sahabat Senyap

Saturday, January 15, 2011

Selepas Hang Tuah

Apabila membaca buku Sejarah Melayu, kita pasti akan bertemu dengan kisah Hang Tuah lima bersaudara. Kemasyhuran Hang Tuah lima bersaudara dikaitkan dengan guru mereka yang bernama Aria Putera dari Bukit Panchalusa.

Selepas Hang Tuah lima bersaudara tamat belajar ilmu silat, mereka pulang ke kampung halaman. Mereka berjaya mengalahkan lanun2 dan orang mengamuk di pasar. Akhirnya, kelima2 saudara itu dipanggil oleh raja dan dilantik menjadi pembesar istana. Sejak itu, kelima2 mereka menjadi orang besar sehingga sampai kepada peristiwa sedih yang berlaku yang mana Hang Tuah membunuh Hang Jebat, sahabat yang paling dikasihinya.

Itulah sejarah Melayu yang masyhur.

Nama Hang Tuah lebih terkenal daripada nama2 para ilmuan yang lain, mengalahkan kemasyhuran Tun Perak, yang menjadi Bendahara atau perdana menteri Melaka waktu itu, ataupun nama Tun Seri Lanang yang dipercayai penulis kitab Sejarah Melayu itu sendiri. Nampaknya medan persilatan menjadi punca kemasyhuran seseorang pada zaman tersebut.

Sekarang, kemasyhuran seseorang sudah tidak lagi ditentukan oleh ilmu persilatan. Para pelajar yang ingin membina kemasyhuran hanya perlu tahu ilmu2 seperti matematik, sains, politik, ilmu sains sosial, ilmu keagamaan dan sebagainya. Manakala para guru tidak perlu lagi berada di gunung2 menanti murid2 datang mengadap. Para guru kini berada di menara gading. Cukup dengan kereta dan motosikal untuk bertemu mereka.

Oleh itu belajarlah. Belajar semasa muda kerana ia bagaikan memahat ilmu pada batu, ia muda melekat dan lebih berguna. Semoga kita masyhur bukan kerana kita pandai bersilat untuk berperang dengan orang, tetapi kita masyhur kerana pandai membangunkan orang lain dan membawa orang lain bahagia.

Inilah zaman kita selepas ditinggalkan Hang Tuah 500 tahun yang lalu. Peace dari Senyap.

p/s : I’m Emi. Proton Tuah sangat cool.

1 comment:

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...