tetapi mereka juga merasai kebimbangan seperti kita; mereka juga akan mati seperti kita, tetapi mereka tidak berfikir mengenainya.

Dalam keadaan yang terbaik, manusia adalah haiwan yang sempurna; tetapi tanpa undang2 dan keadilan, mereka boleh bertukar menjadi haiwan yang paling tak berguna. Agak kasar kedengaran intonasi ayat, tetapi itu yang sering berlaku kini. Segala2nya berkeadaan baik sewaktu ia meninggalkan tangan Yang Maha Pencipta; tetapi segala2nya rosak apabila tiba di tangan kita manusia. Manusia pada semulajadinya adalah sama, yang membezakan mereka adalah kelakuan, tabiat dan kebiasaan.

Untuk seketika, berhentilah. Berhenti daripada berbincang tentang apakah ciri2 untuk menjadi manusia yang baik – sebaliknya, jadilah seorang daripada mereka. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Air Mee. Urgh! Lama dah tak tulis berat2 nie. Em. Teringat kat sorang Profesional Wrestler tu. The Animal; Dave Batista. Hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...