sahabat Senyap

Sunday, February 22, 2009

Hillarious Moment

Petang itu aku baru sahaja bangun dari tidur di kamar Hotel ketika menghadiri satu Training di situ. Penat dengan tugas yang diberikan, aku melelapkan mata untuk seketika. Pada jam 5 petang aku bangun dan terasa sedikit lapar, aku kemudiannya turun ke tingkat bawah menuju ke kereta dengan niat untuk mencari sedikit snek untuk dijamah di kamar nanti. Aku lihat terdapat deretan kedai2 serbaneka bersebelahan dengan hotel yang ku diami itu. Atas alasan dekat sahaja, aku hanya memakai seluar pendek paras lutut dan bersinglet hitam tanpa membawa wallet. Cukuplah sekadar sekeping not ungu yang ku sisipkan di dalam poket seluar. Tetapi aku tidak sangka pada petang itu, kelibat aku menjadi perhatian sepasang mata yang begitu tekun mengamatiku.

Setibanya di dalam kedai serbaneka 7 Eleven, aku disapa manis oleh jurujual kedai tersebut. Hurm, manis senyuman salegirl tu. Hehe. Sekilas aku turut membalas sapaannya dengan segaris senyuman dariku. Dengan bakul kecil di tangan kiriku, aku mula mencapai apa sahaja snek yang menarik mataku. Sememangnya aku ada kelemahan apabila perlu berhadapan dengan makanan. Seperti kanak2 kecil yang teruja bila berada di Candy Store. Setelah padat dan sendat bakul yang ku iring itu, aku segera ke kaunter untuk membuat bayaran. Sekali lagi aku memaniskan roma wajahku apabila berdepan dengan cashier kaunter. Kebetulan hari itu aku tidak sihat, suara ku hilang. Hanya senyuman sahaja pengganti bicara aku.

Hampir 5 tapak setelah aku keluar untuk menuju semula ke hotel, aku disapa oleh empunya mata yang memerhatiku dari tadi. Agak kemas dari cara pemakaiannya, mungkin uniform kerja barangkali. Dan buat seketika aku mula rasa tidak sedap hati.

‘Polis’ bisik hatiku.

“Encik, boleh saya lihat IC Encik?” pinta pegawai itu. Aku lihat melalui tag namanya tertulis ‘Ismail’.

Aku cuba bersuara tetapi malangnya suaraku tiada, hanya bisik2 halus yang kedengaran terpacul keluar. Akhir sekali aku hanya memberi isyarat tangan ‘tiada’ dan spontan mengunjukkan jariku ke arah hotel yang ku diami di seberang jalan dan selang dua blok bangunan. Akan tetapi riak Encik Ismail ku lihat kurang berpuas hati dengan jawapanku. ‘Ah, sudah. Bala apa pulak la nie?’

“Encik ini dari mana? Indonesia ke? Jangan nak main2 dengan saya? Kalau tidak mempunyai IC, kamu boleh didakwa mencurigakan. Boleh tunjukkan saya permit kamu?” Bertalu2 soalan daripada Encik Ismail. Aku mula panik.

Sedaya2nya aku cuba bersuara bagi menjelaskan aku tiada permit tetapi dipintas oleh Pegawai itu.

“Kalau begitu, encik sila ikut saya ke balai. Encik akan didakwa atas kesalahan pendatang tanpa izin” Tegas suara Pegawai Polis itu.

‘You got to be kidding me? Pendatang tanpa izin?’ bisik hatiku.

Waktu ini aku sudah mula merasakan titis2 air dingin di dahiku. Takkan la rupa aku ni macam rakyat Indon kot. Adoish. Tau la aku punya dressing petang tu sempoi jer. Tapi, agak2 la. Secara spontan aku ketawa terbahak2 di depan Pegawai itu. Dan nyata tindakan aku itu tidak disenangi oleh Encik Ismail. Aku juga turut perasan ada mata2 yang memerhatikan babak antara aku dan Encik Ismail pada petang itu.

To make this weird incident short, aku minta kebenaran daripada Encik Ismail untuk menghubungi rakanku di Hotel yang sama dan minta mereka membawa wallet aku dan berjumpa aku segera di sini. Luckily I got a coint coz even my fon I had left it in my room. Yang mana menjelaskan lagi situasi ketika itu tidak menyebelahi aku. Nasib baik memori aku ini masih kuat untuk mengingati nombor telefon kawanku itu ketika aku menggunakan telefon awam di kaki lima bangunan.

10 minit kemudian rakanku tiba dan perkara ini selesai tanpa melibatkan penumpahan darah, peluru mahupun bom tangan. Dan untuk seminggu kemudian aku menjadi mangsa sakat rakanku atas insiden yang bagi aku agak lucu itu. So, the moral of the story. Do not forget to bring along your IC kemana2 sahaja kamu pergi. Becoz you never know what will happen to you. Akhir kata, peace.

p/s : Im Amih, not Pak Amih ya. Jadi bilangnya mau betul2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...