sahabat Senyap

Saturday, January 31, 2009

Kalaulah Hidup Semudah A.B.C

Hidup ini ibarat ranting2 dahan. Terlalu banyak cabang dan liku2nya. Akan rapuh bila dimamah usia. Akan rosak kualitinya bila digigit anai2. Hehe.

Kata anak2 kecil, hidup ini bagaikan satu taman permainan. Setiap hari menjanjikan satu pengembaraan yang baru. Kata anak2 remaja, nikmati kehidupan ke tahap yang maksima. Itu yang ada jadi mat rempit tue. Kata anak2 dewasa, (pelik pulak bunyinya) hidup ini satu tanggungjawab yang besar. Waktu inilah kadar2 rambut di kepala akan mula gugur satu per satu. Kesian.

Hidup terlakar daripada satu perkataan. Ya dan Tidak. Satu perkataan di atas setiap keputusan yang kita lakukan. Setiap keputusan akan menjanjikan hasil yang kita inginkan. Hasil ini akan diperoleh dan menentukan adakah keputusan yang diambil itu tepat atau sebaliknya. Ramai orang yang berjaya hari ini kerana bijak membuat keputusan yang tepat. Dan xkurang juga yang berjaya kerana membuat keputusan yang salah. Kerna dengan keputusan yang salah itu telah menjurus mereka kepada kancah kegagalan. Dari situ mereka belajar dari pengalaman agar pada kemudian harinya akan lebih berhati2 dalam membuat keputusan.

Aku lihat. Dewasa ini ramai orang kita atau lebih spesifiknya Orang Melayu lebih kepada yang gagal daripada yang berjaya. Kepada yang berjaya aku bangga. Tapi aku sedih bila lihat anak2 satu bangsa dengan ku selesa bersenang2 sedangkan bangsa2 yang lain sudah lebih maju kehadapan. Sedangkan orang kita? Mereka lebih selesa menghabiskan masa di shopping2 complex daripada di institusi ilmiah. Mereka lebih ramai di pusat tahanan juvenil daripada di badan2 ilmu. Jika bangsa yang lain sudah berada di puncak, orang kita lebih selesa untuk goyang kaki tanpa perlu kisah untuk memajukan diri. Ya. Mereka selesa.

Isu murtad, seks bebas, fanatic dengan budaya gothic, punk etc. Pada mereka itu cool. Mereka bangga apabila arif dengan fahaman yang mereka anuti. Aku kenal beberapa kawan yang suka mengamalkan seks bebas dan terlibat dengan punk. Kata mereka itu untuk kepuasan hidup di waktu muda. Mereka puas. Aku juga kerap didatangi oleh orang2 seperti ini. Kerna bagi aku, berkawan tak perlu ada batasan. Aku dah serik hidup berseorang satu ketika dulu. Dan kini aku xkisah bercampur dengan mana2 jenis orang pun. Tapi aku sedih apabila rakanku mengesyaki aku juga turut terlibat dengan budaya seks bebas. Hello. I’m not okay. Aku masih lagi kenal dosa dan pahala. Aku masih lagi hamba Tuhan dan aku takut dengan laranganNya.

Baru2 nie aku ada menonton satu filem Hollywood lakonan Jim Carrey. One of my favourite actor after Johny Dep, Will Smith, Nicholas Cage and of coz Dwayne “The Rock” Johnson. Tajuk movie nie ‘Yes Man’. Menarik apabila seorang yang sentiasa berkata tidak di dalam hidupnya tiba2 berubah apabila menyebut satu perkataan bila ada opportunity yang melintas di depannya. And the word is, ehem2 of coz “Yes!!”. (daa, nengok tajuk lewr) Alangkah bestnyer kalo aku ada keberanian macam tus.

So, one day. Aku cuba nak dalami dan hayati watak dalam movie ni. Apa ja ajakan atau peluang yang datang depan aku, aku akan say “Yes”. Haha.. dan result nyer…

First attempt : Aku nie bukannya jenis suka pergi ke majlis keramaian. Sebelum nie pun ada ja alasan yang aku akan kasik kalo ada family or kengkawan ajak pergi kenduri atau function kat mana2. Nak dijadikan cerita ujung minggu nie aku ada 3 kenduri yang di invite. Bukit Merah sebelah family abah, satu lagi kat kampong aku nie, umah mak mentua pak cik aku dan last skali kat Paya Rawa, keluarga Pak Tam. Semua aku pegi!! Eheh. Walopun letey tapi fun sangat. Ada jugak la riak2 terkejut cousin2 aku bila lihat kelibat aku kat sana. Well, surprise..!!

Second attempt : Aku tak minat bola, rasa macam bodoh jer main bola nie. Nak main bola jauh sekali la. Tapi tak bermakna aku xbersukan. Tapi bola is not the option for me. Jika ada rakan yang ajak pergi stadium untuk watch football secara live. Reaksi aku hanyalah sekadar senyuman kosong. So, one fine day. Guest what? I’m not just tengok bola but actually had plan with my collegue mate to setup an Indoor park, that had include Futsal, Paint Ball & and Gym. Sapa kata sukan xboley buat duit?

Third Attemp : hurm, yang ni susah sikit. Meet people. Aku rasa kalau part nie aku kena ambik masa lebey sket untuk improve my PA. well, nobody perfect rite..??

Hidup ini ibarat roda. Kejap kita di atas dan tanpa kita duga, kita akan jatuh terperosok di bawah. Dan hidup ini bukan ibarat bermain game show Roda Impian. Boleh menang wang besar. Juga jauh sekali hidup ditentukan oleh Deal Or No Deal. Dalam kita meniti hari-hari yang mendatang, kadang2 kita akan tersadung dipertengahan jalan. Tercarik sekeping hati insan yang kita sayang dan kadang kala tanpa kita sedari setiap apa jua yang kita lakukan kini akan memberi impak di hari esok.

p/s : im Amih, hari ini adalah sejarah buat esok. So, jadikan hari ini satu hari yang bermakna.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...