sahabat Senyap

Friday, February 06, 2009

Are We There Yet?

Buat seketika ku rasakan masa berlalu terlalu lambat. Terlalu lambat sehinggakan setiap degupan jantungku jelas kedengaran berdegup kencang. Dan setiap saat berdetik melihatkan kegelisahan serta kegusaranku sentiasa. Riak wajah terukir kelat saat ini. Tak ubah seperti sekujur badan yang dihirup kering sel2 darah merahnya. Pucat. Sesungguhnya aku betul2 tidak menggemari situasi ini. Sangat2 benci.

Mobil transisi Auto Proton Waja 1.6 dengan tona warna merah gelap menyelusuri tenang jalan raya dari Cinta Sayang Club menuju ke Gurun. Kelihatan keadaan trafik jalan raya kurang sesak ketika ini. Di sebelahku kelihatan seorang lelaki berbangsa Jepun di dalam lingkungan umur 50 an. Beliau berpangkat Advisor R&D ditempat ku bekerja. Actually, ex Advisor R&D sekarang.

::………….::

8.00 pagi

Seawal pagi lagi aku dikehendaki melakukan kerja luar oleh my Bos. Aku tak kisah pun sebenarnya kalo kena buat kerja luar dari ofis. Ada yang bukan dalam job scope aku pun aku bedal sama jer. Tapi kali nie tugas aku agak unik sikit. Aku dikehendaki tarik kereta. Bila aku dapat tugas ni, kening aku sedikit terangkat. Apa motif syarikat hantar seorang mamat jambu macam aku ni pegi tarik kereta? Berkesan ker gertakan yang datang dari aku? Dan untuk kali kedua kening aku terangkat sekali lagi bila aku dapat tahu tuan punya kereta yang akan aku tarik adalah seorang Jepun. Yup! Watashiey san. Sudah terbayang dalam kotak fikiranku sebentar lagi akan berlaku masalah komunikasi. Ah, sakit.

“Hello Fauzi. Pagi nie ada sikit emergency la. Aku nak hang ikut aku pergi tarik keta”

Fauzi a.k.a Leader Landscaping dihubungi aku. Aku suka dia. Bukan suka macam movie Brokeback Mountain tue tapi aku cukup berkenan bekerja dengan Fauzi. Lebih kurang jam 8.40 pagi kami tiba di depan pintu rumah sewa Mr Ohira. Dengan bersarungkan singlet dan seluar pendek, Mr Ohira bukak pintu sambil buat muka tercengang.

“Yesterday I go, today must go again??” tanya Mr Ohira.

“Ya, must go again. You and him. One car” Fauzi maksudkan aku dengan Mr Ohira akan naik satu kereta dan Fauzi akan escort dari belakang.

Sedikit geli hati aku dengar dialog perbualan mereka. Seorang tak faham bahasa Melayu, seorang lagi Bahasa Inggeris cukup2 makan. Hehe. Sekarang baru aku faham kenapa bos mintak aku yang datang. Mungkin dia nak gunakan approach diplomasi dari kekerasan.

Sementara aku menunggu Mr Ohira bersiap. Aku berkesempatan berbual dengan jiran kawasan taman elit itu. Aku sedikit terkejut bila dari perbualan kami orang2 Jepun yang tinggal di dalam taman tue boleh dikatakan kaki perempuan. Boleh dilihat setiap minggu ada jer perempuan2 Indonesia yang kena usung dalam rumah sewa depa. Dan yang buatkan aku hilang respect bila ada driver maklumkan padaku mereka ada terjumpa kotak kondom dalam kereta orang2 Jepun nie. Huh, panas2. Ai, bila duit lebih diagungkan dari maruah diri. Duniawi semuanya.

::………………….::

Lagu “Atas Nama Cinta” mengisi halwa telingaku melalui saluran Hot FM di kotak radio kereta. Mr Ohira sedari tadi cuba untuk berbual dengan aku tapi malangnya aku xfaham Japanese. Sedihnya. Bila aku berbahasa Inggeris, dia pulak tak faham. Sedikit kekok dan janggal aku rasakan. Akhir sekali kami hanya berbahasa isyarat. Sound funny tapi seksa bagi aku. Ungkapan “Bila la nak sampai nie?” sudah acapkali terngiang2 dalam hatiku sejak tadi. Are We There Yet?? Macam jauh pulak perjalanan aku rasakan kali ini.

“Very bad na that people”

Kata Mr Ohira merujuk kepada pemandu yang bercakap dengan telefon bimbit ketika memandu. Aku agak kaku untuk memberi comment. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Rasanya macam mengutuk saudara senegara sendiri pulak bila aku mengiyakan. Hurm. Sekali lagi aku gelisah.

Dalam jam 9.30 pagi, akhirnya seksaan aku tamat apabila kereta yang dipandu sudah memasuki pintu gerbang syarikat. Dengan pantasnya kakiku menekan pedal minyak untuk segera tiba di depan pintu Pejabat Utama. At last.

Kata orang dengan mengetahui bahasa lain selain bahasa ibonda akan banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. Sekarang aku amat dan sangat bersetuju dengan pendapat itu 150%.



p/s : I’m Emi, need to join Japanese classes. One day, I want to step my feet in that country. Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...