sahabat Senyap

Sunday, February 22, 2009

Bicara Minda Episode One

Salam ketemu. Ini kemunculan kali pertama Dr Melody (D’ eS) untuk ruangan yang diberikan oleh Emy kepada D’ eS. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau. (*wave wave) Ruangan ini katanya agak terhad dan saya selaku Penceloteh bebas hanya diberi peluang untuk memberi kata2 yang ringkas dan padat sahaja. Mulanya hendak gunakan nick Dr M, akan tetapi gusar akan disalah erti. Biarlah kekal dengan D’ eS sahaja. Bagi kalian yang tidak berkenan dengan nama itu, mungkin kedengaran agak sengal bagi halwa telinga anda, adalah dibuka ruangan untuk kalian untuk memberi nama baru bagi saya. D’ eS sentiasa terbuka tidak macam Emy tue.

Saya ingin membukakan tirai bicara dengan satu pepatah Melayu yang berbunyi gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya. Bunyi agak klise tetapi tetap punya mesej yang ingin disampaikan. Sekali mencuba tidak akan selalunya menjanjikan kesempurnaan. Akan tetapi sempurna adakah satu tahap yang hendak kita capai? Ya? Jawapannya tidak. Jangan keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh saya. Masing2 punya pendapat yang berlainan. Sempurna atau dengan kata lain 100%. Hanya 100% sahajakah matlamat kita. Itu yang saya maksudkan.

Untuk menjadi seseorang yang sentiasa setapak ke hadapan, kita perlu ubah cara pemikiran kita. Untuk capai 100%, kita hendaklah tetapkan matlamat kita lebih dari 100%. Misalnya jika kita tetapkan bahwa tahap percubaan dan usaha yang dicurahkan adalah 150% misalnya. Maka hasil yang kita akan perolehi paling kurang 110%. Setidak2nya kita sudah capai lebih daripada 100%. Bukankah itu hasil yang memberangsangkan. Berbeza pula jika kita hanya tetapkan pemikiran ke tahap 100%, hasil yang mungkin akan diperolehi paling tidak pun hanyalah 90%. Angka ini sebenarnya adalah perangsang minda kepada diri individu, ibarat satu lonjakan usaha dan pelantun keazaman yang mana menggerakkan si pelaku untuk memerahkan tindak tanduk bagi memberi hasil yang lebih sempurna. Lebih baik. Atau dengan bahasa yang lebih mudah ‘motivasi’ diri.

Manusia tanpa motivasi adalah tidak ubah seperti manusia tanpa matlamat. Atau manusia dengan matlamat tetapi tiada sebarang usaha yang jitu yang mana menjurus kepada matlamat yang ingin dicapainya itu sekiranya tiada secebis motivasi yang ditanam di dalam diri. Setiap tindak tanduk kita secara fizikal dan ilmiahnya perlu ada perancangan, disusuli dengan tindakan dan hasil serta akhir sekali post mortem kembali bagi memperbaikinya.

Sampai sini sahaja untuk kali ini sedikit tazkirah poyo oleh D’ eS. Peace.

p/s : Im Emey, Im not Ikan. Im a Bird, I love to fly above the sky. Not like Ikan coz I tak tahu berenang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...