sahabat Senyap

Monday, December 07, 2009

Coretan Picisan

Pagi Isnin yang agak menyenangkan. Tak seperti minggu yang lepas. Awal pagi masih boleh bermalas2an di dada katil tanpa gangguan deringan jam loceng. Tanpa perlu kisah untuk berkejar ke pejabat. Sangat tenang dan selesa. Nikmatnya bila ambil cuti tahunan. Heh.

Musim cuti sekolah kan sekarang. Rumah akan jadi tumpuan saudara jauh datang ziarah. Kecil besar, semua lengkap. Nakal, manja, kuat menangis, semua ada. Tapi tak kisah lah. Aku pun pernah jadi kanak2 dulu. Jadi itu semua normal.

Agak jarang aku singgah sini sekarang. Tak macam dulu. Agak sibuk dengan asakan kerja. Bahagian Pentadbiran perlu kendalikan beberapa tugasan, beberapa Majlis yang turut diamanahkan untuk diselia. Untuk bahagian Industrial Relation pula ada beberapa kes yang perlu buat siasatan, sesi2 kaunseling, sediakan bahan2 untuk Training yang akan aku seliakan sendiri, laporan itu laporan ini. Dan bila dah tiba penghujung tahun macam ni, mulalah sibuk buat Budget untuk tahun hadapan pulak. Jadi aku ada alasan kuat untuk sepi buat sementara. Erm.

Bila jengah blog baru2 ni, aku notice something. Banyak feedback2 positif yang kamu tinggalkan buat tulisan aku sebelum nie. Terkejut jugak pada mulanya. Untuk kalian yang jadi pembaca blog ni aku ucapkan terima kasih ketat2, sangat2. Tak sangka tulisan aku yang hanya suka2 ni ada juga orang nak baca. Ada jugak yang sudi ambil kisah. Dan buat Insan Tinggi, thanks juga sebab sudi jaja link ni. Buat Cik Dila, my dearest bestie.. Orang yang bertanggungjawab kenalkan blog pada aku.

Sabtu lepas ada berkesempatan singgah di Popular, xsangka pandai betul orang buat business sekarang kan? Inisiatif menterjemahkan siri Novel Twilight Saga ke bahasa Melayu betul2 buatkan aku tak teragak2 untuk borong kesemua siri Novel tue untuk dijadikan salah satu koleksi dalam rak buku aku. Tapi aku tak pasti aku boleh habis baca kesemuanya atau tak, xpun takut nanti cuma jadi hiasan dalam isian rak. Haha.

Jarang aku hendak tulis rumusan harian aku kat sini. Sebab itu lebih disifatkan peribadi, dan diari peribadi xsepatutnya diwar2 kan? Entah la. Apapun, terima kasih pada sesiapa yang tinggalkan feedback. Keep on following yach! Hehe. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Amiey.
mzamzamy@modenas.com.my , double_zie@yahoo.com.my , silentmelody303@gmail.com .

13 comments:

yanamib said...

silent reader likes to read silent melody's post..keep on blogging ya =)

flovatedz said...

hay incik senyap..
thanx 4 da wish!!
huhu..
wish me luck ;p

Seroja Jingga said...

menulis dengan hati adalah yang paling jujur.memang kita tak kan perasan yg tulisan kita memberi manfaat..dan kamu salah satu darinya

salam

SasHa Lee said...

salam emi.. eden minat citer twilight woo.. uit kamuk beli borong!!! so dari kamu wat susunan kat rak tue.. baek bagi aden pinjam satu.. ngeh3..;P

[z@ck] said...

sama-sama..
jgn gatal2 ya..
ahahaha

aqilah ilham said...

da bli ke buku twilight melayu tu?
cne ayat die?
lawak tak?

Qaish Nur Mikhael said...

Yana ::

yeke yana? hehe.. kenapa yer macam tue.. singgah2 kejap pastu terus tinggal.. :-)

blogging dah jadi macam satu hobi..
insyaAllah akan terus blogging..

tapi berkesempatan hujung minggu jer yang dapat update.. weekday xmenang tangan ngan keja..

Qaish Nur Mikhael said...

wagon ::

it's nothing sis, my youngest brother pun ada jawab paper SPM skang ne..

both of you, best of luck. hehe

Qaish Nur Mikhael said...

seroja jingga ::

thanks SJ coz sentiasa kunjung sini n xlupa tinggal jejak (komen)..

ada juga singgah blog you tadi, em.. sangat2 jujur yaa?? haha..

nak try buat satu yang macam kamu.

Qaish Nur Mikhael said...

Sasha Lee ::

w'salam sasha..

hehe.. saya kalo dah minat satu2 benda tue.. xkisah kalo bebelanja sikit..

tapi itula, penyakit dah beli pastu xbuat apa2.. simpan jer dalam rak buat hiasan.. haha

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

ahaha
mana ada gatal2 la..
saya sopan jer sentiasa tau??

huhu

Qaish Nur Mikhael said...

Aqilah Ilham ::

a'ah, bahasa dia macam kelakar la..
haha.. ada tu satu ayat dia saya ulang baca dua tiga kali baru dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan..

macam nie, letih la nak abiskan tebal2 plak tue.. heh

[z@ck] said...

eleh..sopan la sgt..ahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...