sahabat Senyap

Sunday, November 22, 2009

Tulisan Comel Dan Indah

Senyap.

Diam ini sangat ketara, tak kira betapa aku sangat faham dan tahu tentang perasaannya. Begitu juga dengan dia. Sudah terbiasa bersama sehinggakan keduanya sangat sensitif terhadap setiap perubahan rentak kata dan perlakuan masing-masing. Sambil tertanya-tanya, agaknya segala perubahan ini maksud akhirnya adakah perpisahan?

Kerana kita masih muda dan menginginkan tersangat banyak. Mahu lakukan sangat banyak; mahu lihat sangat banyak. Dengan mimpi yang melangit kita membesar bersama-sama. Namun dua manusia tetap dua manusia, takkan menjadi satu dengan sendirinya. Memikirkan ini selalu membuat aku menangis; kerana setiap kali aku gusar aku teringatkan engkau dan tertanya-tanya adakah engkau faham apa yang aku rasakan. Kemudian tanpa sebarang soalan kau selalu datang dan menyuruhku jangan bersedih, padahal aku fikir aku sudah cukup berlakon tenang di hadapan engkau; dengan segala kemampuan aku cuba menutup kegusaran dengan gelak tawa dan sembang picisan.

Tapi kau membacaku dengan baik. Kadang-kadang aku takut dengan diammu, sebab dengan diam lah kau membacaku. Membacaku dengan setiap ketakutanku, kesedihanku dan kekeliruanku. Sambil cuba menerka waktu-waktu ajaib bila mana aku akan seringkali gagal menolakmu, walau betapa payah aku cuba. sebab kau tau, aku sebenarnya mahukannya.

Jika kau menipu aku pasti akan membencimu. Dan itu juga bermaksud membenci diriku sendiri. Tapi hari demi hari maksudmu makin jelas- aku antara matlamat hidupmu. Tapi kau sendiri tahu aku manusia skeptikal yang tak akan percaya seluruhnya dengan sesuatu tanpa bukti. Maka cinta ini, adalah suatu dugaan yang besar untuk aku dan aku yakin ia juga dugaan besar untuk engkau. Sebab walau macam mana pun aku berusaha menghilangkan kemusykilan dari dirimu, aku tetap masih musykil dengan diri sendiri.

Kerana kita masih muda, dan siapa tahu apa akan jadi esok hari?

Senyap.

p/s : I’m Amiey. Akira, sangat senang jika dapat bersahabat dengan kamu. Heh. Peace.

8 comments:

[z@ck] said...

love it..
=)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

tenkiu.. ilham waktu hujan.. hahaha

[z@ck] said...

bagai cacing kepanasan duduk dlm umah..tgn mncapai pen dan nah..inilah hasilnya..

|.a.r.i.e.z.a.| said...

wah hujan ilham ni :) nk try duduk bawah hujan gak la.. hrp2 dpt idea instead of demam hehe :)

Qaish Nur Mikhael said...

zack ::

aip? perli ke apa nie kat part cacing tue?? huhuhu

Qaish Nur Mikhael said...

arieza :;

haish, jangan la buang tebiat menulis dalam ujan?? haha..

yela, nak kuar asyik ujan jer memanjang.. memerap dalm bilik ngan laptop jer la..

aideeb said...

Akira??mcm nama salah satu watak dlm ultraman taro

Qaish Nur Mikhael said...

Aideeb ::

ish, kesitu plak dia.. nama dia Aqilah.. tapi bunyi bagi orang jepun Akira.. unik kan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...