sahabat Senyap

Sunday, February 22, 2009

Nasihat Sengal Along

Kanak2 ibarat kain putih yang memerlukan orang dewasa untuk memberi warna kepadanya. Segala tindak tanduk dan butir bicara yang dituturkan oleh si dewasa sebenarnya dijadikan guideline untuk anak2 kecil itu. Si dewasa ibarat role model dan role model itu akan dijadikan contoh terdekat yang mencorakkan perilaku mereka pada hari esok sebelum mereka kenal dan menjumpai identiti mereka sendiri. Telatah si cilik amat comel jika diamati. Aku secara terbukanya sangat sukakan kanak2. Jika terdapat perayaan, rumah nenek di sebelah rumahku akan menjadi tempat berkumpulnya saudara sepupu kecilku.

Satu hari aku dapat satu mesej dari anak Mak Lang. Azli namanya, Azli ini anak tunggal. Mungin atas faktor itu, kelakuan dia sangat2 manja dan segala kemahuannya akan sentiasa dipenuhi oleh si ibu. Walaupun umur baru mencecah 9 tahun tapi sudah dibelinya telefon bimbit dan komputer. Azli ini boleh dikategorikan sebagai kanak2 lelaki yang comel, dan ini menyebabkan dia menjadi tumpuan rakan2 perempuan di kelasnya. Itu menurut dia la. Sebab aku sering dijadikan tempat bagi dia untuk bersembang apabila dia tinggal bersendirian di rumah ketika ibunya keluar kerja. Baru2 ini dia ada bertanya kepada aku melalui SMS.

“Along, macam mana nak tolak bila ada orang kata dia suka kat adik?” Azli bertanya.

Aku sedikit geli hati waktu itu. Adeh, rosak dah adik aku yang sorang nie. Kasanova dah engkau yer. Walaupun aku sendiri tidak pernah terlibat dalam kancah cintan cintun ini. Tapi untuk tidak menghampakan dia, aku dengan sengalnya menjawab.

“Ala, buat apa nak tolak? Dia tak lawa ker? Kita ni sebagai kaum lelaki kena banyakkan simpan perempuan untuk dijadikan koleksi kalau Azli nak tau. Azli kan muda lagi, tak kan nak setia dekat seorang jer kot? Rugi la? Jangan la disebabkan kita ada ramai kawan perempuan kita ini akan dilabel jahat. Salah tau tanggapan macam tu. Perempuan pun macam lelaki jugak, ntah2 lagi banyak koleksi dorang.”

Erm, sejak dari hari itu. Azli sentiasa update aku hari ini dia jumpa awek mana. Esok pulak awek yang itu. Aish, boleh tahan. Kalah abang pupu dia ni. Dan kredit aku tiap2 bulan sudah makin meningkat atas sebab aku jadi pembekal MMS dan SMS untuknya yang dia patut hantar dekat ‘kenalan baru’ dia tu.

Ini pula story Farhan, anak Mak Tih. Umur baru menjangkau 12 tahun. Cara pemikiran dia agak matang tapi agak nakal. Biasa la, belum akil baligh lagi. Satu hari di masuk ke dalam bilik aku ketika aku sedang berehat.

“Along, Along ni bela Syaitan ke Along? Along selalu kawan dengan jin ke? Along ini simpan babi la.” Kata Farhan.

“Ai, agak kurang asam nampak? Ko nak kena belasah ke ha?” Gurau aku sambil mengenggam erat tangannya. Sambil ketawa Farhan menjawab.

“Kenapa Along simpan kuku panjang? Betul la apa yang Farhan cakap tu?”

Sedikit terpukul aku waktu itu. Adeh budak ni. Sekali lagi macam biasa aku akan membalas dengan jawapan yang sengal suam2 kuku.

“Kuku ni bukan apa, cuba bayangkan kita diserang secara tiba2. Ha, kuku ni boleh menjadi senjata kita tau. Along cuma cucuk2 mata penjenayah tu. Ha, kan Along dah turut membantu mengurangkan tahap jenayah dalam negara kita ni? Mulia tak Along?” jawab aku dengan intonasi suara penceramah. Siap dengan gaya lagi untuk meyakinkan dia.

Tadi Farhan, ini adik dia Atirah namanya. Umur baru mencecah 6 tahun. Sangat aktif apabila bercakap dan cukup pandai bergaya. Satu kroni dengan dia Fagina. My favourite cousin. Mereka apabila datang kepada aku, tangan Atirah akan sentiasa melekat dekat rambut aku, tanpa disuruh dia akan mendandan rambut aku yang panjang mengurai ni. Manakala Fagina lebih selesa mengambil buku di dalam rak dan datang menempek di sebelahku.

Waktu itu entah macam mana aku terpengaruh dengan Atirah, my 6 years old cousin. Dia beritahu aku lebih elok jika berambut pendek dan aku iyakan aja. Tetapi tanpa aku sedar dia terus memotong rambut aku dengan gunting kain emaknya. Ceh. Sangat kuang asam. Dan keesokan harinya, aku datang ke ofis dengan imej baru. Rambut pendek!

Cukup la story Azli, Farhan, Atirah dan Fagina. The point is yang ingin ku sampaikan, janganlah kita berkasar dengan kanak2. Be their best friend. Be their buddy to talk too. Kerna setiap patah perkataan daripada kita akan menjadi azimat dan tunjuk ajar buat mereka. Love them. Love your family. Kerna hanya family yang akan sentiasa bersama kita di waktu kita memerlukan seseorang tidak kira situasi mana kita berada tika itu. They will always there for you. Peace.

p/s : Im Amee. Aku dengan ini menyeru, selamatkan Sharlini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...