sahabat Senyap

Wednesday, January 21, 2009

Aku Bangga Aku Anak Malaysia

Hidup ini bagaikan pelangi. Setiap spectrum warna mencerminkan satu2 warna manusia bagi kaca mata aku. Jika cerah elok la dia, dan jika gelap kurang bernasib baik lar seseorang itu. Ironiknya aku suka warna gelap, mungkin kerna tona kulit aku yang tak berapa nak cerah. Ah, itu cerita lain. Awal Januari yang lepas Company aku ada buat event tahunan di Indonesia, spesifik tempat di Medan. Seronok bila dapat tengok negara orang, best bila dapat peluang ke Oversea. Walaupun hanya ke Indonesia.

Ada dua benda yang aku belajar di sana. Dan dua benda ini benar2 membuatkan aku bersyukur sebab aku dilahirkan di Malaysia. Pertama, kadar kemiskinan yang amat ketara dan Kedua aku punya kerja, tak macam disana. Boleh dilihat ramai pengemis dan peminta sedekah yang berkeliaran memohon simpati hanya semata untuk sesuap nasi. Cukuplah untuk melegakan perut yang kosong.

Hati aku tersentuh bila datang anak kecil meminta aku beli barang jualannya.

“Mas, beli barang gue mas. Tolong gue, gue orang miskin mas..”

Memang hati aku nie cepat tersentuh bila datang orang macam tue. Tapi yang harunya. Bila habis seorang, datang pula seorang menjaja barang jualannya. Dan seorang, seorang, seorang. Aku pun pelik. Ada persatuan jual barang ke kat sini. Daripada tersentuh terus naik cuak. Hehe.

Di satu kaki lima, aku dan rakan aku yang lain singgah di satu gerai jual cenderahati. Bukan selalu boleh datang sini. Alang2 dah datang. Mestila ada ole2 bawak balik Malaysia. Tapi yang kelakarnye bukan barang cenderahati saudara Indon itu yang kami beli, tapi kasut dia. Yeah, kasut yang dia pakai tue..?? Haha. Bukan apa, ini gara2 idea nakal rakan aku. dia pandang kasut yang saudara tu pakai kasut yang “rare”, original pulak tue. (dia bagitau kami mungkin saudara tu tau kat mana lubuk yang boleh dapat benda murah) Pada mulanya, seperti dijangka saudara tu tak nak jual. Dia bagitau tak pernah lagi ada orang nak beli kasut dia. Dari riak muka dia, aku boleh baca. Mesti dia terjumpa “pelancong sengal” hari nie.

“Jika kamu ingin kasut gue, 90 ribu..!! (rupiah daaa)” tapi bila dah ayat punya ayat saudara tue letak 30 ribu rupiah (RM 10) untuk kasut dia tue. Haha. Ikan dah kena kail. Aku pun tak ambik port sebenarnya, tapi menurut kawan aku. kalo kat Malaysia harga dia RM100 ke atas. Tapi kat sini dia dapat RM 10 jer. Hurm. Bijak2. Anak sapa nie. Heh. Akhir sekali, kami sedikit terkejut bila saudara Indon tadi siap salam (cium tangan lagi tau), peluk dan tak berhenti cakap terima kasih kat kami. (Hurm, alangkah bestnyer kalo jurujual tu perempuan) Dia beritau, dia orang susah, xsangka kasut dia ada nilai kat mata kami. (Itu bagi dia la, kami sengih jer)

Jika kita pantau pendapatan sebulan rakyat Malaysia, paling minima yang boleh kita dapat sebulan adala dalam RM 1000. tapi di sana, nak dapat RM 100 pun cukup susah. Kalo sebulan dorang dapat dalam RM200 pun dah cukup lumayan. Sekali lagi aku rasa bersyukur aku berada di bumi Malaysia. Lepas nie jika aku terfikir atau terlintas untuk merungut dengan gaji yang aku dapat tiap2 bulan, makanan yang aku makan tidak sedap. Mungkin lepas nie bila aku teringatkan anak kecil itu, aku sudah ada sebab untuk tidak berfikir macam tu lagi.

Selain permandangan “kemiskinan” yang menjamu mata aku dia sana. Aku sedikit tercuit dengan kondisi trafik di situ. Langsung tidak bersistem. Jika tahun lepas statistic kemalangan pada tahun 2008 di Malaysia adalah 507 (something like that), tapi di sini jika aku yang memandu, mungkin dalam sehari aku akan langgar orang dalam enam belas orang kot setiap hari. Dan statistic kemalangan di Indonesia akan meningkat 3 atau 4 kali ganda dari di Malaysia. Serius aku cakap, tahun 2006 yang lepas pun aku ada langgar dalam 2 orang. Eheh.

Pelangi muncul selepas hujan
Sentiasa ada di kawasan gunung
Aku rindu untuk lihat pelangi

Hari ketiga.

Hari terakhir. Sedikit kekecohan berlaku bila ada barang2 kawan aku hilang di kargo. Kalo nak difikirkan pun, salah kawan aku jugak. Kenapa tak dikunci bagasi tue.

Negaraku. Tanah tumpahnya darahku.


p/s : I’m emih. Aku rindu kamu

2 comments:

87 said...

p indonesia tak gtaw
takut owang kim barang la tuh
huh..
terguris hati..
k hari ini hari awak
esok hari sabtu

Qaish Nur Mikhael said...

eh2, ada saya bagitau aritu kan..??
but u dont believe me..
last2 saya bagitau terlepas flight jer kat awak...
ngeh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...