sahabat Senyap

Saturday, March 07, 2009

Hamparan Selimut Dingin

Kelihatan titisan2 air jernih turun dari celah2 gumpalan kapas putih di atas payung tanah pada petang itu. Gumpalan kapas itu bagaikan melepaskan dendam, ia dengan begitu rakus memerah isi badannya setelah sekian lama tidak berbuat begitu. Hasilnya, terhasil satu irama yang melagukan tiap kali titis air tersebut menjamah bumi. Sangat indah, aku turut terbuai dan melodi itu turut diiringi bersama hembusan dingin setiap saat dia melagukan nyanyiannya. Sangat unik. Sungguh hebat sentuhan ‘komposer’ lagu ini.

Bagaikan dihampar helaian selimut dingin, panca deriaku berbisik. Datangnya sentiasa mengundang senyuman bagi sesiapa sahaja. Hujan. Hujan itu rahmat. Hujan beerti pembawa kehidupan. Tiap titis airnya memberi satu nafas baru kepada hidupan. Ah, begitu hebatnya kuasa hujan. Hujan juga dikatakan memberi lambang kepada istilah romantik. Setuju tak? Jika hujan turun, dan sepasang kekasih berlari2 bekejaran impaknya lebih mendalam dan terkesan sekiranya dibandingkan berlari2 di bawah teriknya mentari. (mungkin mood romantic itu akan mati bila terbau busuk ketiak) Boleh dilihat di dalam kebanyakan filem2 Bollywood. Dan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kedatangan hujan akan turut menghangatkan lagi ikatan antara kedua mempelai.

Jika anda tinggal di kawasan pendalaman, atau istilah yang lebih dekat jika anda tinggal di kampung. Selepas hujan selesai membasahi setiap genap bumi, akan kedengaranlah bunyi2 katak mendendangkan lagunya pula. Aku tidak tahu apa sebab dan kenapa katak berbunyi selepas hujan. Minta maaf, pengetahuanku masih terlalu cetek. Mungkin waktu itu katak2 tersebut telah dikejutkan oleh si hujan, dan atas kerana itu semua katak2 tersebut terjaga dari tidur mungkin. Dan bunyi2 itu adalah rungutan daripada mereka. Atau ucapan terima kasih? Boleh juga kalo dikatakan bunyi itu adalah untuk tujuan mengawan kerana impak hujan telah menjadikan mereka agak gersang. Tiba2 lagu ‘Hujan Oh Hujan’ terlintas di fikiran aku. Lagu zaman kanak2 ini seperti dimainkan di mindaku kala ini dan aku percaya setiap dari kamu pernah melagukan lagu comel ini bukan.

Hujan Oh Hujan
Kenapa Engkau Turun
Macam Mana Aku Tak Turun
Katak Panggil Aku
2x

Di sebalik khasiat dan kelebihan hujan tadi, ia juga turut mendatangkan sedikit impak negatif. Demam panas dan selesema misalnya. Dan jika hujan turun di kawasan2 perindustrian, titis pertama itu turut terkandung sedikit asid hasil dari lepasan asap2 kotor saban hari di situ. Boleh mendatangkan ruam2 pada kulit jika terkenanya. Jika inginkan kepastian. Bolehlah berjumpa dengan doctor, jumpa aku hasilnya senget sikit la.

Irama tadi sudah tiada, mungkin durasinya sudah tamat. Tiada lagi bunyi titik2 air yang menghentam atap rumah. Rasa sunyi, senyap. Damai dan tenang rasanya. Aku suka senyap. Dan, apabila hujan sudah turun akan terhasillah lopak2 air lecah di sepanjang jalan keesokkan hari dan suhu tika ini menurun sedikit daripada sebelumnya. Agak sejuk dirasakan. Sejuk? Pilu, saya sejuk ni…

p/s : Im Ami, suka dengan lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’ dendangan Hujan.

2 comments:

@deyLL@ said...

katak gersang aku tak percaya..tapi klo emi gersang aku percaya sngat...kui3.Emi,kita ada skandal kan..????jgn buat2 lopa plak..wahahaha!!!

The Silent Melody said...

skandal?? a'ah la, sapa kata saya lupa.. heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...