sahabat Senyap

Saturday, February 28, 2009

Farewell ~ Sayonara

Ibarat belayar di dada lautan, sekejap akan terumbang ambing dan seketika kemudian terasa tenang dalam membelah arus aliran. Hidup ini memang beralasan, punya hikmah di atas setiap kejadian yang berlaku. Setiap yang datang pasti akan pergi. Hanya memori yang bisa menjadi ingatan. Tanda wujudnya satu ikatan yang terjalin di antara kamu dan aku. Dan hanya kesetiaan yang akan menjamin setiap memori itu akan terus kekal subur.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Ungkap Azrul, saudara baru di tempat kerjaku ketika dia memperkenalkan diri. Aku angguk sambil bersalaman dan spontan memberikannya senyuman.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Tutur Azrul lagi kepada staff yang lain selepas aku berlalu dari tempatnya berdiri. Aku sekadar memerhatikannya dari jauh.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Sekali lagi ayat yang sama diucapkan oleh Azrul kepada staff lain yang berselisih dengannya. Ayat yang sama, cara bersalaman yang sama, dan cara ketawa juga sama. Bagai melakonkan satu babak yang dihafal dialognya. Ah, mungkin perasaan aku sahaja.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe” Sekali lagi ayat yang sama terpacul keluar dari mulut Azrul ketika dia bersalaman dengan Encik Haris pula. Kening kananku mula terangkat. ‘Betul ke budak ni’

Pagi itu selepas Briefing pagi, aku didatangi Anis. Kawan sejabatan yang sudah aku anggap rakan rapat aku disitu.

“Zam, saya nak minta tolong sikit boleh?” Kata Anis lembut. Sedikit berbisik.

“Tolong? Anything for you my dear.” Balas aku sekadar untuk menggamit keceriaannya.

“Zam boleh tolong tunjuk macam mana nak draf surat perletakan jawatan tak?” Satu ayat ringkas dari Anis. Dan satu ayat yang terus buatkan mood aku pada hari itu mati.

Aku pun sudah tidak ingat bila kali terakhir aku adakan satu perbualan yang serius. Satu perbualan yang betul2 menzahirkan reaksi ingin membantu. Ambil berat dan sedia dengan kata2 perangsang dan nasihat. Saat itu aku capai tangan Anis dan pimpinnya ke cubicle aku. Satu jer soalan yang terlontar dariku waktu itu.

“Why?” Jauh disudut hati aku waktu itu, please don’t go. Mata redupku memandang tepat ke mata Anis, meminta penjelasan. Aku dan Anis berbual panjang pagi itu sehinggalah telefon dimeja aku sudah mula berdering menandakan hari kerja sudah bermula. Dan sebelum pulang, dengan berat hati aku siapkan surat rasmi notis 24 jam untuk Anis. Harap kamu gembira sahabatku.

Penghujung minggu yang lepas, bukan seorang tetapi Jabatan aku meraikan majlis Farewell untuk tiga orang staff di Jabatan ku. And yes, selain Anis my partner Syaja was one of them also.

Sedih.

Malam itu aku hantar satu mesej yang ditujukan kepada Pilu, kawan baikku. Sekadar ingin berbual tapi malangnya dia sibuk. Ah, takpe lah. Nak buat macam mana.

Sekalung tahniah dan serungkai kata maaf diiring dengan sebutir titis harap aku ucapkan kepada rakanku. Keep in touch. Peace.

“Hai, saya Azrul. Pekerja baru tapi uniform tak dapat lagi. Hehehe”

……… *no comment..

p/s : Im Ami, terasa makin hampir majlis Farewell atas nama aku pula lepas ini.

1 comment:

@deyLL@ said...

lorhh..pasai ni ke..?hehehehe...xdapat den nak nolong...hihi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...