Buat seketika ku rasakan masa berlalu terlalu lambat. Terlalu lambat sehinggakan setiap degupan jantungku jelas kedengaran berdegup kencang. Dan setiap saat berdetik melihatkan kegelisahan serta kegusaranku sentiasa. Riak wajah terukir kelat saat ini. Tak ubah seperti sekujur badan yang dihirup kering sel2 darah merahnya. Pucat. Sesungguhnya aku betul2 tidak menggemari situasi ini. Sangat2 benci.
::………….::
“Hello Fauzi. Pagi nie ada sikit emergency la. Aku nak hang ikut aku pergi tarik keta”
Fauzi a.k.a Leader Landscaping dihubungi aku. Aku suka dia. Bukan suka macam movie
“Yesterday I go, today must go again??” tanya Mr Ohira.
“Ya, must go again. You and him. One car” Fauzi maksudkan aku dengan Mr Ohira akan naik satu kereta dan Fauzi akan escort dari belakang.
Sedikit geli hati aku dengar dialog perbualan mereka. Seorang tak faham bahasa Melayu, seorang lagi Bahasa Inggeris cukup2 makan. Hehe. Sekarang baru aku faham kenapa bos mintak aku yang datang. Mungkin dia nak gunakan approach diplomasi dari kekerasan.
Sementara aku menunggu Mr Ohira bersiap. Aku berkesempatan berbual dengan jiran kawasan taman elit itu. Aku sedikit terkejut bila dari perbualan kami orang2 Jepun yang tinggal di dalam taman tue boleh dikatakan kaki perempuan. Boleh dilihat setiap minggu ada jer perempuan2
::………………….::
Lagu “Atas Nama Cinta” mengisi halwa telingaku melalui saluran Hot FM di kotak radio kereta. Mr Ohira sedari tadi
“Very bad na that people”
Kata Mr Ohira merujuk kepada pemandu yang bercakap dengan telefon bimbit ketika memandu. Aku agak kaku untuk memberi comment. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Rasanya macam mengutuk saudara senegara sendiri pulak bila aku mengiyakan. Hurm. Sekali lagi aku gelisah.
Dalam jam 9.30 pagi, akhirnya seksaan aku tamat apabila kereta yang dipandu sudah memasuki pintu gerbang syarikat. Dengan pantasnya kakiku menekan pedal minyak untuk segera tiba di depan pintu Pejabat Utama. At last.
Kata orang dengan mengetahui bahasa lain selain bahasa ibonda akan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Sekarang aku amat dan sangat bersetuju dengan pendapat itu 150%.
p/s : I’m Emi, need to join Japanese classes. One day, I want to step my feet in that country. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment