sahabat Senyap

Friday, November 20, 2009

Terima Kasih Kalian

Pagi itu agak dingin dengan hujan turun sedikit renyai. ‘Selamat pagi’. Sapa aku pada hari baru. Pagi senyum kembali pada aku. Haha. Aku tahu, aku masih mamai waktu ini. Selimut ditarik sedikit ke paras dada, menghimpun rasa suam ke segenap tubuh. Masih liat untuk bangun. Masih enak bermalas2 di dada katil.

Minggu ini aku kerap senyum. Walaupun sakit tapi aku tetap bersyukur, syukur kerana tiada anggota yang patah2 akibat kemalangan Sabtu lalu. Cuma kesan bengkak dan lebam serta luka2 yang sudah makin surut. Bila waktu sakit ini, baru aku sedar ramai yang ambil berat akan aku, ramai yang sayang aku. Untuk kamu semua. Terima kasih.

Terima kasih sebab hantar aku ke klinik. Terima kasih kerana sudi sapukan ubat untuk aku. Terima kasih kerna tak jemu2 bertanyakan keadaan aku. ‘Dah makan ubat ke belum?’ ‘Dah sampai rumah ke balik nie?’ ‘Nak hantarkan balik rumah?’ ‘Nak makan apa, kami belanja?’ ‘Dah baik ker luka tue?’ ‘Kalau nak kemana2, bagitau! Akak temankan?’ … Ah, semua2 itu buatkan aku hurm.. Bersyukur sangat kerana aku dikelilingi oleh orang2 seperti kamu. Heh. Hati tersenyum lagi.

Musim hujan kan sekarang, sejak dari tadi macam takde tanda2 untuk berhenti. Biarlah, aku suka macam nie. Tenang, tak panas sangat. Suam. Pagi sudah sampai masa untuk pergi bila jam berdetik menunjukkan masa 11.56 a.m, datang pula tengahari singgah sebelum datang petang. Tapi sementara menunggu malam hendak bersilih mengambil tempat, lebih elok aku penuhi hari ini dengan sesuatu yang baru. Peace dari Senyap.

Selamat hari Sabtu.

p/s : I’m Ami. Tak sabar nak tunggu citer Bulan Baru nak tayang. Hehe. Erm, New Moon larh.

14 comments:

Cik Dila said...

saya sayang awak jugak..
agak2 eh..kat manalah aku nk mencari pawagam kat terenggani neh..

[z@ck] said...

bulan baru..
ahahaha..kamu bt aku tercengang pagi hari..

hans said...

eh,ekau accident dgn apa?

|arieza| said...

wah layan cite jiwang cik emi ni rupanye.. hope u r getting well soon! :)

Orang Senyap said...

Cik Dila ::

aip? musykil betul saya dengan awak
nie.. dalam entry nie ada ker saya
sebut 'emi sayang dila'.. hurmm..

ha, e2la, pasnie meh menetap terus
kat kedah nie.. calon dari kedah
pom dah ada rasanya gak.. erm2..

hahaha :-D

Orang Senyap said...

zack ::

ha. itula.. orang bangun kul enam,
kamu bangun kul satu petang..

mana xmamai.. hehehe

Orang Senyap said...

hans ::

eheh.. ekau yer? erm, eden eksiden
dengan lorri la awak..

serius sakit betul bila eksiden ne
yer.. ui, serik dah sekarang bila
guna jalan raya.. trauma.

Orang Senyap said...

arieza ::

eyh? New Moon tue citer jiwang yer
wak?? hahaha

ala, sekali sekala xsalah kan? hehe

[z@ck] said...

aii..sakan perli nampak..
trik idung kang..
ahaha

Orang Senyap said...

zack ::

hehehe.. pecah lubang plak kat sini.
mai la tarik.. macam boleh.. hahaha

[z@ck] said...

oo..cabar ea..
tunggulah kemunculan saya dkt kota sarang semut tu..
ngeh3

Orang Senyap said...

zack ::

kemunculan mu akan ku nanti2 kan?
hahaha

aideeb said...

ahhh cerita twilight dah berjaya mencairkan aku..stylo betul...hopefully new moon akan bawa aku terbang..

Orang Senyap said...

Aideeb ::

geram betul la, nape movie New Moon xde tayang kat Kedah??

diskriminasi betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...