sahabat Senyap

Sunday, November 22, 2009

Si Ulat Buku Bercerita

Buku adalah kekasih setia yang tidak cemburu apabila dimadukan. Buku juga seperti kawan yang paling pendiam dan paling setia, ia juga kaunselor yang paling mudah didekati dan paling bijak, serta guru yang paling sabar.

Apabila diserang kecelaruan fikiran, tiada yang lebih membantu aku selain daripada membaca buku. Ia dengan cepat akan melenyapkan kecelaruan itu. Dengan membaca, ia terus kepada fikiran. Samalah juga dengan bersenam, beri kesan kepada tubuh badan.

Ada buku yang cuma perlu dibaca sebahagian, ada yang cukup dibaca dengan berehat, ada yang seluruhnya perlu dibaca dengan prihatin, ada yang mewakilkan orang lain untuk membacanya serta ada pula yang perlu dibaca singkatannya sahaja. Seperti buku, setiap kita juga punya cerita yang ternukil dalam diari saban hari. Punya plot2 kisah serta epilog yang sendiri. Benar kan? Dan bila aku dan kamu bertemu, sama juga seperti dua plot cerita digabung menjadi satu kisah yang satu.

Kau menjadi rehatku dan aku rehatmu. Tidak tahu kau bagaimana tapi bagi aku, kau sudah seperti watak utama yang terhias di dalam plot cerita aku. Harap aku untuk babak yang berikutnya, kau tidak hilang lagi macam kini. Seperti dalam kebanyakan buku cerita dan novel di rak buku itu. Akhiran kita turut tertera HEA. ~ Happily Ever After. Hurm… Macam cerita Cinderella ngan Snow White plak kan? Hehe. Pikachu betul. Peace dari Senyap.

p/s I’m Emy. Haha. Kadang2 bila aku hendak noktahkan entry, aku ketawa sendiri. Menulis ikut sedap rasa. Who care?

12 comments:

[z@ck] said...

saya x suka membaca..
tapi bidang perguruan menuntut saya untuk lebih byk membaca..

nak tanak kenalah baca kan..

huhuhu

Orang Senyap said...

zack ::

saya pun bukan suka sangat membaca,
tapi yang ironiknya.. pantang ada
buku baru keluar.. mesti beli punya.. baca xsampai separuh muka..

dah campak dalam rak buku.. huhu
pastu beli buku lain plak..

membazir betul.. tapi ada baiknya jugak.. coz tindakan saya yang suka beli buku tue buatkan anak2 buah saya rajin membaca.. kalo dorang boring masuk jer bilik saya,
masing2 pegang buku sorang satu..

[z@ck] said...

orang senyap..
pak sedara dia pulak yang malas nk membaca..hehehe..

|arieza| said...

wah hebat. beli buku, baca separuh, campak kak rak
penyakit i ni pulak, pntang g kedai buku, nk beli je mcm2. beli 2-3 buku, baca non stop, mkn pun lupa. hari pun leh lupa. tu yg bhya tu. selagi xhbs baca semua buku yg baru beli, xleh kuar dr bilik.. hahah sungguh kronik! tu yg jd takut nk g kedai buku :p

hans said...

aku suka baca dan sangat cepat menghabiskan buku tu walaupun tebal
tu susah tu
duit xder nak beli buku banyak2

seroja jingga said...

salam singgah
tertanye tanye..
sepi betul kamu latly ni

Orang Senyap said...

zack ::

aip.. bukan malas la.. cuma ada sindrom mudah busan jer.. haha..

nengok tak menarik terus simpan la.. simpan tau? tak buang, xcampak terus.. hehehe..

always valuable thing that we bought..

Orang Senyap said...

arieza ::

eyh? okey what macam tue? itu tandanyer setia tau?? haha..

lagipun membaca nie satu hobi yang agak bagus jugak per..

Orang Senyap said...

hans ::

suka novel ker? or knowledgable book macam buku teks tue?? huhu

umah saya banyaknovel yang tebal.. mai jer lepak.. xkisah punya.. hehe

Orang Senyap said...

seroja jingga :;

hellew kamu.. erm2.. w'salam..

bukan menyepi cuma sibuk jer lately nie.. ada banyak event nak kena selia n kena attend training.. nak pulak musim raya plak datang singgah.. hehe

tapi menulis xpernah berenti, cuma xde kesempatan nak upload jer..

yela, saya bukan salah seorang pengguna broadband..

aideeb said...

bacalah sebutlah dengan nama tuhan yg menciptakan..(kutujukan lagu baca oleh rabbani utk semua)

Orang Senyap said...

Aideeb ::

lagumu ku terima dengan hati yang terbuka deeb.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...