Kesucian fikiran dan kesucian perilaku adalah kehormatan utama bagi seorang Hawa. Suci itu macam suatu mestika bagi kaum wanita, manakala kesetiaan pula adalah hiasan rakyat Adam. Adam dan Hawa.. Dua nama yang begitu nyaman sebutannya. Lambang ikatan kasih pertama wujud di dunia. Nenek Moyang kita.
Kasih ibarat kekayaan hidup, yang menjadi makin banyak apabila ia dibahagi2kan kepada orang lain. Sayang itu sifatnya ramah tamah. Ia sangat tenang dan menyenangkan. Sedangkan kasih sayang pula boleh diibaratkan sebagai ibu dan bapa, ia lebih berharga daripada segala harta yang ada di dunia. Mengasihi adalah kebahagiaan kita dalam percikan kebahagiaan orang lain. Dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa kasih dan sayang itu, tidaklah pula ia dikasihi orang.
Kasih. Suci. Sayang. Dan Setia. Ia bersifat universal. Rasa kasih pada keluarga, Sayang pada rakan. Setia pada kekasih. Cinta pada Tuhannya. Bagi pasangan yang berkeluarga, sifat ini memainkan peranan penting dalam teguh atau goyahnya sesuatu bahtera itu. Isteri boleh jadi kekasih bagi lelaki muda, teman bagi lelaki setengah baya, dan perawat bagi lelaki tua. Seseorang isteri mempunyai dua bayi yang sama manjanya, iaitu bayi yang kecil dan bayi yang berjanggut. Heh. Seorang suami pula perlu menjadi bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut, dia menurunkan layar, menunggu, berharap, sedangkan angin ribut bukan penghalang baginya supaya tetap terus mencintai laut.
Biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun cinta terakhir itulah adalah cinta pertama bagi memasuki alam perkahwinan. Bagi penulis, lelaki tidak pernah lupa cintanya yang pertama, manakala wanita pula tidak lupa cintanya yang terakhir. Sama juga seperti tiap2 lelaki selalu menginginkan cinta pertama seorang wanita, sedangkan seorang wanita mengharapkan cinta terakhir seorang lelaki.
Apapun buat penulis. Cinta yang paling baik adalah cinta pada ibu dan cinta Tuhan adalah cinta yang paling agung. Ibu itu adalah segala2nya. Dialah penghibur kita dalam kesedihan, tumpuan harapan kita dalam penderitaan, dan daya kekuatan kita dalam kelemahan. Dialah sumber cinta kasih, belas kasihan, kecenderungan hati, dan keampunan. Sesiapa kehilangan ibunya, hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang malam. Peace dari Senyap.
p/s : I’m Amiey. Artikel senget yang aku tulis dalam 10 minit. Em, Macam mana la boleh terlupa nak mandi nie. Dah jam 3.00 pm. Mandi time..!! Haha.

16 comments:
hahahha...smpai lupe nk mandi...
uishh..
ganeh2..
susunan ayat yg baik bro..
hee..
silent is art~
bau telur temelanggg...wek3
btw,nica entry..
i loikee...
seorang lelaki bertuah jika dia adalah cinta pertama seorang wanita.
seorang wanita bertuah jika dia adalah cinta terakhir seorang lelaki.
waaahhh~
speachless jap ngn entry ini.
thumbs up!
nice ntry dude..
n i nver forget how my first luv turn out..
damn it hurt..
terasa ingin bercinta..
ksh syg pd Allah & parents yg plg penting :) & plg berbaloi!
adnil linda ::
hehe.. time cuti linda, biasa la..
dok rehat sampe lupa diri sendiri
mandi ke tak.. :-D
tapi maintain wangi tau.. haha
asked ::
thanks, entry yang terakhir untuk
tahun 2009..
silent is great kan? hehe
rasa diam tue kadang2 sangat menyenangkan..
dila ::
ish.. hidung dia...
bau telur temelang tu apa syg?
betul2 tak tau.. huhu
erm, buat pertama kali awak kata suka dengan entry saya..
sebelum nie berbakul2 seranah dia..
aideeb ::
yup..!!
erm, maseh belum jumpa la wanita tue deeb.. ada kenalan tak? heee
fafaz ::
really??
owh.. tenkiu..!! hehe
keep reading my upcoming entry yach..!!
i'msosupernotcool ::
same with jugak la dude..
girl r unpredictable lorh..
zack ::
aip? dah sampe seru ke zack???
haha
arieza ::
yup.. agreed with that..
thanks coz keep hit my blog eyh
arieza..
really happy that u did that..
Post a Comment