Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambah erat kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi bila tiba waktu malam. Supaya kita nanti teruja gembira bila cahayanya mula terpancar pada subuh hari. Tetapi, perpisahan yang lama dalam persahabatan, akan mengubah seorang teman. Sedikit2 pasti sifat mesra, akrab, rapat yang dulu akan ansur suam. Dingin.
Ibarat seorang nelayan yang selalu ke laut dengan membawa umpan yang sangat disukai oleh ikan yang tertentu, adalah teladan baik bagi mereka yang ingin berjaya dalam pergaulan antara manusia. Pergaulan itu aku boleh katakan, ia mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, bagi kebersihan jiwa selalu dipesan oleh Nenek Moyang kita agar sentiasa bergaul dengan orang2 yang baik budi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya.
Bila awal perkenalan, pasti bibit2 kekok dan janggal itu ada. Dan bagi orang diam macam aku, sebelum zahirkan sifat mesra dengan yang lain biasanya aku lebih banyak memerhati sebelum bertegur sapa. Dan ya. Aku mudah mesra dengan yang lain. Sungguh, bilamana kehadiran seseorang insan yang bernama sahabat di sisi akan menjadikan hidup lebih bermakna, bersamanya kita boleh berkongsi segala rasa dan rahsia.. Sahabat bukan sahaja cerminan yang menrefleksikan siapa diri kita, tetapi punya pengaruh yang besar dalam perjalanan hidup kita.
Dan bilamana sampai masa untuk berpisah. Tiada lain yang boleh diluahkan, cuma riak kelat dan suram dapat dipamerkan. Sekarang.. Sekarang aku cuma mampu mengira hari2 yang terakhir sebelum sampai masa kamu mengucapkan ‘Selamat Tinggal’. Yang ada kini hanya menunggu detik untuk hilang. Hurm.. Kalaulah masa itu boleh distatikkan… ~ dedicated for GEMS Members. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amie. Dua nama, dua karektor. Orang yang sama, siapa sangka.

9 comments:
siapa GEMS member tu?
hurmm..
cam bace NOVEL lak... ade talent u neh! ske bace... heeee
zack ::
GEMS tue satu program under Khazanah, semua graduan lepasan ijazah boleh apply program nie. gaji bulanan akan dibayar oleh kerajaan tapi buat latihan praktikal di mana2 company..
bagus tau.. jadi antara pelatih yang GEMS nie ada yang diletakkan di bawah satu Divisyen ngan saya.. selama 6 bulan ngan dorang dah jadi cam akrab sudah.. jadi bila dorang dah nak tamat latihan nie cam berat lak nak tgk dowang pegi.. hehe
Elle JmDean ::
yeke? hehe.. thanks
keep reading ya..! peace
dib pon salah sorang GEMS (first batch lagi tp waktu tu nama GREEN)
oo u pun join GEMS ek? dpt offer keje dr mane2?
aideeb ::
really?? wah, mesti best sangat2
kan experience tue?
i wish i could participate too..
arieza ::
haha.. saya bukan one of GEMS..
n skang saya dah keja dalam Human Resource And Administration Division..
tak perlu lagi kot nak apply program praktikal nie..
Post a Comment