sahabat Senyap

Saturday, February 14, 2009

Ilusi Kabur

Kamu tidak berilusi.

Terngiang2 bisikan halus ketika aku sedang leka berbaring merehatkan minda di ruang tamu pada petang itu. Bagaikan mengetuk2 gegendang telingaku tika ini. Iya, kamu tidak berilusi Emy. Kamu sekarang berada di alam yang nyata. Dan begitu pasti kamu tidak berada di alam bunian. Tapi rasanya jasadku sahaja yang berada di sini, tidak minda ku. Ia bagaikan dikawal oleh satu kuasa lain yang tidak dapat digambarkan melalui kata2.

“Pergi ke hujung jalan itu. Dia sedang menunggu kamu di sana.”

Seperti menerima satu arahan, badanku bergerak dengan mindaku yang separa sedar. Bagaikan satu mimpi, seolah2 aku ditarik oleh satu tangan halus yang mendorong aku untuk terus berjalan. Pandanganku kabur. Tapi aku tidak berilusi. Ini benar2 berlaku. Aku dapat merasakan melalui deria rasa yang ku miliki. Tapi apa?

“Dia sedang tunggu kamu Emy. Kamu ada ambil satu barang kepunyaannya. Sekarang dia inginkannya semula. Dia masih menunggu kamu.”

Aku mengangguk akur. Tanpa bantahan aku ekori suara itu. Aku lihat ditanganku satu objek aneh yang barangkali “barang” yang suara itu maksudkan.

Tiba2, aku rasa disentap oleh satu tangan kasar. Aku dapat dengar suara itu bertanya. Agak kuat suaranya. Tapi tidak jelas. Badanku terasa tersekat2 apabila digagahi oleh tangan itu. Seketika kemudian, deria pendengaranku mengesan banyak suara2 cemas di kelilingku. Aku kabur. Apa yang berlaku?

Buat seketika telingaku menangkap seseorang membisikkan kalimah syahadah. Sayup2 kedengaran. Aku cuba mengikut membisikkan sama kalimah suci itu. Agak perlahan. Kali kedua aku melafazkannya, bagaikan satu imbasan pantas yang melintas pandanganku. Buat seketika aku lihat satu tubuh asing yang aku percaya tuan bisikan halus itu. Dan seketika kemudian, mataku melihat saudara2 ku mengelilingiku dengan riak muka yang cemas. Dapat ku lihat pak cik ku memegang erat tangan ku. Ada yang menangis. Ada juga yang menjerit. Tak kurang juga yang tergamam. Tapi kenapa?

Aku bingung. Seperti baru terjaga dari tidur yang panjang. Tapi aku pelik kenapa separuh badanku basah, bagaikan ada orang yang menyimbah air ke atasku. Aku cuba untuk marah tapi niat itu mati bila aku lihat ramai orang dihadapanku. Apa yang hendak dipandang? Aku tido bogel ke? Aku lihat diriku, hurm, lengkap berpakaian. Aku pelik. Tapi tidak sempat aku bertanya. Telinga ku menangkap butir percakapan adikku waktu itu.

“Mak, abang kena apa mak? Kenapa dia menjerit2 tadi?” Soal adikku kepada mama di sebelahnya.

“Abang kena rasuk” Pendek jawapan ibuku, tapi aku dapat perasan ada getiran ketika ibu bersuara waktu itu.

Aku sedikit tersentak. Rasuk? Tapi bila? Bukan ke aku sedang tidur tadi? Ah, mereka bergurau mungkin. Tapi kenapa semua saudaraku bagai mengiakan kejadian itu. Kenapa aku tidak sedar? Kalau betul aku histeria, ini sudah masuk kali ketiga. Itu pun aku tahu melalui ibuku. Sungguh, aku tidak sedar langsung waktu itu. Bagaikan satu mimpi ketika tidur.

Aku cuba untuk menjelaskan kepada mereka yang aku sedang tidur tadi. Sedikit lupa tapi aku masih ingat sekelumit isi mimpiku. Aku hendak pulangkan semula barang yang aku pinjam kepada kawanku. Secara spontan aku menunjukkan arah tempat kawan ku yang masih menunggu aku. Aku terkejut. Arah yang aku tunjukkan adalah kawasan semak di belakang rumah atuk.

Kamu tidak berilusi.

Telahan yang sering bermain di fikiranku.

Waktu kecil aku rapat dengan atuk. Tapi kini atuk sudah jadi arwah. Tika itu aku tinggal di kampung di rumah nenek dan atuk ketika keluargaku menetap di Cameron. Arwah atuk seorang bomoh. Agak lucu kerna pada realitinya aku langsung tidak percayakan bomoh. Tapi setahun selepas atuk meninggal, aku sering kali dirasuk. Itupun aku dapat tahu dari nenekku. Dan kerap juga aku bertembung dengan makhluk ‘itu’ terutamanya ketika matahari sudah mula terbenam. (Maghrib) Tapi itu dulu, kini mataku bagaikan sudah dibutakan dari melihat benda itu. Yang terbaru ketika aku sedang tidur dengan lampu bilik terbuka baru2 ini. Abah beritahu dia ada nampak kelibat atuk di dalam bilik aku sambil memerhatikan aku tidur.

Berilusikah aku.

Al-Fatihah buat arwah atuk.
p/s : Im Emy, seram sejuk pulak. Like someone are watching me. Boo! Heh.

2 comments:

che said...

so scary..banyakkan membaca Al quran buat penenang jiwa..

The Silent Melody said...

scary..really?? thanks for the suggestion.. i'll do that.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...