sahabat Senyap

Saturday, January 31, 2009

Dunia Senyap Ku

Kata orang rezeki ada dimana2, sedangkan ulat di bawah batu pun boley hidup inikan pula manusia yang cukup sempurna sifatnya. Tapi jika direnung dari sudut realiti, apa yang boleh ditemui hari ini. Manusia dihimpit dengan peraturan2 yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Tanpa satu alat yang disebut wang, manusia sukar untuk terus menjalani hidup dengan baik. Kini ada wang semua boley buat. Itulah gunanya kerja.

Kerja..?? Kerja makan gaji..?? boleh senang ke..?? kalo iyer, sampai bila..?? Mungkin bagi individu yang berpendapatan tinggi setiap bulan, perkara ini tak menjadi persoalan langsung. Bahkan setiap helaian wang ditabur begitu sahaja. Kenapa dunia ini perlu wujud dua kasta, miskin dan kaya? Susah versus senang? Kenapa kita tak boley hidup saling bertoleransi sesama kita? Bukankah dunia ini akan menjadi sebuah tempat yang lebih baik. Tiada lagi kemiskinan, tidak wujud lagi kebuluran. Istilah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga barangkali akan terkubur. Ah, itu mungkin hanyalah mimpi di siang hari. Manusia yang berusaha adalah manusia yang berjaya. Itu yang membezakan antara manusia susah dan senang.

Macam mana nak cari duit? Bukannye duit itu akan turun dari langit tanpa perlu berbuat apa2. Kerja. Kerja yang macam mana. Macam mana nak dapat kerja yang berpendapatan tinggi. Belajar. Tapi jangan tidak endahkan fakta ini. Ramai graduan yang menganggur jika kita boleh lihat. Mereka belajar. Tapi di mana silapnya. Peluang. Atau kembali kepada perkara pokok tadi. Rezeki.

Sudah hampir satu tahun 6 bulan sejak aku tamat belajar. Nawaitu nak continue study itu tetap ada. Malah tak pernah sedikitpun niat itu padam. Aku suka belajar benda baru dan bereksperimentasi dengannya. Kursus aku belajar dulu adalah Business Study. Dalam bidang business nie aku lihat bangsa lain lebih maju daripada kita. Boleh dilihat dengan jelas pada musim perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari. Rata2 kedai semuanya ditutup dan yang paling aku terasa, sampaikan satu shopping mall tutup kedai.

Bukan susah nak dapat duit. Bukan susah nak senang. Key word is berusaha.

Salah satu cara nak dapat easy money is kita boley join MLM (Multi Level Marketing). Sound macam program menipu jer kan? Skim cepat kaya ke? Ia bergantung kepada individu yang melihatnya. Aku percaya boleh dikatakan separuh rakyat Malaysia ada join program ni. Dan kita boleh lihat lambakan program2 seumpama ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi bagi aku, what’s matter is Strategi Marketing dia. Dari situ kita boleh lihat flow aliran tunai program nie dengan lebih jelas. Nak join itu boleh, tapi kena la study dulu yer. Aku ada tau dua syarikat MLM yang boleh diharapkan. Kreabiliti syarikat2 ni boleh tahan. Dah beroperasi hampir 14 tahun dan makin berkembang saban hari. First month paycheck nearly 5K. Dan ini adalah angka minima, it will grow double each month. Interested? Umur muda bukan penghalang, buktinya dua adikku sendiri penghujung bulan 2 nie akan terima cek RM4000++, umur dia baru 19 tahun. Still menuntut di Penang doing his Diploma. Same with my youngest brother. At age of 16.

Pepatah Melayu lama anda menyebut “Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”.

Jika tak suka cari duit melalui ilmu Marketing. Boley cuba Networking. Actually lebih kurang sama jer istilah ni. Macam yang aku sebut tadi, what’s matter is It Marketing Strategy.

Nak menceburi dunia perniagaan ada beberapa perkara pokok yang perlu ada, karisma, ilmu, great communication skill, GFIL (Great First Impression Look), aku ada pengalaman bila ada pada satu ketika cara pemakaian aku diambil kira. Pertama kali aku berurusan dengan badan korporat (doing research), cara layanan yang aku terima ibarat aku ini hanya budak mentah base on how I look. Dan the second time I went to that premise. I’m dress in blazer, slack, shining shoes and of coz tie. And guess what, Pengarah dia turun padang terus. Hehe. Dan yang terakhir n paling penting mesti la ada Modal.

