sahabat Senyap

Friday, March 06, 2009

Psikotik Mind Reader

Ibarat satu dejavu situasi yang melanda diri aku hari ini. Mungkin berkat hari jumaat agaknya. Agak lucu. Rasanya baru semalam aku fikir hendak letak jawatan, nak cuba nasib di tempat yang lain pulak. Tapi it turn out to be today aku di naik pangkat oleh my bos. Huh, very shocking. Tiba2 jer. Alasan dia, prestasi kerja yang aku tampilkan bagus dan kini tempat aku sudah direplace dengan orang lain. Minggu depan aku akan buka chapter baru dalam menggalas tanggungjawab yang lebih besar pulak. Kadang2 hidup ini pelik kan. Apa yang kita rancang mesti ada road block kat mana2. Itu la namanya dugaan. Secara tidak langsung ia menambah corak pada bingkisan hidup kita nie.

Aku rasa aku perlu belajar satu ilmu dari bos aku loh. Psikologi. He actually can read my mind. Macam psiko je aku dengan dia. Macam tau2 je aku dah nak blah. Hari itu jugak dia mula rapat dengan aku, dia story dia punya pengalaman. Bla bla bla. Dia bagitau dia dalam proses nak bentuk aku untuk satu “plan” dia yang seterusnya. Ceh. Dan siap bagi green light lagi untuk aku join event Marketing untuk travel satu Malaysia. Ai, lain macam benar orang tua tu. Tapi kat part ni yang buatkan kening aku terangkat sket. Siap arrangekan orang untuk ajak aku enjoy. Well, enjoy in his book means “rumah urut” dan “promoter”. Huh. Rasanya aku dah jadi asset bagi dia kot kat situ. Hahaha. (perasan) Tapi, satu jer yang aku tabik spring dengan dia. Dia adalah seorang bos yang mampu tackle keadaan dalam apa jua situasi.

Actually, semua ini banyak mendewasakan fikiran aku. Aku banyak belajar dari pemerhatian dan aku rumuskan melalui fahaman aku sendiri. Dalam belajar, aku suka meniru dan aku rasa aku boleh jadi macam subjek yang aku lihat dengan meniru apa yang dia buat. For me, kalau dia boleh buat kenapa tidak aku? Dan hasil copy aku itu, kini aku sudah mula dekat dengan ilmu undang2 (pengaruh dari my big bos), komunikasi aku dah mula baik (belajar dari staff Marketing), dan dari seorang yang pendiam kini aku sudah mampu memberi ucapan dengan kadar yang agak baik di depan ratusan orang (hasil tunjuk ajar dari side Training). Tapi aku tahu, itu sebenarnya bukan aku. Aku hanya meniru dan aku tahu fizikal dan minda aku hanya melakonkan apa yang aku lihat sebelum ini. Macam plastic jer rasanya. Sama la jugak, aku suka melukis tapi aku xreti melukis. Ai, macam mana tu? Hanya dengan meniru sahaja aku boleh melukis dengan baik. Sebab itu banyak hasil lukisan aku terdiri dari gambar potret.

Rambut sama hitam tapi hati lain2. Lain orang lain caranya. Aku dengan cara aku. Dan kamu punya cara kamu sendiri dalam mencari ilmu kan. Jika dulu aku pandang dengan sebelah mata pada student yang memain dalam kuliah. Tapi sekarang persepsi aku dah berubah. Dengan keadaan ekonomi yang terumbang ambing kini. Student dengan gred yang tinggi bukan lagi akan menjadi tiket mudah untuknya dalam mendapat pekerjaan. Rezeki masing2 tak sama. Situasi sekarang ada ijazah pun orang dah xpandang.

Apapun, promise is a promise, aku tetap akan angkat kaki. Satu hari nanti I will. Betul ke keputusan aku? Betul kot. Aku tak nak terlalu static di tempat yang sama, aku takut akan jadi terlalu selesa. Bila dah selesa prestasi aku akan turut terkesan. Ntah la. Peace.

p/s : Im Emy, im innocent. Rasa macam nak melakar jer. Mana pensel ni…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...