sahabat Senyap

Tuesday, December 01, 2009

Atuk Ingat Lagi Kan

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Laaillahaillallah huallahuakhbar….

Sedikit sayu alunan takbir yang dilaungkan pada pagi itu. Takbir yang tidak pernah gagal untuk meruntunkan perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Atuk.. Atuk dengar tak? Pagi ini salam Aidil Adha sudah mula kita sambut. Seronok kan Atuk? Mesti Atuk ingat kan dulu waktu pagi2 macam ni, Atuk jerih siapkan dan tak lupa bawa cucu Atuk ni pergi masjid sama2. Atuk ingat kan? Hehe.

Atuk tahu. Tadi cucu Atuk lihat dalam lima ekor lembu yang kena sembelih untuk dijadikan korban. Ramai Atuk, ramai yang datang bantu. Meriah sangat. Moganya korban dan pengertian korban kita tahun ini samada yang menyembelih binatang atau yang menjerihkan tenaga itu, agar diterima Allah setelah segala ujian Zahir dan Batin yang kita lalui. Sama2 kita Aminkan ya Atuk.

Waktu cucu Atuk ni kecil dulu, Atuk selalu ceritakan kisah2 Rasullullah dan para Nabi bila tiba waktu malam. Rindunya kami dengan waktu itu Atuk. Atuk ingat lagi kan? Semoga iktibar korban Habil dan Qabil, peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang zahir dan yang batin sentiasa menjadi motivasi bagi kita umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa berusaha sehabis baik untuk menjadi insan kamil dan hamba Allah yang soleh dan solehah.

Hurm, tapi Atuk sudah tak boleh bercerita lagi macam dulu. Sudah tak boleh temankan kami ke masjid lagi. Atuk.. Ah, dah makin tak terurus kami lihat tempat persinggahan Atuk. Rumput sana sini. Minta maaf Atuk, sebab dah lama tak jenguk Atuk. Lihat ni, ada buah tangan dari kami. Cucu2 Atuk. Semuanya sudah besar2 Atuk. Kami semua sayangkan Atuk. Sayang sangat2. Tapi Dia lebih lagi sayangkan Atuk.

Hurm. Al-Fatihah… Atuk.

p/s : I’m Amy. Jadilah seperti lilin, berani mengorbankan dirinya untuk menerangi orang lain.

18 comments:

Adila Ady said...

hai emi...janla sedey2..hehe.doakan agar atuk awak heppi kat alam sana ek.n y penting sekali jadilah cucu soleh..mesti atuk awak bangga punye kalau dia tahu.kullunafsinzaaiqotulmautt..tak lama lagi giliran kita plak.

[z@ck] said...

miss ur atuk ea..byk2 kan berdoa moga arwah tenang di sana.. saya x smpt tgok atuk sy..dan x pernah rasa macam mana sronoknya ad atuk..

Qaish Nur Mikhael said...

Cik Dila ::

hai dila, erm.. buat pertama kalinyer saya dapat nasihat membina dari awak.. kalo tak sebelum nie kalo tak kena maki mesti kena carut.. alahai..

miss not only my Atuk, my aunt also.. tapi our turn will come soon..

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

really?? owh..

hurm, itula kan? kita di sini merintih tentang duka sedih.. tapi yang benarnya, ramai lagi yang ada even deep experience..

i'm good sebenarnya.. cuma tergerak nak write something about my Atuk.. at least ada tanda ingatan saya buat dia..

Sharinginfoz said...

singgah jap bosan2 datang le sini

aideeb said...

teringat pulak kat arwah tok wan aku yg garang...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

moga roh mereka damai di sana~
moga bekalan yg mereka ada mampu membantu mereka~

kojah said...

singgah jappp

zarin said...

salam ziarah :)

Anonymous said...

al-fatihah utk atuk kamu.
mesti sayu kan raya tanpa dia..
but then, be strong..
Tuhan lebih sayangkan dia :)

Seroja Jingga said...

hai orang senyap
aku datang lagi untuk menjengah kamu.
aku terlalu berminat dengan semua tulisan kamu.

walau kamu jarang menjengah ku.tapi aku tak kisah..tidak perlu ade timbal balik kan..yang penting tukisan kamu bnayk mengajar aku

Anonymous said...

ni first time singgah..dtg dari blog insan tggi.salam perkenalan

Qaish Nur Mikhael said...

Sharinginfoz ::

hai, salam singgah kembali kat sini.. saya droppe by kat ur page soon ya.

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

eyh deeb.. atuk garang yer.. hehe.. sama la ngan saya..

but garang2 tue la yang buat kita selalu ingat.

Qaish Nur Mikhael said...

Lord Zara, Kojah, Zarin ::

hai.. salam singgah.. mesti dapat link dari zack kan?? hehe

thanks coz dropping by..

Qaish Nur Mikhael said...

Att Ashburn ::

a'ah cikgu.. lebih kurang macam tue la.. like something missing..

tapi takpe.. kena strong..!!

coz pasnie giliran kita pulak.

Qaish Nur Mikhael said...

Seroja Jingga ::

salam,

ah, really?? hurm.. thanks. terharu saya, hehe..

bukan apa, saya menulis ikut rasa hati n sekadar isi masa terluang dengan hobi yang satu nie.. tapi xsangka boleh beri kesan pada others..

sudi kekal jadi pengunjung sini ya pasnie..

Qaish Nur Mikhael said...

fndrocka ::

salam perkenalan too..

i'm emi by the way.. thanks coz sudi singgah.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...