Ketika aku berada di bawah payung KPNK dan JPH, ada juga individu2 yang dah ada karier sanggup letak jawatan hanya semata2 yakin dengan perniagaan yang dorang ceburi. Kerna mereka tau, perniagaan pada awalnya memang susah tapi jika dilihat dari sudut jangka panjang. Ia memang sesuatu yang berbaloi. Aku pada ketika itu dengan 19 lagi rakanku berminat untuk menjalankan business penternakan. Kitorang interested in Fidlot, Trading dan Pembiakan Baka. Jika dari research yang kami lakukan. Bekalan makanan untuk haiwan ruminan di dalam Malaysia sangat tidak mencukupi. Perniagaan berasaskan penternakan dilihat sangat cerah jika diberi perhatian yang khusus. Tentang modal, kami guna saluran modal Graduan. Bukan ke setiap graduan layak membuat permohonan pinjaman 50K dan ke atas. So, 50K time 20 dah berapa..?? Lebih dari cukup la tu kan..?? Lagipun kami dibawah payung KPNK dan JPH (Jabatan Perkhidmatan Haiwan). Yang bagi aku cable yang cukup kuat kalo nak enter Government project.

Selain daripada pertanian, ada jugak perniagaan lain yang kami plan to do. Cuma belum decide apa yang boleh beri pulangan yang lebih lumayan. Kat sini aku nyatakan apa perniagaan yang terlintas dalam Kumpulan aku waktu tue.

Pertanian (of coz) – Dragon Fruit (kini banyak dimonopoli oleh orang Cina, nak try Dragon Fruit versi Bumiputera), Nenas (Dari kajian, kualiti dan tekstur tanah di Kedah akan menjadikan hasil bagi tanaman Nenas bergred A) Strawberry (Pernah ada ladang Strawberry masa stay dekat Cameron dulu, tapi kini family kat sana hanya tumpu kepada ladang sayur), Lintah (senang and cepat dapat pulangan), Lembu, Kambing (Antara haiwan Ruminan yang berpotensi).

Perlancongan – Resort (plan nak jadikan Tanjung Dawai sebagai salah satu lokasi baru tarikan pelancong ke Kedah) and dah kenal pasti satu tempat di Perak and potensi resort ni boleh dianggap cerah.(dah jalankan Market Survey)

Lain2 – Cyber Café (combain of Cyber Café, Book Store and Café, dah pun ada layout plan kedai dua tingkat) Cleaning Agency (hampir dapat sewa bangunan 3 tingkat, not just tertumpu kepada Dobi semata2, tapi ada jugak servis macam yang dalam filem Cuci tue.) Restoran (lihat balik idea pertama, kalo dah ada Fidlot. Why not build satu place yang hidangkan speciality nya daging, berkonsepkan western dan timur)

Tapi, manusia hanya merancang. Hanya Dia yang menentukan segalanya. Pada Mac 2008, kumpulan aku berpecah dan ikut haluan masing2. Sedih.

Haluan aku kini tetap macam dulu. Baru lulus loan Agro Bank on my family project. Perikanan Dalam Kanvas. Tak tau nak turn out macam mana nanti. And adala jugak try Cacing (banyak guna dalam kosmetik nowaday). Cacing make you beautiful meh. Hehe. Dan dalam masa yang sama aku dah punya pekerjaan tetap dalam Jabatan Sumber Manusia di salah satu syarikat di Utara.

Kumpulan aku tak terkubur macam tu jer, ini masa rehat kami. Rata2 ahli waktu tu dalam lingkungan 21-28. Dan aku ahli yang paling muda. Setiap ahli datang dari IPTA dan IPTS yang berbeza tapi tercantum semasa attend satu program Management Training pada November 2007. Semua masih muda belia. God will, we’ll meet again partner. Keep in touch.

p/s : Aku Emy. Ini dunia keduaku. Dunia Senyap Ku. I’m an Entreprenuer..??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...